Kaki gunung kawasan jajahan Fin Del Mundo, HyperServ
Pagi ini ternyata nyaman.Tubuh yang letih semakin pulih.Kesunyian pagi di perhutanan ini ternyata memberi satu ketenangan yang terbit di dalam jiwa.Fared beristirehat di sebuah rumah kayu milik Athelia dan Kirin beristirehat bersama bangsa Yaneko yang lain.Hanya Fared dan Ismail sahaja yang beristirehat di dalam rumah itu memandangkan hanya mereka berdua sahaja dari kalangan lelaki di dalam kawasan kediaman Yaneko ini.Agak tidak molek jika lelaki dan perempuan beristirehat di dalam satu rumah yang sama.Oleh sebab itu Kirin diasingkan.
Fared bangkit dari pembaringan.Tubuh yang sebelum ini letih dan lesu kini kembali segar dan bertenaga.Dia mengeliat.Meregangkan setiap urat sendi pada tubuhnya.Melakukan pergerakan kecil bagi melancarkan aliran darah. Sekilas dia memandang ke katil bersebelahan dengannya.Ismail masih dibuai lena berselubung.Fared menggelengkan kepala.
Lantas menapak perlahan menuju ke pintu utama lalu pintu itu ditolak.Angin sejuk berembun menerpa masuk.Menampar perlahan wajahnya.Terasa aman dan tenang sekali.Fared mengitari pandangan.Suasana sejuk dan berkabus menghiasi pandangan.Tumbuhan malar hijau berada di mana-mana.Kedudukan mereka tinggi dari tanah yang menyebabkan suasana di atas puncak pokok ini begitu sejuk dan nyaman.
Fared berjalan di ruang langgar rumah itu.Laluan itu bersambung dengan rumah-rumah kayu lain yang sama aras dengannya.Untuk turun ke bawah, ia memerlukan kemahiran bergayut dan menggelongsor ke bawah.Untuk naik ke atas pula, ia memerlukan lif dengan pemberat.Apabila pemberat itu turun ke bawah, kurungan yang berfungsi sebagai lif itu akan naik ke atas.Untuk menghentikan pada aras yang dikehendaki, ia memerlukan kemahiran menggunakan tuil khas.Fared naik ke rumah kayu milik Athelia ini pun dengan bantuan seorang bangsa Yaneko.
Fared melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi kayu yang berbentuk memanjang.Memerhatikan kawasan perhutanan yang seluas benua itu.Amat mudah untuk menikmati pemandangan jauh dari sini memandangkan dia berada pada aras tinggi sehingga melangkaui puncak pokok yang lain.Nafas ditarik sedalamnya dan ditahan seketika lalu dilepaskan rangkulan pernafasan perlahan-lahan.Terasa nyaman dan tenang.Fared menyandarkan kepalanya pada dinding kayu dan memejamkan mata.Menikmati suasana di puncak pokok dengan suhu sejuk sebegini.Sinaran mentari masih belum terik diawal pagi sebegini.
"Awal awak bangun hari ini?" Satu suara menyapa Fared.Pantas Fared berkalih memandang ke arah empunya suara tersebut.Seorang perempuan dari bangsa Yaneko menghampirinya.Cara berjalannya sangat teratur dan tertib.Sesuai dengan perwatakannya yang lembut dan wajahnya yang ayu.Sejuk mata memandang sesejuk embun pagi di puncak pokok ini.Fared tidak mengerdipkan matanya.Terpukau seketika.
"Nama saya Estrella." Gadis itu meletakkan telapak tangan kanan ke atas dada kirinya dan menunduk hormat kepada Fared.Melihat perilaku yang sangat sopan sebegitu, Fared menjadi serba salah namun dalam pada masa yang sama dia berasa sangat kagum dengan perilaku dan adab yang ditunjukkan oleh bangsa Yaneko ini.
"Boleh saya duduk disini?" Estrella menunjukkan ruangan kosong bersebelahan Fared.Teragak-agak Fared menggangguk.Estrella tersenyum manis lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan lelaki itu.Fared menjadi tidak keruan.Dia ingat-ingat lupa wajah gadis itu.Macam pernah dilihat cuma ingatannya berbalam-balam.
"Suasana memang sejuk begini disini pada awal pagi.Kedudukan kita tinggi ke puncak pokok Tamashi ni.Kebiasaannya, memang saya seorang sahaja suka duduk disini waktu begini.Nampaknya, hari ini saya ada teman." Estrella tersenyum manis memandang Fared.
Fared tersipu-sipu malu namun cuba mengawal reaksinya dengan baik.Dia tidak mahu kelihatan canggung di hadapan seorang gadis.Cuba mengawal macho nya.
"Awak takut tinggi ya? Gayat?" Estrella bertanya lagi.Wajah Fared kemerahan.
"Ya.Macam mana awak tahu?" Fared terpempam.Dia sendiri tidak tahu bagaimana gadis itu tahu akan kelemahannya yang tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun sebelum ini.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Misterio / SuspensoBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...