Pertemuan yang tidak dirancang dan tidak terduga.Zie muncul secara tiba-tiba di makmal Hyperserv ketika Irfan,Hadif, Elizia dan Ilyas sedang bermesyuarat.Ternyata ianya satu perkara yang tidak terduga terutama bagi Irfan.Nyawa sahabat mereka ternyata di dalam bahaya angkara hacker.
"Maaf,cik.Siapa cik? Bagaimana awak boleh masuk ke sini tanpa kebenaran?" Hadif berdiri menghadap Zie yang masih tercegat di muka pintu.
"Virus yang menyerang Hyperserv adalah kerja kami.Kami adalah hacker." Lantang Zie bersuara dan secara terang-terangan mengakui kebenaran yang sememangnya benar tanpa berselindung lagi.Mungkin cuba untuk bermuslihat.Sengaja menimbulkan kekecohan.
Terasa bahang hingga ke kepala.Irfan pantas bangkit dan mencekak batang leher Zie lalu di tolak ke dinding.Tubuh kecil Zie terhempas ke dinding.Zie memegang lengan kanan Irfan yang mencekak lehernya.Terasa sesak pernafasan.
"Keparat kau! Kau tahu tak kawan-kawan aku dalam bahaya! Seorang kawan aku maut!Kau jadi punca! Kau yang patut mati!" Irfan hilang pertimbangan.
"Irfan! Bertenang!" Hadif meleraikan pergelutan.Jika dibiarkan mungkin memberi kesan lebih buruk kepada situasi.Wajah Irfan merah padam.Zie terbatuk-batuk ketika cengkaman dilehernya dilepaskan.Cuba mengambil nafas sebanyak yang mungkin.
"Apa tujuan kau ke sini?Tak cukup dengan apa yang kau lakukan?" Hadif mengambil tempat Irfan untuk mengelakkan pergaduhan berlaku lagi.Dia amat memahami jika Irfan mengamuk.Irfan sahabat lama kepada Yazaid.Sahabat Yazaid juga adalah sahabatnya.Pemergian Samsul bukanlah satu perkara yang dapat diterima semudah itu.Ia akan memakan masa dan kini Zie pula muncul mengaku sebagai hacker dan virus yang melanda ketika ini adalah berpunca daripada tindakannya.Memang sengaja mencari maut.
"Sabar.Biar saya jelaskan." Zie menyusun bait bicara perlahan-lahan apabila pernafasannya mula sembuh.Semua anak mata tertancap kepadanya.
"Kawan saya dalam bahaya.Kita semua dalam bahaya." Zie cuba untuk menerangkan situasi semasa.
"Kawan kau dalam bahaya, itu masalah kau.Jangan babitkan kami!Itu hal kau!" Irfan membentak.Hadif menahan Irfan daripada hilang pertimbangan.Elizia membengiskan wajah.Nyawa Yazaid dalam bahaya angkara kumpulan gadis itu.
"Bukan itu yang saya maksudkan.Kawan saya.Mereka hilang dalam talian.Salah seorang daripada mereka ada memiliki batu Valkarie.Lokasi terakhir mereka di Grotte Bardtan." Zie menyeka keringat di dahinya.
"Grotte Bardtan?? Batu Valkarie??" Secara tiba-tiba Ilyas bangkit.Suaranya separuh meraung.Merenung tepat ke arah Zie.Irfan juga tercengang.Akalnya memikirkan sesuatu.
"Ya.Dunia kita dalam bahaya.Saya tahu, kami banyak buat salah.Tapi kali ini,tolonglah.Demi kelangsungan hidup manusia.Saya sendiri datang merayu dan membantu." Ternyata tindakan Zie bertentangan dengan matlamat asal kumpulan Blackserv.Niat asal mereka untuk memusnahkan Hyperserv ternyata tidak membuahkan sebarang hasil.Bencana yang lebih besar bakal melanda sekiranya tidak dibendung.Zie benar-benar ikhlas kali ini.
Lantas Ilyas bergerak pantas menuju ke bahagian makmal.Tindakan seterusnya perlu dijalankan segera.Beg bimbitnya dibawa bersama menuju ke sebuah bilik lain.Hadif mengekori Ilyas.Hanya Elizia, Zie dan Irfan sahaja yang tinggal di bilik mesyuarat.Masing-masing melayan dilema sendiri.
"Apa yang berlaku? Apa tu Grotte Bardtan? Batu Valkarie?" Ternyata Elizia tidak mengetahui butirannya secara terperinci.Irfan memandang Zie tanpa dikendurkan bengis wajahnya.Hatinya masih membengkak.
Permukiman Fuego,HyperServ
Perhutanan ini seperti kebiasaan.Saban hari saban malam tetap sebegitu.Malam ini terasa bahang.Unggas dan cengkerik saling bersahutan antara satu sama lain isyarat komunikasi yang tidak difahami oleh manusia.Kelihatan samar-samar cahaya api jamung muncul dari balik semak belukar.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Mystère / ThrillerBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...