SERVER 69

8 2 3
                                    

Baki tentera Yaneko yang terselamat di dalam tragedi berhampiran pintu barat Hyperserv kembali semula ke perkampungan mereka di pohon Tamashi. Nun di jauh di puncak, kelihatan berbondong-bondong jelata Yaneko memenuhi ruangan pelantar utama itu. Mereka melakukan ritual peringatan pada kenalan mereka yang terkorban di dalam tragedi malam ini.

Fared dan Estrella berada di pelantar tengah di antara pelantar utama dan pelantar sebelah bawah. Fared sekadar melepaskan keluhan halus. Tiada sepatah kata di antara mereka berdua. Hanya sesekali terdengar keluhan halus yang memberati jiwa masing-masing. Masing-masing diselubungi lamunan masing-masing. Berkocak jiwa mereka dengan perasaan yang bercampur-baur. Untung Fared dan Estrella tiba tepat pada waktunya namun Estrella kesal tidak sudah-sudah kerana terlewat tiba. Jika mereka tiba lebih awal, pasti tiada nyawa Yaneko yang terkorban.

"Eeerr.. Fared.." Estrella bersuara. Fared menyahut hanya dengan seulas senyuman merauti wajahnya ketika memandang ke arah Estrella. Gadis itu sekadar menguntum senyuman halus.

"Saya...minta maaf...Ismail, dia.." Perasaan kesalnya masih terbuku dihati. Fared tergelak kecil.

"Tak apa. Dia bukan kemana-mana. Dia kembali ke dunia asalnya. Dunia manusia." Fared semenangnya mengetahui tentang perkara itu. Estrella hanya bersimpati.

"Sejujurnya, saya tak tahu apa makhluk yang bawa Ismail pergi." Meremang roma Estrella apabila mengingat kisah yang diceritakan kepadanya oleh saksi yang melihat kejadian itu.

"Brothome." Ringkas jawapan Fared. Estrella hanya mendiamkan diri. Sekadar menjadi pendengar sahaja.

"Bro.. apa?" Estrella menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ulah itu membuatkan Fared tergelak kecil. Sejujurnya, Estrella kurang faham tentang makhluk itu.

"Brothome. Nama makhluk yang membawa Ismail pergi. Pulang ke dunia asalnya. Dunia manusia...bukan namanya secara spesifik tetapi lebih kepada nama gelaran yang diberikan oleh entah siapa dan tersebar.. Brothome." Fared memandang Estrella sekilas.

"Sebab Ismail manusia? Habis, kenapa awak tak dibawa pergi? Kenapa Bro...eerr.. benda hitam tu tak bawa awak pergi? Awak pun manusia biasa" Estrella mula mempersoalkan kejadian itu.

"Brothome adalah makhluk misteri ciptaan Rayfall. Tugasnya cuma satu. Setiap manusia yang masuk ke dunia Hyperserv perlu kekal sebagai manusia tanpa sebarang kuasa elemen sama ada diambil secara sengaja atau tidak sengaja dari dunia ni. Apabila sampai pada waktunya yang hanya Brothome yang tahu, makhluk ni akan mencari manusia-manusia yang memiliki kuasa elemen di dalam tubuhnya dan di bawa keluar pulang ke dunia asalnya. Sebabnya? Setiap rekaan Rayfall di dalam Hyperserv bertindak mengikut apa yang telah di program kan padanya tetapi manusia... seringkali terlupa diri dan gemar mengeksploitasi. Untuk mengelakkan dari manusia-manusia sebegini, Brothome ditugaskan untuk membawa mereka pulang buat seketika." Panjang lebar huraian Fared.

"Buat seketika? Maknanya Ismail boleh masuk semula?" Estrella tertanya-tanya.

"Ya.. tetapi tempohnya tidak tetap. Rayfall telah menetapkan begitu programnya. Bila Ismail boleh masuk semula, tiada siapa tahu. Entah-entah, dia sendiri yang tidak mahu masuk semula." Fared mengerling ke arah Estrella yang tetap anggun di kaca matanya.

"Tapi kan..." Bait bicara Estrella terhenti. Fared menoleh sekilas menunggu bait bicara gadis itu yang seterusnya. Terpancar riak wajah gadis itu menandakan kerisauan bergulir di dalam hati rawannya.

"...awak tak rasa ke yang Bro....eerr.. makhluk hitam tu akan datang semula?" Estrella tertunduk. Fared mengerutkan dahinya.

"Kenapa?" Fared menongkat dagu memandang dan menghadap ke arah gadis itu.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now