Hairuddin dan Irfan tenggelam di dalam lamunan masing-masing mengingati jaluran memori masing-masing. Apa yang disaksikannya amat mustahil untuk dilupakan. Apatah lagi isteri kepada Rayfall iaitu Maisarah kembali ke rahmatullah di hadapan mata mereka. Oleh kerana Ilyas yang juga merupakan anak tunggal kepada mereka berdua tidak mempunyai penjaga sementara ayahnya masih berada di dalam Hyperserv, Hairuddin berhasrat untuk menjaganya buat sementara waktu pada ketika itu.
"Hairuddin!" Hairuddin tersentak dari lamunannya apabila Irfan memanggil namanya. Lantas dia menoleh sekilas. Kelihatan Irfan seolah-olah terpaku memandang ke arah paparan monitor di hadapannya. Hairuddin turut melihat ke arah papan monitor tersebut lantas anak matanya terbuntang.
'TARGET FOUND'
'LOCATION ID IDENTIFIED'
'TARGET ID : 2 ID DETECTED'
'ID 1 : ZIE (Local occupant)'
'ID 2 : UNKNOWN (Non-local occupant)'
"Kita...dah jumpa si bacul ni!" Raut wajah Irfan mula menyinga. Hairuddin mengerutkan wajahnya menandakan akalnya ligat memikirkan sesuatu.
"Jangan terburu-buru, Irfan. Kamu cari seberapa banyak maklumat yang boleh. Paling penting, mark mereka berdua. Jangan sampai hilang dari radar. Saya perlu selesaikan perkara ini disana." Hairuddin pantas mengendalikan beberapa kod rumit pada sistemnya dan lantas mendapatkan Hadif yang sedang memantau tubuh-tubuh sahabat mereka yang dimana minda mereka memasuki ke dalam Hyperserv.
"Hadif, saya perlukan beberapa orang dari pasukan elit untuk bersama saya. Kita dah jumpa lokasi dalangnya." Hadif kelihatan terkejut.
"Baik! Saya akan minta bantuan dari unit-unit elit berdekatan. Saya akan turut serta." Sebaik Hadif bangkit, Hairuddin menahan tubuhnya.
"Jangan! Mereka perlukan kamu disini. Selebihnya, biar saya uruskan." Hairuddin tersenyum tawar. Hadif pula terkedu hilang kata. Bagi Hairuddin, ini mungkin perjuangannya yang terakhir yang melibatkan bioserver Hyperserv rekaan Rayfall yang ternyata mendatangkan mudarat kepada manusia itu sendiri. Dia sendiri akan menamatkan peperangan tidak bermakna ini buat selamanya. Dia telah lama bersara dari melibatkan diri dengan bioserver Hyperserv selepas kehilangan Rayfall namun siapa sangka dua orang pemuda yang juga merupakan legasi terakhir Rayfall berjaya membina data dan mengaktifkan semula dunia digital itu namun masih terlalu mentah untuk menguruskan dunia seluas dan sebuas itu.
Hadif akur dengan permintaan Hairuddin. Mungkin dia mahu berkhidmat buat kali yang terakhir kepada sahabatnya yang telah lama menghilangkan diri. Atau, mungkin Hairuddin berhasrat untuk memadamkan dunia digital itu buat selamanya memandangkan ini adalah situasi kini adalah implikasinya. Buat masa ini, hanya Hairuddin yang mampu memadamkan dunia itu dari pangkalan data induk bioserver. Lelaki bernama Hairuddin itu merupakan salah seorang daripada lagenda perang di dalam Hyperserv pada zaman ketika Rayfall masih ada. Dia jugalah yang menutup keseluruhan sistem Hyperserv suatu ketika dahulu selepas Rayfall menghilang dan bangsa Valkazar berjaya dikurung olehnya. Selepas daripada itu, tiada lagi manusia yang menjejakkan kaki di dalam Hyperserv.
Dia menutupnya bukan kerana menentang perjuangan sahabatnya tetapi untuk mengelakkan bencana sebegini berlaku kepada bangsa manusia memandangkan dia mengetahui keupayaan bangsa Valkazar yang pernah dikenalinya. Bangsa ini sangat bijak di dalam mengeksploitasi dan memanipulasikan kesemua perkara yang dihadapi oleh mereka. Bahkan, siapa sangka mereka mampu menguasai tubuh badan manusia yang berfizikal hanya dengan menggunakan Brainlink sahaja.
Tanpa berlengah, Hairuddin beserta pasukan elit menuju ke lokasi yang telah dinyatakan. Ianya agak jauh daripada lokasi mereka memandangkan situasi di luar sangat genting dan kekecohan berada dimana-mana. Sesekali terasa gegaran hasil daripada letupan yang tidak diketahui puncanya yang berlaku diluar sana.

YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Misterio / SuspensoBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...