SERVER 40

3 3 0
                                    

Letrai Bay, La Brecha, HyperServ

Malam semakin larut meninggalkan peredaran masa tanpa menunggu sesiapa.Hampir kesemua marga bangsa Letrazie lena dibuai mimpi namun tidak pada Yazaid.Matanya sukar untuk dilelapkan.Pelbagai andaian bermain di fikirannya.Memikirkan bagaimana untuk keluar dari dunia yang menyesakkan fikiran ini.Bagaimana mahu menyingkirkan penceroboh yang menceroboh dunia ini.Bagaimana mahu memusnahkan kesemua virus yang berleluasa di dunia ini.Bahkan, dia sendiri tidak tahu bagaimana rupa virus yang dimaksudkan kerana ianya langsung tidak kelihatan secara fizikal sehingga kini.Diasak pula dengan kisah-kisah berkaitan bangsa Valkazar yang gemar bermusuhan dan berbunuhan.Pelbagai asakan menghentam akal mindanya.Hatinya jadi terbejat.Keluhan kasar terhembus keras.Oleh kerana tidak tertahan, Yazaid melangkah keluar dari rumah agam milik Tyrel itu.Dia bersiar-siar di luar untuk mengambil angin sekali gus mencuba untuk menyingkirkan kegalauan hatinya.

Yazaid mengitari pandangan.Mengamati suasana malam di perkampungan Letrai Bay ini.Ternyata pemandangan malam disini lebih menenangkan dan terasa damai.

Yazaid menapak ke tengah-tengah perkampungan itu.Kelihatan sebuah patung batu besar yang diukir membentuk susuk tubuh seseorang di kalangan bangsa Letrazie.Yazaid tidak mengetahui siapakah gerangan lelaki yang menjadi mercu tanda Letrai Bay itu.

Imbas kembali..

Beberapa bangsa Letrazie masuk ke dalam dewan dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan berada di hadapan sekali.Wajahnya ayu dan anggun namun kelihatan tegas.

Dia berjalan melintasi meja makan dan duduk bersebelahan Leo.Matanya langsung tidak memandang ke arah Yazaid selepas menegurnya.Beberapa pengiringnya menempatkan diri di belakang gadis itu.Yazaid tercengang.Dia tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang menegurnya sebentar tadi.

"Yazaid, kenalkan.Itu adalah Elsa.Ketua Batalion A.S.T." Tyrel memperkenalkan gadis yang baru sahaja masuk ke dalam dewan itu.Yazaid terkedu diam tidak terkata.

"A.S.T?" Ilyas pula menyoal.

"Angkatan Skuad Tempur." Tenang Tyrel meringkaskan.

"Ohh..kalau dia ketua batalion sekali pun, maknanya dia boleh menyerang hendap kami sesuka hati, begitu?" Yazaid masih lagi terasa hangat di dalam hatinya.

"Dan dia juga anak kepada..." Leo pula menyampuk.

"Tak kisahlah anak siapa pun.Bukan bermakna kau boleh buat sesuka hati kau.Kalau kami terbunuh bagaimana? Menyerang hendap kami begitu?" Yazaid menengking.Memintas percakapan Leo sebelum lelaki itu habis berbicara.Yazaid kelihatan semakin bengang.Hatinya membara kerana seolah-olah dia diperkecilkan oleh sahabatnya.Hanya kerana seorang gadis itu ketua batalion bukan bermakna dia boleh melakukan sesuka hatinya.Itu bukan prinsip Yazaid.

"Jadi, awak mahu terbunuh dengan serangan hendap kami?" Elsa memandang tajam ke arah Yazaid.Pandangan sebegitu menyemarakkan lagi amarah Yazaid yang masih belum reda.

"Kau cabar aku? Baik! Kita bertempur tangan kosong! One by one!" Yazaid hilang pertimbangan sehingga tidak menyedari implikasi yang bakal dihadapi.Elsa sekadar tersenyum sinis.

Riak wajah Tyrel dan Leo berubah serta-merta.Bangsa Letrazie tahu akan keupayaan dan kemahiran Elsa dalam bertarung terutama sekali dalam pertempuran tangan kosong.Elsa bukannya gadis yang kosong-kosong dan bukannya gadis yang lemah.Dia mampu menumbangkan beberapa orang lelaki Letrazie perkasa dalam satu masa.Keampuhannya bertarung tidak boleh disangkal lagi.Mereka sendiri pernah menyaksikan ketangkasan Elsa di dalam medan tempur.Oleh kerana itu, dia dilantik menjadi ketua batalion A.S.T. Di dalam dunia Hyperserv, hanya bangsa Letrazie yang memiliki sistem ketenteraannya sendiri lengkap dengan nama khas unitnya.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now