SERVER 22

3 3 0
                                    

Pinggir perhutanan Fuego, HyperServ

Perhutanan itu sama seperti perhutanan di dunia realiti.Bunyi unggas dan cengkerik memainkan irama perhutanan yang tidak difahami.Iramanya umpama halwa.Merdu didengar bagi spesis mereka namun tidak pada manusia yang lebih kepada perasaan seram sejuk.

Malam semakin larut.Masa berganti masa.Peredaran masa yang tidak pernah akan menunggu sesiapa pun.Kitalah yang perlu mengejar masa.Masa itu adalah emas.Gunakan sebaik yang mungkin tanpa mensia-siakannya.

Tajima berdiri di dalam gua berhampiran pintu masuk.Sesekali dia menjengah keluar gua memerhati persekitaran.

Kelihatan beberapa ekor makhluk serigala bertanduk runcing berkeliaran di hadapan pintu gua.Pergerakan mereka mundar-mandir memerhatikan 'juadah' mereka berada di dalam gua yang dipisahkan dengan api jamung yang terpacak di muka pintu.Mulutnya menyerigai.Liur yang meleleh menandakan mereka sedang dalam keadaan kelaparan.Hanya menunggu api jamung itu terpadam sahaja.Maka hilanglah dinding pemisah di antara mereka.Mana mungkin manusia biasa mampu bertempur dengan kudrat segerombolan serigala yang dalam keadaan kelaparan.Pasti maut bakal menjemput.

Serigala bertanduk runcing amat gemar bermukim di persekitaran ini.Sempadan di antara permukiman Fuego dan permukiman Viento menjadi habitat haiwan ini yang lebih gemar bersuhu suam dan sederhana.Permukiman Fuego ternyata bahang dan panas kerana adanya aliran lava berhampiran permukaan bumi Hyperserv manakala permukiman Viento pula mempunyai aliran angin yang kuat berpusat kepada permukiman Fuego akibat tekanan udara.Persempadanan ini pula memiliki suhu yang sederhana dan suam.

Tajima melihat sekilas pada api jamung yang menjadi pemisah di antara mereka dan makhluk buas di luar sana.Kelihatan apinya masih menyala dan mampu untuk bertahan beberapa jam sahaja lagi.Selepas daripada itu, hanya berharap pada kudrat dan nasib.

Zaidi duduk berdiang berhampiran unggun api yang dinyalakan di dalam gua.Akalnya juga ligat memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dari hambatan maut.

Tajima juga menempatkan diri bersebelahan Zaidi untuk mengurangkan rasa dingin yang mula menjalar ke setiap rusuk dan sendi sehingga mampu membejatkan pergerakan.

"Tajima, kau ada apa-apa idea tak? Macam mana nak keluar dari sini?" Zaidi mengunjurkan kedua telapak tangan ke arah unggun api.Terasa darah seakan mula membeku.

"Keluar? Kita takkan keluar.Kau nak mati ke? Tengok tu." Tajima menudingkan jari telunjuk ke arah luar gua.Kelihatan makhluk serigala bertanduk runcing mundar-mandir di hadapan gua.Mulutnya menyerigai menderam-deram.Serigala disini akan menunggu mangsanya sehingga mangsanya tidak berdaya kekurangan tenaga tanpa mengira siang atau malam.Makhluk itu tetap menunggu.

"Habis tu? Nak duduk sini sampai mati?" Zaidi mula berputus asa.Menyerah nyawa semudah itu.Tajima terdiam seketika.

"Aku dah cuba hubungi Zie tapi..." Tajima menggelengkan kepala tanda kecewa.Ternyata isyarat itu sedikit sebanyak mengoyahkan pendirian Zaidi yang turut kecewa.

"Memang dunia ni nak sangat kita mati, Tajima.Kita pun pendatang.Penceroboh." Zaidi mula bernada perlahan.Lebih menyalahkan dirinya sendiri dengan apa yang menimpa mereka.Menyesali perbuatannya sendiri.Usaha yang menjadi sia-sia.

"Zaidi! Kau jangan lupa tujuan asal kita ke sini! Blackserv tetap akan runtuhkan Hyperserv ni.Walaupun apa pun berlaku.Faham!" Darah Tajima terasa membuak-buak sampai ke kepala mendengar ulah putus asa Zaidi.Mengukuhkan matlamat asal.

"Sedar kedudukan kita sekarang, Tajima! Kita dalam bahaya.Dunia ni masih tak ada apa-apa.Buat apa kita nak rebut!" Zaidi tidak mengalah.Darahnya juga terasa terasa membuak-buak mendidih dari dalam.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now