SERVER 35

3 2 0
                                    

Red Forest, Fin Del Mundo, HyperServ

Malam berlalu dengan penuh sepi dan imbauan tragedi yang bergentayangan di balik tubir mata.Segala-galanya terpapar dengan kabur dan tidak jelas.Butiran kejadian sukar untuk ditafsirkan ketika ini.Akalnya masih berada di bawah paras sedar.Masih belum pulih sepenuhnya.Masih terbejat.Cuba untuk dihadamkan dan dipulihkan sedikit demi sedikit.

Fared bangun terkejut dengan kaki terlunjur.Wajahnya berkeringat.Sendinya terasa sakit dan lenguh-lenguh.Darah kering masih terlekat.Diamati persekitaran.Dia menjadi kehairanan.Fared membelek-belek tubuhnya sendiri dan melemparkan pandangan ke serata arah.Dia meyakini bahawa perhutanan ini masih perhutanan yang sama dan tubuhnya bukan dalam keadaan 'roh'.Ini menandakan dia masih hidup dan belum terkorban.Akalnya cuba menghadamkan apa yang telah terjadi.Persoalan demi persoalan menyinggah.

Dalam keadaan keliru, anak telinganya menangkap bunyi tapak kaki berjalan ke arahnya.Fared lantas menoleh kebelakang.Bimbang makhluk-makhluk penyembah itu menamatkan riwayatnya namun apa yang dilihatnya ternyata melegakan hatinya.

Kirin memapah Ismail menghampiri Fared.Ismail dalam keadaan tidak berdaya.Kirin memapahnya dengan seluruh kudrat wanitanya.Fared cuba bangkit namun gagal.

Kirin membantu Ismail untuk duduk bersebelahan Fared.Wajahnya tampak pucat dan kehilangan kudrat ternyata amat memeritkan seluruh tubuh sekali gus membejatkan pergerakan.

"Apa yang jadi?" Fared meminta penjelasan.Dia menjadi hairan.Sepatutnya dia sudah mati ketika ini.Seingatnya, dia ditendang ke dalam lautan tasik lava yang menggelegak panas itu.Tanah di persekitaran basah kerana ditimpa hujan yang lebat malam semalam.Itu antara perkara yang diingati.Dia melangoi pandangan ke dada langit.Suasana masih gelap namun garisan merah pada dada langit menandakan siang bakal menjelma sebentar lagi.Waktu malam sudah pun ditempuhi.

"Harimau tu datang lagi.Harimau tu selamatkan kita." Suara Kirin tertahan-tahan.Sakit pada tubuhnya masih belum hilang bisanya.

"Harimau?" Ternyata Fared tidak mengetahui apa-apa.Dia tidak ingat apa-apa selepas dari saat tendangan yang menolak tubuhnya ke dalam lautan tasik lava itu.

"Harimau..berbelang merah..dan bertanduk.Berkuasa petir." Ismail mencelah.Nafasnya termengah-mengah.Mata dan tubuhnya lebam di sana sini.Darah kering masih melekat pada bibirnya.

"Harimau belang merah?Petir?" Ternyata Fared tidak memahami langsung butiran yang diperkatakan oleh mereka berdua.

Imbas kembali...

Kelihatan seekor harimau berbelang merah dan bertanduk berdiri gah diatas bongkah batu itu.Dibelakang tubuhnya, kelihatan Fared terbaring secara meniarap tidak sedarkan diri.Mulutnya menyerigai.Sesekali kelihatan renjatan elektrik muncul pada tubuhnya.Penghulu itu terketar-ketar.Dia pernah menemui harimau itu tetapi anehnya mengapa harimau ini seolah-olah menyelamatkan korbannya.Ia menjadi sebuah tanda tanya dan mungkin juga pengakhiran riwayatnya sebagai penghulu di sini.

Para pengawal dan penduduk yang terselamat dari panahan petir bangkit berdiri.Ada yang melarikan diri dan ada juga yang mengambil senjata.Bagi mereka, kejadian ini merupakan satu penghinaan kepada Crone Naga Batu.

Penghulu itu mengetap kancing gigi hadapan.Kedua tangannya dikepalkan.Amarah membuak-buak menguasai seluruh urat darah.

"Serang!! Bunuh harimau tu!!" Penghulu itu bertempik.Para pengawal berubah menjadi pahlawan.Semangat juang mereka berkobar-kobar melihat musuh di depan mata.Namun, langkah mereka terhenti di tebing lautan tasik lava itu.Harimau itu menderam-deram.

Pahlawan mereka melemparkan tombak ke arah harimau berbelang merah itu namun harimau itu langsung tidak berganjak.Hanya sekadar memerhatikan sahaja.

Belum sempat bilah tombak mencecah kulit harimau itu, sekelip mata harimau itu menghilang dari pandangan.Dia menghilang umpama gerakan petir.Tubuh harimau itu mengeluarkan cahaya dan mengubah fizikalnya menjadi cahaya petir dan menyambar ke arah perhutanan.Kesemua makhluk itu kehairanan.Tombak mereka tersasar.Kesemuanya tercebur ke dalam lautan tasik lava lalu terbakar sebelum sempat mencecah ke permukaan lava.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now