SERVER 32

13 3 0
                                    

Gua Grotte Bardtan, Fuego, HyperServ

Siapa yang menyangka bahawa jauh di bawah permukaan bumi Hyperserv ini wujudnya sebuah lagi dunia yang terasing.Dunia ini bukanlah dunia yang boleh bersenang-lenang tetapi ianya merupakan sebuah penjara bagi satu suku bangsa yang buas dan ganas.Keluasan dunia di bawah ini hampir sama keluasannya dengan benua-benua di luar sana.Cuma suasana di sini jauh lebih menyeramkan dan kelihatan agak suram kemerahan.Langitnya berwarna merah gelap menambahkan suasana seumpama 'neraka dunia'.Ternyata ianya tidak boleh didiami oleh manusia mahupun haiwan yang terdapat di atas permukaan Hyperserv.

Belantara di sini juga berbentuk agak aneh yang terdiri pelbagai warna-warna gelap.Kebanyakannya lebih kepada warna merah gelap. Tajima dan Zaidi merehatkan badan tanpa beralas.Mereka berdua baring terlentang menghadap dada langit dunia aneh itu.Nafas mereka tercungap-cungap.Daya graviti disini agak aneh.Seluruh tubuh dirasakan begitu berat sekali.Tarikannya agak kuat berbanding di permukaan.

Dalam ketika mereka berehat memulihkan pernafasan, tiba-tiba satu gulungan api menerawang di udara dan menerjah tidak jauh dari mereka.Gulungan api itu berombak-ombak membentuk sekujur tubuh manusia yang bersaiz tiga kali ganda besarnya.

Tajima dan Zaidi tidak terkejut malahan sekadar berdiri memerhati sahaja perubahan itu sehingga gulungan api yang bergulung-gulung itu menjadi sekujur tubuh makhluk yang mereka temui ketika mula-mula sampai ke dunia pelik ini.

"Xeados! Kami sudah hampir tiba ke istana itu.Mengapa kau ke mari?Ada apa-apa perubahan rancangan?" Tajima menudingkan jari ke satu arah.Dari kejauhan, kelihatan berbalam-balam dan kabur sebuah istana terapung yang gah berdiri diselaputi kepulan awan pada puncaknya.Perjalanan mereka sudah agak jauh dari pintu masuk dunia ini.

"Tidak, wahai manusia.Perjalanan kau masih jauh.Kau lihat itu kelihatan sudah amat dekat sedangkan kau belum menempuh separuh pun dari perjalanan." Suara makhluk bernama Xeados itu bergema-gema dan kedengaran garau.

Zaidi tercengang.Perjalanannya terasa sudah amat jauh.Tajima terduduk mengah.Melepaskan lelah buat sementara untuk menyambung perjalanan mereka semula.

"Xeados, apa tugas kau disini?" Tajima cuba untuk berbual dengan Xeados setelah agak lama mereka berdiam diri.Pertanyaan sekadar menghilangkan bosan dan keletihan.Berbeza dengan Xeados yang bersaiz tiga kali lebih besar dari manusia biasa.Tubuhnya sesekali mengeluarkan bara api dari lava yang mengalir dari tubuhnya.Tubuhnya menyala-nyala.

"Aku penjaga pintu masuk ke sini.Sememangnya, manusia seperti kau amat bertuah kerana dapat masuk ke dunia kami.Pasti Raja Raa menanti kehadiran kau berdua, wahai manusia yang bertuah." Xeados tegap berdiri sekadar memerhatikan Tajima dan Zaidi.

"Raja Raa?" Zaidi mengerutkan dahi.

"Raja yang memerintah kami.Raja yang agung, Raja Raa.Tuanku memerintah dunia ini sejak sekian lama." Xeados langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan reaksi wajah mengikut bait katanya.Wajahnya tetap membengis dan menggerunkan bagi sesiapa yang melihatnya.

"Raja Raa menanti kalian di istana tuanku.Percepatkan perjalanan kalian.Kurangkan istirehat kerana istirehat dan kekayaan sebenar berada di sana." Xeados menudingkan jarinya ke arah singgahsana yang gah terapung di udara.Singgahsana itu kelihatan berbalam-balam.Tajima memincingkan anak mata mengamati istana itu.Timbul persoalan di benaknya.Dia terfikir, bagaimana istana itu boleh terapung tanpa sokongan.

"Singgahsana tuanku disokong oleh tiang-tiang kuasa sakti tuanku sendiri.Untuk menghadap tuanku, kalian perlu perkenan dari tuanku.Barulah kalian boleh naik masuk ke istana tuanku Raja Raa." Xeados seolah-olah menjawab persoalan yang muncul di benak fikiran Tajima.Membulat mata Tajima mendengar jawapan kepada persoalan itu.Mungkinkah makhluk itu boleh mendengar apa yang dibicarakan di dalam hatinya tanpa perlu diluahkan?Tajima semakin berhati-hati.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now