SERVER 64

10 2 0
                                    

Penjajahan bangsa Valkazar telah tercetus sejak sekian lama dan bangsa ini pernah diperangi suatu ketika dahulu oleh bangsa manusia yang bergabung bersama penghuni-penghuni dari dunia Hyperserv sendiri dan pasukan dari Hyperserv pada ketika itu dipimpin oleh Rayfall. Peperangan yang pertama tercetus itu menyaksikan banyak pertumpahan darah dan ramai yang terkorban. Kini, sejarah kembali berulang namun kali ini pihak Hyperserv tidak lagi dipimpin oleh Rayfall seperti mana suatu ketika dahulu.

Setiap bangsa memainkan peranan masing-masing apabila mengetahui bangsa Valkazar telah terlepas dari kurungan abadi mereka. Perlu mereka mengingati bahawa peperangan kali ini lebih rumit berbanding dengan peperangan yang pernah tercetus suatu ketika dahulu. Pada ketika dahulu, Rayfall mengetuai barisan hadapan mewakili Hyperserv namun tidak pada kali ini. Rayfall merupakan pencipta asal dunia buas ini dan namun bangsa Valkazar yang wujud di Hyperserv merupakan salah satu sistem ralat atau kerosakan sistem yang terbesar pernah tercipta secara tidak sengaja oleh Rayfall.

Bangsa ini hanya memperjuangkan satu perkara sahaja. Mengambil alih dunia Hyperserv dan seterusnya mengambil alih tubuh badan manusia berjasad di dunia manusia sebagai membalas dendam terhadap apa yang telah dilakukan oleh Rayfall ke atas bangsa mereka suatu ketika dahulu. Sudah menjadi fitrah bangsa mereka melakukan kerosakan dan kehancuran lalu mereka diperangi oleh Rayfall dan penghuni Hyperserv yang lain.

Kawasan persekitaran persisisran pantai teluk Letrai itu hancur dan berdebu. Pancaran cahaya Realm Bridge telah tiada namun kelihatan dua lagi Realm Bridge di lokasi yang berbeza jauh dari lokasi teluk Letrai itu. Tentera Valkazar pula banyak yang maut bergelimpangan. Tanah-tanah dan rerumput dipenuhi darah yang bertompok-tompok.

Nun di tengah-tengah kawasan lapang, kelihatan dua susuk tubuh yang saling berhadapan antara satu sama lain. Kapten Zayyan berdiri tegap menghadap ke arah satu susuk tubuh yang dipenuhi darah. Master Vanblood kelihatan mengah dan kehilangan upaya. Nafasnya mencungap dan dadanya berombak kencang. Dia langsung tidak menyangka keampuhan Kapten Zayyan tidak seperti yang dijangkakan. Dia mengetahui bahawa Kapten Zayyan merupakan salah seorang lagenda panglima perang tentera Rayfall suatu ketika dahulu namun ianya telah lama berlalu. Dia amat yakin bahawa keampuhan Kapten Zayyan pasti akan memudar dimamah dek zaman. Dia amat meyakini bahawa dia mampu menumbangkan lagenda itu dengan mudah namun sangkaannya meleset sama sekali.

"Vanblood, jangan berhenti. Mari, kita teruskan lagi. Kau juga yang kata yang kau tak akan berhenti sehingga akhir nafas, kan?" Kapten Zayyan yang masih berdiri teguh itu menghunuskan pedangnya ke arah Master Vanblood yang mengah dan luka parah.

"Celaka kau, Zayyan!" Hatinya terbakar mencucuk-cucuk sehingga ke ulu hati apabila disinis sebegitu oleh Kapten Zayyan yang dipandang rendah olehnya sebelum ini.

Imbas kembali...

"Vanblood! Bedebah kau!" Sejujurnya Kapten Zayyan tidak mampu untuk berbuat apa-apa di dalam kurungan ghaib ini. Dirinya terasa semakin lemah seolah-olah kurungan ghaib ini meresap sebahagian besar dari tenaga fizikal dan tenaga dalamannya. Hanya kerana bertempur mengikut amarah, inilah padahnya apabila hilang fokus di dalam medan pertempuran yang semestinya memerlukan konsentrasi yang tinggi.

"Hahahaha.... Zayyan. Kau terlalu naif, Zayyan. Aku tak tahu apa yang kau fikirkan. Kau masih memperjuangkan ideologi Rayfall keparat tu walaupun kau tahu yang dia melarikan diri meninggalkan kamu semua. Langsung tidak bertanggungjawab dan lihat sekarang... kau yang kena tanggung semua benda yang dia dah lakukan. Kau tak rasa... terkhianat ke, Zayyan?" Master Vanblood menjadi batu api yang melagakan.

Kapten Zayyan tidak lekas menyahut ungkapan dari Master Vanblood. Kurungan ghaib ini semakin lama semakin mengecil dan dalam masa yang sama, kurungan ghaib ini turut menyerap tenaga dalaman tahanannya dan dilepaskan keluar untuk diserap oleh Master Vanblood. Akalnya dikerahkan. Dia tahu bahawa Master Vanblood hanya digunakan untuk melengahkan masa sahaja untuk Raja Raa melaksanakan agenda yang seterusnya. Raja Raa telah menuju ke satu lokasi yang tidak diketahui namun Kapten Zayyan menduga bahawa Realm Bridge yang lebih banyak akan diaktifkan oleh Raja Raa di lokasi yang berbeza memandangkan taburan tentera-tentera bangsa Valkazar sudah mula memenuhi kawasan dunia Hyperserv ini. Jumlah mereka terlalu ramai sehingga mencecah ratus ribu jumlahnya atau mungkin lebih dari itu.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now