SERVER 6

7 3 0
                                    

Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX

Fared sekadar mengitari pandangan. Melihat-lihat barangan yang ada terjual di kedai itu. Tidak berminat untuk membeli. Namun, berminat pada gadis yang telah mencuit hatinya seketika tadi. Sesekali dia terjengah mencari kelibat gadis itu. Masih tidak kelihatan. Tiada sesiapa di kaunter ketika itu. Fared mengeluh perlahan.

"Awak cari siapa?" Satu suara menyapa Fared dari belakang.

Fared terperanjat. Dia terlompat sedikit menjauhi suara tersebut. Pantas dia berkalih ke arah suara itu. Sekali lagi Fared terpempam. Gadis yang bernama Rozy itu tersenyum kepadanya memandang tepat ke arah matanya. Rona merah mula terbit di riak wajah Fared.

"Eerr..tak..tak ada apa. Saja pusing-pusing...eerrr...cari kucing" Fared menjawab pertanyaan Rozy namun tidak berbalas pandangan. Terasa hangat wajahnya.

"Kucing? Hehehe... Baik awak tolong saya lagi baik dari cari kucing." Rozy meminta pertolongan kepada Fared sambil tergelak. Fared kaget. Dia sendiri kekok. Dia tidak mempunyai pengalaman untuk berdepan dengan gadis yang diminati. Ini kali pertama. Fared mengekori Rozy masuk ke stor simpanan barang. Rozy meminta bantuan Fared untuk mengangkat beberapa buah kotak yang agak berat.

Irfan dan Yazaid keluar beriringan dari pejabat. Mereka kelihatan masih berbincang sesuatu ketika dalam perjalanan keluar dari pejabat Irfan. Riak wajah mereka kelihatan serius. Dahi Yazaid kelihatan berkerut seribu. Riak wajah Irfan kelihatan agak suram dan kelihatan risau. Yazaid berjalan pantas mendapatkan Fared yang sedang membantu Rozy mengangkat beberapa kotak bersama-sama. Mereka kelihatan mesra.

"Fared! Ikut aku sekejap. Now!" Yazaid bertegas.

Fared termangu. Tidak mengetahui apa yang telah berlaku. Mereka kelihatan sedang bertengkar tentang sesuatu. Mahu tidak mahu, Fared mengekori Yazaid dan Irfan menuju ke sebuah pintu membelakangi pejabat utama Irfan. Dalam keadaan sebegitu, sempat lagi Fared menjeling ke arah Rozy dan melemparkan senyuman. Rozy membalas senyuman Fared. Hati sudah bertaut hati.

Sebuah hutan tebal,HyperServ

Keadaan menjadi kacau-bilau. Suasana hingar-bingar. Haiwan berwaktu malam merobek mangsa dari kalangan haiwan berwaktu siang dengan rakus dan ganas. Darah memercik ke sana-sini. Yang paling menyedihkan, haiwan berwaktu malam mempunyai tabiat yang tidak baik. Mereka tidak akan menghabiskan hidangan mereka dan akan meninggalkan saki-baki hasil buruan mereka sebelum memburu haiwan yang lain. Hasilnya, daging-daging haiwan berwaktu siang yang sudah dirobek bersepah di sana-sini.

Suasana perhutanan menjadi gelap dan kelam. Awan hitam gemitam menyelubungi kawasan perhutanan tersebut. Ia meliputi keseluruhan permukiman yang luas ini. Haiwan berwaktu siang yang terselamat dari serangan itu akan cuba sedaya upaya untuk melarikan diri ke kawasan yang lebih terang namun peluang agak tipis kerana awan gemitam ini meliputi kawasan perhutanan yang sangat luas ini. Tambahan pula, haiwan berwaktu malam lebih pantas pergerakannya. Maka, seluruh haiwan berwaktu malam akan berleluasa di dalam kegelapan bayang awan gemitam.

Di permukaan tanah pada ketika ini bukanlah satu pilihan yang bijak untuk diterokai saat ini memandangkan situasi agak genting dan hingar-bingar dibawah sana. Bahkan mungkin nyawa menjadi taruhan.

Nun jauh di atas Pokok Ara, seekor harimau kumbang hitam bersayap dan bersiung panjang semakin menghampiri mangsanya. Seorang perempuan yang tidak dapat melarikan diri ke mana-mana. Siungnya semakin memanjang bersedia untuk merobek tengkuk mangsa. Bilah kukunya mula kelihatan mencengkam dahan Pokok Ara tempat perempuan itu bertinggir tadi.

Secara tiba-tiba harimau itu melakukan serangan. Libasan kaki kanan hadapannya cuba mencengkam perempuan itu. Gadis itu menjerit lalu mencangkung di atas dahan dengan menekup kedua-dua telinganya. Terkaman harimau itu tersasar. Ia hanya mencakar dahan utama Pokok Ara namun kesan robekan tergarit agak dalam.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now