Permukiman La Brecha,HyperServ
Tajima dan Zaidi menginjak-injak permukaan tanah di situ.Anak mata mereka melilau kesana dan kemari.Menilai persekitaran berdasarkan pengalaman.Kelihatan pokok-pokok renek patah malahan ada juga diantara pokok renek yang hancur seperti dipijak sesuatu yang jauh lebih besar.Kesan cantas pada batang pokok juga menarik minat mereka.Mereka tersenyum puas.Impak serangan virus memberikan satu kesan yang amat mendalam.
Zaidi menghampiri batang jamung yang terletak tidak jauh dari situ.Dibelek-beleknya batang jamung yang patah itu.Akalnya menduga pasti ada hidupan berakal yang mendiami kawasan ini buat sementara waktu.Tajima melihat-lihat kesan tapak kaki yang jauh lebih besar.
"Zaidi..dia ada disini sebelum ini." Tajima melihat-lihat tanda yang ada.
"Yup..Dia bermalam disini.Then, mungkin dia diserang sesuatu." Zaidi menghampiri Tajima.Dia membawa batang jamung yang terpatah itu lalu ditunjukkan kepada Tajima.Tajima sekadar menggangguk.
"Dia mungkin tak pergi jauh.Let's go!." Tajima mula bergerak.Zaidi memerhatikan isyarat pada paparan hologram miliknya.Isyarat Yazaid dapat dikesan tetapi agak jauh dari kawasan itu.Zaidi berkerut dahinya. 'Tak jauh?' gumamnya sendirian.
Perkampungan Cendrawaseh,Tahun Infiniti 30XX
Hadif sekadar menjadi pemerhati.Hairuddin tekun melaksanakan tugasnya sebagai mekanik yang membaiki pelbagai jenis motosikal.Hadif sangat mengetahui tentang kemahiran yang dimiliki oleh Hairuddin.Kerana itulah dia tidak ragu-ragu untuk membaiki motosikalnya di sini.Hairuddin sememangnya seorang yang pakar dalam bab automotif permotoran.
Dalam ketenangan itu, secara tiba-tiba seorang wanita terkocoh-kocoh berlari anak menuju ke arah bengkel Hairuddin.Dia perlu segera mendapatkan Hairuddin.Kelopak matanya bergenang air mata.
"Abang!!" Asiah muncul di muka pintu bengkelnya.Hadif dan Hairuddin menoleh serentak namun Hairuddin lebih cemas.
"Siah..Kenapa ni?" Hairuddin memegang kedua-dua bahu isterinya.
"Mail, bang.Mail." Asiah menangis teresak-esak tertahan-tahan.Kata-katanya umpama tersekat dikerongkong.
"Kenapa dengan Mail?" Hairuddin cemas.Ditatap wajah isterinya.Terpancar raut kerisauan pada wajahnya selaras tugas sebagai seorang ayah yang perlu melindungi seluruh ahli keluarganya.Ia sudah menjadi tanggungjawab baginya yang wajib untuk dipikul.
"Mail tak bangun-bangun.Saya kejut dia.Dia macam tak sedarkan diri.Dah tengah hari ni, bang.Kejut tak bangun-bangun." Asiah menerangkan serba ringkas tentang apa yang terjadi.Tangisan esaknya tidak berkurangan malahan tangisannya semakin lebat.
Hairuddin memandang Hadif.Membulat anak matanya.Lantas Hadif berdiri mengekori Hairuddin dan Asiah pulang ke rumahnya.Mereka kelam-kabut.Bengkelnya dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang menjaga.Mereka cemas.Hadif tidak banyak bersuara melainkan sekadar mengekori mereka.
Dikejauhan, kelihatan Hairuddin, Hadif dan Asiah terkocoh-kocoh menapak pantas menuju ke rumahnya.Kelihatan jiran tetangga sudah berkumpul di perkarangan rumah mereka.Hairuddin kemengahan.Kudratnya tidak segagah semasa muda dahulu.Asiah memanggil jiran terdekat untuk meminta bantuan.Anaknya tidak terjaga dari tidur.Seakan-akan koma yang panjang.Pantas mereka menginjak anak-anak tangga kayu naik ke rumah.
Kelihatan Ismail seperti orang yang sedang dibuai mimpi lena namun tiada reaksi apabila dikejutkan.
"Mail..bangun, nak.Mail..Mail." Hairuddin cuba mengejutkan anaknya bangun tetapi hampa.Ismail tetap kaku.Tiada reaksi.Matanya terpejam.Sesekali kelopak matanya seakan bergerak-gerak.

ANDA SEDANG MEMBACA
HYPERSERV : BEGINNING
Misteri / ThrillerBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...