SERVER 4

21 4 2
                                        

Siapa yang tahu bahawa sebuah belantara luas terhampar di dalam sebuah alam maya ciptaan manusia. Hyperserv. Sebuah teknologi yang melanggar hukum penciptaan alam. Suasananya tidak ubah seperti belantara di dunia realiti.

Bezanya adalah hutan ini berada di alam maya. Berlokasi di dalam HyperServ. Dunia ciptaan manusia. Manusia yang di hidup disini bermakna akan tidur di realiti. Mati disini juga bermakna mati di realiti. Hidupan disini juga merupakan salah satu daripada elemen program di dalam Hyperserv. Cuma hidupan haiwan dan tumbuhan meliar di belantara ini adalah unik rupa bentuknya dan malahan luar biasa. Kesemuanya adalah program. Lokasi dan pemetaannya juga adalah sebahagian daripada program pencipta dunia Hyperserv.

Nun dikejauhan belantara yang merimbun lebat kelihatan seperti terdirinya sebuah pondok kayu yang dipasak ke bumi Hyperserv. Kelihatannya sebagai tempat persinggahan sementara. Asalkan dapat berteduh dari terik mentari dan limpahan hujan.

Kelihatan seorang perempuan diam duduk bersimpuh berteleku di pangkin pondok kayu itu. Pakaiannya kelihatan ringkas dan kasual namun menampakkan keayuan wajahnya. Dia berseorangan. Sedang meneliti sesuatu di tangannya. Membelek-belek dalam kehairanan seakan ingat-ingat lupa .Sejenis peralatan yang agak ganjil baginya. Bentuknya seakan kalung leher digital namun kelihatan agak kotor dan berlumut seperti telah lama ditinggalkan atau terjatuh oleh seseorang yang pernah memilikinya.

Anak matanya tertancap pada satu butang kecil pada kalung tersebut. Sifat ingin tahu mula menguasai. Jemari halusnya menekan butang kecil itu dan lampu LED kecil bersebelahan butang tersebut menyala berkelip-kelip. Masih berfungsi.

Dia terkejut. Alat aneh itu terlepas dari genggamannya lalu jatuh ke tanah. Dia sekadar mengintai-intai ke bawah melihat pada alat itu. Tiada apa berlaku selain lampu LED kecil itu terus-menerus menyala secara berkelip-kelip.

Gadis itu segera mendapatkan semula alat aneh itu. Hasrat hatinya mahu menyimpan sahaja alat ini. Mungkin ada gunanya pada masa akan datang. Bahkan ini kali pertama dia melihat alat aneh seperti ini. Bahkan, ingatannya seolah-olah ingat-ingat lupa.

BlackServ Lab. Tahun Infinity 30XX

Tajima memerhatikan sesuatu pada monitor kaca hologramnya. Akalnya ligat mengitari sesuatu. Anak matanya tertancap pada bintik merah yang berkelip-kelip di satu lokasi di dalam HyperServ. Ia menunjukkan seperti satu alat pengesan yang masih beroperasi. Tajima tersenyum sendiri. Lokasi sasaran dikenal pasti.

"Zaidi, kita dapat satu signal dari HyperServ." Tajima sekadar berkata tanpa menoleh pada Zaidi yang berada di belakangnya. Zaidi hanya berkalih memandang kepada bintik merah berkelip pada monitor kaca hologram di hadapan Tajima.

"Woww.. Petanda bagus. Boleh kita Log In?" Zaidi menyuarakan pandangan.

"Itulah yang aku tunggu." Tajima hanya tersenyum sendiri. Terasa kejayaan memusnahkan HyperServ dari dalam semakin hampir dan berada di dalam genggaman.

Tajima dan Zaidi segera menuju ke katil pembaringan. Katil ini bukan untuk tidur tetapi sebagai tempat 'istirehat' bagi jasad tidak berminda ketika proses minda manusia masuk ke dalam Bioserver dijalankan iaitu HyperServ.

Seorang gadis muncul dari sebuah bilik menuju ke arah Tajima dan Zaidi yang sudah bersiap sedia untuk Log In.

"Zie, aku nak kau monitor kami dari sini. Apa-apa prosedur termasuk Access Weapon. Faham?" Tajima memberikan arahan pada gadis itu. Zie sekadar tersenyum dan dianggap arahan diterima. Jari Tajima dan Zaidi mula menekan butang kecil pada kalung BrainLink mereka.

"Log In!" Tajima dan Zaidi mula tidak bermaya seakan-akan tidur. Sekiranya diperhatikan dari luar ini, jasad Tajima dan Zaidi seakan-akan lena dibuai mimpi sedangkan pada ketika itu segala data minda mereka sedang dipindah masuk ke dalam HyperServ.

HYPERSERV : BEGINNINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang