SERVER 9

9 2 0
                                    

Perkampungan Cendrawaseh,Tahun Infiniti 30XX

Perkampungan itu aman seperti kebiasaan.Penduduknya sudah terbiasa bangun di awal pagi bagi melanjutkan kerja masing-masing.Ada yang pergi ke bendang sawah.Ada juga yang pergi menoreh getah.Tidak kurangnya juga mereka yang pergi ke hutan mencari kayu api untuk tujuan memasak menggunakan kayu api atau secara tradisional.Bagi mereka, masakan lebih enak dengan memasak menggunakan kayu api berbanding gas.Gaya kehidupan di perkampungan lagenda ini sememangnya masing mengekalkan budaya timur dan tradisi turun temurun sehingga berganti generasi.Biarpun dianggap kuno dan ketinggalan zaman namun penduduknya lebih selesa dengan budaya kehidupan sebegini.

Hairuddin sedari awal pagi lagi sudah turun ke bengkel yang diusahakanya sendiri beberapa tahun yang lalu.Dia menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin bagi memberi kepuasan yang maksimum kepada pelanggan yang datang untuk membaiki motosikal.Dia tidak memiliki sebarang sijil pengiktirafan dalam automotif tetapi berdasarkan pengalaman yang dimilikinya.Semakin lama diasah semakin tajam tekniknya.Tidak hairanlah seluruh kampung amat mengenali Hairuddin sebagai pembaiki motosikal yang hebat.Bahkan kenderaan berteknologi tinggi juga diterima dan dibaiki oleh Hairuddin.

Asiah seperti kebiasaan.Dikala suaminya pergi ke bengkel, dia akan menyiapkan persiapan makanan tengah hari selepas suami dan anaknya bersarapan pagi namun hari ini dia terasa kekurangan.Ismail masih belum bangkit dari tidur.Masih dilayar bahtera mimpi di dalam biliknya.Asiah kehairanan.Ismail selalu bangun awal pagi untuk menyertai mereka bersarapan pagi tetapi tidak pada hari ini.

Hairuddin tekun menyiapkan beberapa buah motosikal yang perlu diperbaiki.Dia perlu segera menyiapkan motosikal Pak Kasim yang sedang dibaikinya sekarang.Dia tahu Pak Kasim seorang yang agak cerewet tetapi sifatnya yang penyabar itu tidak boleh dipermainkan.Silap sedikit pasti ada sahaja yang tidak kena pada mata Pak Kasim.

Dikala Hairuddin leka membaiki motosikal Pak Kasim, seorang lelaki menghampiri bengkelnya sambil menyorong motosikal berkuasa tinggi yang tidak dapat dihidupkan.Hairuddin amat mengenali lelaki itu.

"Assalamualaikum Tuan Hadif!" Hairuddin mendahului dengan ucapan salam yang penuh suci itu.Gelaran 'Tuan' diberikan kerana lelaki itu merupakan salah seorang pegawai anggota polis berpangkat atasan yang bertugas di Ibu Pejabat Inderapuri namun ketika dia tidak bertugas atau mengambil cuti, lelaki itu pasti akan ke kampung ini untuk berjumpa dengan saudaranya juga yang juga berasal dari perkampungan ini.

"Wa'alaikumussalam Tuan Hairuddin." Salam suci berjawab.Dikuntumkan senyuman kepada Hairuddin.Sengaja dia membahasakan Hairuddin sebagai 'Tuan' tanda menghormati Hairuddin selaku sahabat lamanya.

Mereka berjabat tangan.Hairuddin menghulurkan lengannya menggantikan tangannya yang kotor kehitaman tetapi Hadif tetap menyambut tangan Hairuddin dan bersalaman.Walaupun Hadif sebagai salah seorang pegawai anggota polis berpangkat atasan namun sifat merendah diri yang tinggi sangat dikagumi oleh Hairuddin.

"Maaf tuan. Tangan saya kotor sedikit." Hairuddin terasa segan apabila Hadif bersalaman dengannya.Dia bimbang akan mengotori tangan Hadif.

"Tidak mengapa.Kita semua manusia berasal dari tanah yang kotor.Apa bezanya?" Hadif memberi jawapan yang sangat ringkas namun padat.Terasa mencucuk hati bagi mereka yang riak dan takabur di bumi-Nya.

Hairuddin terpempam.Dia tersenyum.Ternyata dia amat menyenangi sifat yang ditonjolkan oleh Hadif.Sifat merendah diri yang boleh dicontohi.

"Ada apa masalah tuan? Motornya tak boleh hidup?" Hairuddin membelek-belek motosikal berkuasa tinggi milik Hadif.

"Ya..Sampai tengah jalan boleh mati.Terpaksalah saya sorong sampai ke sini.Nasib baik saya sudah berdekatan sini. Mahu jumpa ke rumah makcik sekejap." Hadif menerangkan serba ringkas.Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi yang disediakan berhampiran Hairuddin.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now