SERVER 47

2 4 0
                                    

Pagi itu tidak seindah seperti zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.Ketidakbatasan teknologi melangkaui hukum alam malahan membatasi kemanusiaan sehingga membuka ruang-ruang kecil yang mampu dibolosi oleh mereka yang berniat jahat dan mahu mengambil kesempatan.Serangan di alam digital bersifat tidak fizikal dan tidak kelihatan menyebabkan rata-rata marga tidak menyedari ancaman yang sedang menanti mereka di kemudian hari.

Hairuddin bersama Asiah berehat-rehat di atas pangkin di bawah rumahnya.Anaknya Ismail telah dihantar ke satu pusat unit rawatan rapi di tengah-tengah bandar untuk dikawal rapi disebabkan ancaman dunia digital ketika ini.Anak Hairuddin bukan satu-satunya mangsa yang dalam keadaan koma misteri seperti ini.Masih lagi ada ramai mangsa yang menerima impak yang sama seperti Ismail ketika ini cuma ramai di antara mereka tidak berjaya bertahan.Kesemuanya kehilangan nyawa. Ismail satu-satunya mangsa koma misteri yang masih bertahan sehingga sekarang dan kini dikawal selia oleh satu pusat rawatan rapi yang beroperasi penuh tanpa henti bagi memantau keadaan Ismail.Hadif yang mencadangkan pusat ini kepada Hairuddin memandangkan keadaan Asiah yang semakin lemah saban hari memantau kesihatan anaknya yang masih tidak sedarkan diri.

Kasih sayang seorang ibu tidak pernah berbelah bahagi.Meskipun nyawa menjadi galang ganti, seorang wanita bernama ibu sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk kelangsungan hidup seorang anak.Hebatnya seorang ibu membatasi segalanya.

Hati mereka berdua berasa galau dan gundah-gulana.Perasaan itu terpancar pada reaksi wajah masing-masing.Hairuddin kelihatan bermenung jauh sambil menghirup kopi kegemarannya yang disediakan oleh Asiah.Selaku seorang isteri yang taat, Asiah tetap gigih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suri kepada Hairuddin dan ibu kepada Ismail.Sedikit rungutan pun tidak pernah terbit dari bibirnya malahan segala-gala yang berlaku pasti ada hikmahnya.Segala-galanya adalah ujian daripada-Nya yang mahu melihat sejauh mana hamba-Nya ingat kepada-Nya.Segala-galanya pasti akan dipulangkan semula kepada pencipta alam semesta ini.

Hairuddin mencapai senaskah surat khabar yang dihantar oleh penghantar surat khabar seawal pagi tadi.Buat sementara waktu, setiap perkhabaran dihantar ke rumah-rumah melalui pesanan langganan.Cara konvesional ini digunakan bagi menggantikan cara digital buat sementara waktu.Surat khabar bercetak meninggalkan nostalgia buat Hairuddin.Cara ini sudah lama tidak digunakan sejak bermulanya era penggunaan digital secara meluas.

Namun apa yang menarik perhatian Hairuddin ketika ini adalah tajuk utama berita hari ini.Hairuddin kemudiannnya membelek ke halaman seterusnya untuk membaca berita penuh.Asiah sekadar menjadi pemerhati.Hairuddin kelihatan tekun membaca sehingga habis.Dahinya berkerut mengerahkan akal untuk bekerja.

"Kenapa, bang?" Asiah bertanya dengan nada yang rendah.

"Kes pembunuhan beramai-ramai di Bandar Maigui malam semalam." Ringkas Hairuddin menjawab pertanyaan isterinya.

"Pembunuhan beramai-ramai?" Asiah kelihatan terkejut.Jarang sekali dia mendengar berita jenayah pembunuhan sejak anggota polis dan keselamatan menggunakan teknologi canggih pengesanan jenayah yang lebih efisien dan berkesan.Secara purata, kesemua penjenayah dapat dijejaki dalam tempoh sejam hingga dua jam sahaja.

"Ya.Tapi kes ni lebih rumit dan lebih pelik." Hairuddin tidak mengalihkan pandangan.Asiah kelihatan berkerut wajah.Sekadar menunggu bait bicara seterusnya dari suaminya.

"Baca ni. Keadaan mayat-mayat yang ditemui mati dalam keadaan mengerikan dan tidak berperikemanusiaan.Ada di antara mereka yang kehilangan kepala." Hairuddin membaca teks dari berita itu.Asiah menelan liurnya.Dengar sahaja sudah mengerikan.

"Ini bukan kerja manusia.Ini kerja binatang." Hairuddin melepaskan keluhan halus.Naskah surat khabar ditutup dan diletakkan ketepi.

"Dah lama kita tak dengar kes-kes ngeri macam ni.Kenapa boleh jadi macam ni, bang?" Asiah menjadi risau.Dia risau dengan keadaan anaknya yang terasa berjauhan dengannya ketika ini.Dia tidak mahu apa-apa perkara buruk berlaku pada anak tunggal kesayangannya itu.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now