SERVER 46

4 4 0
                                        

Bandar Maigui,Tahun Infiniti 30XX

Seluruh penggunaan digital kini terbantut sama sekali.Permasalahan ini umpama wabak penyakit berjangkit yang tiada mengenal erti titik nokhtah.Dunia ketika ini mengharungi satu era zaman kegemilangan kemuncak teknologi dimana keseluruhan kehidupan manusia diselubungi kemajuan teknologi.Bermula dari sebuah rumah sehingga ke tahap pemerintahan.Segala-galanya bergantung kepada kehebatan dan kemajuan teknologi yang sangat canggih.Bahkan, telefon pintar yang digunakan sebagai alat telekomunikasi utama suatu ketika dahulu juga turut digantikan dengan penggunaan Brainlink yang semakin luas penggunaannya ketika ini.Tiada seorang manusia pun yang tidak terlepas daripada menggunakan peranti hebat itu.Fungsi utamanya ialah sebagai alat telekomunikasi sekali gus membawa konsep sebuah komputer yang dimuatkan ke dalam sebuah peranti kecil yang dikalungkan ke leher pengguna.Peranti ini memanipulasi gelombang otak pengguna dan membolehkan pengguna melihat paparan yang dipancarkan ke retina pengguna sahaja.Teknologi yang sangat canggih.

Ketika ini, seluruh sambungan digital terputus sama sekali dan ianya menjangkiti ke peringkat global.Rata-rata pengguna Brainlink mula menanggalkan peranti tersebut memandangkan tiada sebarang peranti digital yang boleh beroperasi.Kehidupan manusia ketika ini seolah-olah kembali ke zaman lampau.Tiada teknologi dan tiada kemudahan yang canggih.Bahkan, kenderaan juga bergantung kepada sambungan digital untuk beroperasi.

Bandar Maigui kini sepi berbanding suasana sebelumnya.Ianya seumpama bandar berhantu.Tiada kelibat manusia yang berada di tengah-tengah bandar ketika ini.Lambakan kenderaan elektronik tersadai dimana-mana.Kesemuanya tidak boleh beroperasi lagi.Lampu-lampu yang menerangi jalanan yang beroperasi menggunakan sambungan digital juga turut tidak berfungsi sama sekali.Pada zaman ini, sambungan digital adalah nyawa.Ianya menggantikan sambungan elektrik.Komponen yang dibina di dalam lampu-lampu kebanyakan yang digunakan menggunakan sambungan digital sebagai sumber kuasa.Malahan, sambungan digital dari pangkalan data induk utama merupakan nyawa bagi kesemua komponen digital di dunia ini.Ia membuatkan kenderaan boleh beroperasi, lampu-lampu jalanan termasuk lampu di rumah-rumah juga beroperasi, pesawat ringan juga menggunakan sambungan digital sebagai sumber kuasa.Segala peranti digital menggunakan sambungan digital itu sebagai sumber kuasa.

Apabila malam menjelma, kebanyakan bandar-bandar besar yang berada di negara itu bergelap gelita.Hanya rumah-rumah didiami oleh penghuni sahaja diterangi dengan cahaya malap.Itupun mereka mencari ikhtiar dengan menggunakan pelita-pelita lama dan ada juga yang menggunakan lampu-lampu lama yang berfungsi menggunakan tenaga bateri.

Pihak kerajaan yang memerintah di bandar itu mengeluarkan arahan perintah berkurung kepada kesemua penduduk sementara mereka bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu global ini.Pihak kerajaan juga mencari punca terputusnya sambungan digital dari pangkalan data induk utama global.

Malahan terdapat pakar-pakar teknologi dikalangan mereka memberi pendapat bahawa penggunaan Brainlink ketika ini ternyata merbahaya kerana gelombang beradiasi tinggi dihasilkan oleh peranti yang tidak berfungsi itu mampu memusnahkan ribuan sel otak manusia.Malahan, penggunaan Brainlink dibandar itu juga tidak dibenarkan buat sementara waktu.

Nun kejauhan di pinggir Bandar Maigui, kelihatan sebuah rumah batu agam mewah gah berdiri namun hampir keseluruhannya bergelap.Hanya beberapa bilik yang dihuni sahaja diterangi lampu yang menggunakan kuasa bateri.Kedudukan rumah agam itu terpisah dengan rumah-rumah yang lain memandangkan kawasan perumahan itu merupakan kawasan perumahan elit dan hanya mampu dimiliki oleh golongan kelas atasan serta jutawan.Harga sebuah rumah itu sahaja mencecah berbillion bagi sebuah rumah.Cukup mewah dan cukup agam.

Di halaman rumah bersebelahan sebuah kolam renang, kelihatan dua remaja lelaki sedang bersantai-santai sambil menikmati juadah ringan yang disediakan oleh pembantu rumah.Suasana halaman itu hanya diterangi dengan sebuah lampu yang menggunakan tenaga bateri dan solar.Kedengaran pelbagai lagu dimainkan mengunakan sebuah radio yang menggunakan tenaga bateri dan lagu yang berkumandang itu tersimpan di dalam kad memori.Keadaan mereka seolah-olah tidak menghiraukan situasi semasa yang dalam keadaan genting.

HYPERSERV : BEGINNINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang