SERVER 14

4 2 0
                                    

Perkampungan Cendrawaseh,Tahun Infiniti 30XX

Asiah duduk di bibir pangkin bawah rumahnya tetap setia menanti kepulangan suaminya.Malam di suasana perkampungan ternyata lebih mendamaikan dan menenangkan.Bunyi cengkerik bersahut-sahutan antara satu sama lain.Seolah-olah ianya sedang berinteraksi dalam bahasa yang tidak mungkin difahami oleh manusia.Air kopi yang dibancuh oleh Asiah mula sejuk.Dia membancuhkan kopi untuk suaminya andai suaminya pulang awal namun sangkaannya meleset.Namun sebagai seorang isteri yang taat kepada suami, Asiah tetap setia menanti kepulangan suaminya sejak suaminya berangkat ke Bandar Inderapuri.Dia mengharapkan jawapan yang positif.

Suasana dingin malam diperkarangan rumahnya langsung tidak melambangkan hatinya yang gundah gelana.Hatinya runsing memikirkan keadaan yang dihadapi oleh Ismail yang langsung tidak sedarkan diri.Dia tidak mengetahui apa yang berlaku pada anaknya.Dia mengharapkan Hairuddin mampu menemui 'penawar' untuk penyakit 'misteri' anaknya ketika ini.Malahan, satu nyawa telah pergi buat selamanya diperkampungan ini.Kalung Brainlink yang ditanggalkan ketika user berada di dalam Hyperserv akan mengakibatkan kematian nyata kerana mindanya masih berada di dalam server itu.Tanpa minda, matilah jasad.Berkemungkinan, ianya akan melibatkan lebih banyak nyawa.

Dikejauhan, kelihatan sepasang lampu kenderaan menyusuri jalan raya menuju ke rumahnya.Asiah sekadar memandang dari jauh.Lama-kelamaan, sebuah kereta memakirkan kenderaannya di perkarangan rumahnya.Asiah amat mengenali jentera itu.Kereta berwarna merah hati adalah milik suaminya.Hairuddin keluar dari perut kereta.Asiah segera mendapatkan suaminya lalu mengiringi suaminya duduk di pangkin bawah rumah milik mereka.

"Abang..ada apa-apa berita? Apa yang jadi sebenarnya? Saya dengar dekat bandar jalan raya sesak teruk? Kenapa?" Soalan bertalu-talu dari Asiah ternyata mengusutkan kepala Hairuddin yang sedang ligat memikirkan sesuatu tetapi sebagai seorang suami, dia lebih kuat dalam mengawal emosinya.

"Semua yang jadi ada kena mengena dengan musuh HyperServ." Hairuddin ringkas memberi jawapan.Dahinya mengerut seribu.Asiah kebingungan.Apa kena-mengena dengan anaknya.

"Mail termasuk ke dalam HyperServ ketika tidur.Masa tu HyperServ diserang oleh hacker.Ingat tak anak kawan Tuan Hadif yang meninggal tu lepas ayahnya buka BrainLink?" Hairuddin memandang sekilas pada isterinya.Asiah hanya menggangguk tanda mengingati peristiwa itu.

Hairuddin mengeluh perlahan. "Minda manusia yang masuk ke dalam HyperServ akan tinggalkan jasad yang kaku di dunia realiti.Jika BrainLink di tanggalkan bermakna akan terputus hubungan jasad dan minda manusia yang ada di dalam HyperServ."

"Jadi?" Asiah mengerutkan wajahnya.Hatinya mula terasa tidak tenang.

"Ketika proses Log In beroperasi, BrainLink tidak boleh ditanggalkan dari jasad.Bila minda dan jasad terputus hubungan.Maknanya, jasad tanpa minda." Hairuddin mengerutkan dahi.Asiah mula tidak tenang.

"Bila jasad tanpa minda bermakna jasad tu akan...." Hairuddin terhenti dari berkata-kata.Dia tidak sanggup untuk menyebut perkataan 'mati' kerana anaknya sedang berhadapan dengan situasi yang sama.Kelopak mata Asiah mula bergenang.Mengenangkan nasib yang sedang dihadapi oleh anaknya.

"Abang dah ikhtiarkan yang terbaik.Kita tunggu saja." Hairuddin memeluk bahu isterinya yang menangis teresak-esak.Galau di hatinya hanya dikongsi bersama isterinya.BlackServ sememangnya kejam dan tidak berperikemanusiaan.Tiada perasaan belas ehsan pada sesiapa.Mereka menceroboh HyperServ menjadikan HyperServ dunia yang terbuka untuk semua dan datanya menarik minda manusia yang memakai BrainLink secara rawak untuk masuk ke dalam HyperServ secara tidak sengaja dan kemudiannya BlackServ akan menghancurkan HyperServ.Implikasinya boleh mengakibatkan beberapa nyawa yang tidak bersalah melayang demi kepentingan diri dan keuntungan semata-mata.Hanya kerana kemewahan dan pangkat sedangkan itu hanyalah sementara bahkan amalan jualah bekalan yang akan dibawa ke alam 'sana'.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now