SERVER 86

2 1 0
                                    

Perbincangan kali ini dikepalai oleh Hairuddin selaku individu yang sangat berpengalaman di dalam pembinaan struktur dunia Hyperserv ketika ini selain Irfan. Hairuddin mencadangkan agak menulis sebuah program pengkodan yang dikenali sebagai Buff bagi meningkatkan keupayaan seseorang ke peringkat yang lebih tinggi dan ianya hanya boleh dioperasikan di dalam dunia Hyperserv sahaja. Hairuddin cuba untuk mengimplan teknik yang digunapakai oleh Kreious. Jika Kreious mampu melakukannya, pasti mereka yang mahir dengan ilmu pengkodan program juga boleh melaksanakannya juga.

Irfan dan Ilyas bertungkus-lumus menulis dan membina proram Buff tersebut. Mereka menggunakan segala kepakaran dan ilmu yang mereka miliki untuk membina program tersebut sebelum dimuatnaik ke dalam dunia Hyperserv dan diserahkan kepada ahli pejuang mereka yang sedang bertempur di dalam dunia itu. Maklumat mengenai Fared yang cedera parah juga telah diketahui oleh mereka namun Fared masih belum diizinkan keluar dari sistem itu kerana Fared dan Yazaid sudah berada di dalamnya sebelum Hyperserv mengunci sistemnya. Ini bermakna data milik Yazaid dan Fared telah diklasifikasikan sebagai data asal Hyperserv oleh sistem Hyperserv sendiri. Mereka yang lainnya mampu keluar dan masuk ke dunia itu melalui backdoor dan data mereka diklasifikasikan sebagai data asing kerana data mereka memasuki dunia itu selepas Hyperserv mengunci sistemnya.

"Kau hebat, Hairuddin. Aku tak terfikir tentang cara itu. Tapi kau boleh terfikir begitu." Irfan bersuara bagi memecahkan kesunyian di antara mereka. Irfan dan Ilyas bertungkus-lumus mengerah tenaga dan idea untuk membina program ini yang akan membantu sedikit sebanyak kepada Yazaid dan Fared di dalam dunia itu.

"Aku tak tahu sangat tentang istilah gamer. Cuma aku pernah terdengar istilah tu dan aku menyedari teknik tu juga yang digunakan oleh Kreious untuk beri kekuatan tambahan kepada konco-konconya di dunia realiti. Ilham ni bukan milik aku tetapi milik Allah. Dia yang datangkan ilham dan kepada Dia yang berhak menerima pujian." Sifat rendah hati itu amat dikagumi oleh Irfan. Inilah sifat Hairuddin sejak dari dulu. Tidak gemar menerima pujian terutama berlebihan. Baginya, dia mempercayai setiap yang berlaku dan terjadi atas izin dari-Nya. Kepada Dia jua lah tempat segala-galanya kembali.

"Sejujurnya, aku tidak mengamati teknik yang digunakan oleh Kreious ni mampu memberi manfaat kepada kita. Terima kasih pada Kreious juga. Macam manalah dia buat teknik tu agaknya?" Irfan menambah lagi. Dia kagum benar dengan corak pemikiran Hairuddin yang lebih matang.

"Aku pun terfikir perkara yang sama sebelum ini. Akhirnya aku dapat jawapan ketika aku bertempur dengan dia. Teknikalnya, tenaga dari Hyperserv masih bersambung dan terhubung dengan dunia realiti dengan adanya sambungan dari Brainlink dan Pangkalan Data Induk Utama. Ini bermakna dunia Hyperserv tidak terputus hubungan sepenuhnya dari dunia kita." Hairuddin menarik nafas halus.

"Elizia, aku dan Ismail memasuki dunia itu sebelum ini selepas Hyperserv mengunci sistemnya sendiri melalui backdoor. Ini membuktikan Hyperserv masih menerima isyarat tenaga yang masih bersambung di antara dua dunia ini." Hujah Hairuddin didengari oleh Irfan dan Ilyas sementara ketekunan mereka menyiapkan program itu tidak sekali pun tergugah.

"Kemudiannya aku terfikir, macam mana manusia-manusia buas ini mampu menjana tenaga yang luar biasa kekuatannya hanya dengan menerima tenaga telepati dari Kreious tanpa sebarang penerimaan gelombang telepatinya. Aku juga dapat jawapannya apabila aku menyedari bahawa Kreious bukan menghantar tenaga telepati yang biasa tetapi mengandungi data Buff di dalam isyaratnya." Sekali lagi hujah Hairuddin menerujakan Irfan dan Ilyas. Sungguh, mereka langsung tidak mengetahui tentang perkara itu.

Setelah mengambil masa yang agak lama, program tersebut berjaya ditulis sepenuhnya. Telah pun diuji keberkesanannya menggunakan hipotisis dan hasilnya memberangsangkan. Penerima akan meningkatkan kekuatannya melebihi dari apa yang dijangkakan. Hairuddin tersenyum lebar. Di saat akhir, inilah apa yang termampu dilakukan oleh mereka ketika ini. Meskipun tidak banyak namun bantuan yang sedikit ini besar kesannya terutama bagi dunia manusia yang sudah semakin kalut dan genting ketika ini.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now