SERVER 13

10 2 0
                                    

Sempadan Permukiman Viento,HyperServ

Suasana perhutanan di HyperServ semakin gelap.Malam semakin menjelma.Haiwan berwaktu malam giat melakukan 'persiapan' untuk memburu makanan pada waktu malam.Kejadian aneh awan hitam gemitam tempoh hari benar-benar mengejutkan haiwan berwaktu siang.Ia merupakan imbauan ngeri pada sesiapa yang menyaksikan kejadian aneh itu.Semua itu angkara BlackServ, Tajima dan Zaidi terlibat secara langsung.Mereka memuatnaik virus serangan pertama untuk mengaktifkan amaran pertama HyperServ sebelum disusuli serangan kedua.

Sepanjang perjalanan Leo dan Yazaid, Leo bercerita tentang apa yang berlaku pada hari kejadian.Yazaid mengerutkan dahi.Dia langsung tidak menyangka ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kesinambungan ciptaannya ini walau pada hakikatnya HyperServ merupakan idea asal Professor RayFall.

Leo melangoi ke atas.Suasana perhutanan disini semakin gelap.Berjalan pada waktu malam disini bukanlah satu pilihan yang bijak.Setiap permukiman ada habitat haiwannya tersendiri yang semestinya ganas dan buas.Pilihan terbaik adalah berlindung dan berehat.

Mereka berjalan mencari tempat yang agak lapang.Dinyalakan unggun api buat pemanas badan kala kesejukan.Mereka sekadar berehat beralaskan tanah sahaja tanpa melapikkan diri dengan apa-apa.

"Berjalan di hutan ni waktu malam agak merbahaya.Haiwan berwaktu malam gemar memburu mangsa pada waktu begini." Ringkas Leo menerangkan situasi ketika itu.

Yazaid membungkam.Mendiamkan diri.Dia sekadar berbaring terlentang menghadap dada langit yang semakin kelam dan gelap.Kelihatan taburan bintang-bintang di langit, kewujudan dua bulan menambahkan lagi rasa nyaman pada pandangannya.Satu bulan sabit menghadap ke atas berada di sebelah kiri manakala satu lagi bulan sabit menghadap ke atas berada di sebelah kanan.Kedudukannya selari.Dia sendiri tidak tahu tentang itu.Dia tidak pernah berada di sini pada waktu malam.

"Apa sebenarnya yang terjadi kat dunia ni? Kenapa aku masih tak boleh Log Out?" Yazaid sekadar bertanya.Dia tidak mengharapkan Leo dapat menghurai persoalan itu.Ternyata seolah-olah HyperServ terputus hubungan dengan dunia luar.Bahkan dia sendiri tidak dapat menghubungi Irfan yang menjadi Operator datanya.Apa yang sedang berlaku diluar sana dia sendiri tidak mengetahui.

Leo sekadar memandang sekilas pada Yazaid. "Yazaid, Hacker BlackServ sudah mulakan serangan.Awan hitam tempoh hari salah satu daripada virus yang dihantar oleh BlackServ.Itu yang mengaktifkan amaran pertama HyperServ."

"Jadi, apa kena-mengena dengan kes aku tak boleh Log Out dari sini?" Yazaid kebingungan.

"RayFall mencipta dunia ni dengan tahap keselamatan yang unik.Dunia ini akan mengunci sistemnya sendiri secara penuh apabila amaran kedua diaktifkan." Leo menerangkan serba ringkas tanpa memandang ke arah Yazaid.

"Salah seorang daripada ahli BlackServ yang ada diluar sudah melancarkan serangan.Satu program yang dilancarkan boleh memusnahkan keseluruhan sistem di dunia ini.Termasuk HyperServ." Leo menyambung.

"Program?" Yazaid mengerutkan dahinya.

"Program Pemusnah Sistem.Hasil rekaan BlackServ.Tapi mereka tidak tujukan terus ke HyperServ.Mereka lancarkan pada paksi sistem utama di dunia kau.Dari situ virus akan merebak kepada keseluruhan sistem di dunia kau." Leo mengeliat bagi melegakan setiap sendi-sendi pada badannya.Terasa lenguh sepanjang hari berjalan tanpa henti.

"Kenapa dia tak tujukan terus ke sini? Kenapa perlu ke paksi sistem utama?" Yazaid bangkit dari pembaringan.Dia bersila menghadap Leo.Tekun mendengar penjelasan.

"Paksi sistem utama merupakan jantung setiap sistem yang ada di dunia kau.Termasuk HyperServ.Dengan menyerang paksi sistem utama, keseluruhan sistem di dunia akan menjadi lumpuh.Ini bermakna HyperServ tidak akan dapat apa-apa bantuan dari luar." Leo berwajah serius.Yazaid sekadar mengerutkan dahi.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now