SERVER 73

2 2 0
                                    

I.R Federation, Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX

Suasana di bandar gergasi itu tidak ubah seperti babak yang sering muncul di dalam filem-filem zombie yang ditayangkan. Kebanyakan manusia-manusia yang bertebaran di luar berubah sifat dan perilakunya sama sekali. Wajah mereka membengis. Perlakuan mereka aneh sekali cuma mereka tidaklah merobek-robek daging mangsa untuk menjangkiti dan menyebarkan wabak penyakit. Mereka cuma membunuh mangsa yang "tidak" seperti mereka. Semuanya kerana Brainlink yang mereka gunakan sebelum ini menjadi umpan untuk manusia memakainya sekaligus bangsa-bangsa Valkazar yang berhubung di antara dunia Hyperserv dengan dunia manusia terus menyelinap masuk serta mengambil alih tubuh manusia tersebut.

Pendek kata, jasad mereka adalah manusia tetapi jiwanya adalah Valkazar yang buas dan ganas. Pintu gerbang yang menghubungkan dunia manusia dengan dunia Hyperserv telah terhubung dan terbuka dari luar dan dalam. Kreious dan Zie mencetuskan huru-hara dan membuka gerbang dari luar. Master Vanblood bersama mereka yang lain membuka gerbang dari dalam. Secara automatiknya, pintu sistem Hyperserv telah terbuka bagi perpindahan jasad dengan cara dan teknik haram. Secara hakikatnya, Hyperserv masih lagi mengunci dunianya sendiri dan teknik pepindahan dunia Valkazar itu merupakan salah satu daripada teknik hacking. Hanya Yazaid, Fared dan yang rakan sepasukan yang lainnya masih belum mahu menyerah kalah dalam pertempuran siber kali ini. Mereka tetap mahu memperbetulkan keadaan semula. Kerana itulah mereka masih belum mahu keluar dari dunia buas itu.

Irfan dan Hadif masih berada di dalam makmal sementara di tingkat bawah tanah bangunan I.R Federation, syarikat milik Ilyas. Pemilik syarikat itu pula kelihatan sedang duduk di sebuah kerusi besi berbentuk memanjang untuk bertenang.

Irfan menoleh sekilas ke arah Ilyas yang sedang bermenung panjang. Dia tidak berhasrat untuk menegur memandang situasi genting sedang melanda ketika itu. Sesekali kedengaran bunyi bergema dan berdentum di luar sana membuatkan kedua-dua mereka berpandangan sesama sendiri kecuali Ilyas yang kelihatan hilang di dalam lamunannya sendiri.

"Kenapa mereka menumpukan serangan di bahagian bangunan ni?" Hadif bersiaga dengan sebarang kebarangkalian. Irfan kelihatan cekap mengendalikan konsol kawalan itu. Tugasnya hanya memastikan gelombang sahabat-sahabat mereka yang berada di dalam Hyperserv berada di dalam keadaan optimum untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku seperti mana yang pernah berlaku ke atas Samsul dahulu. Dia tidak mahu perkara itu berulang kembali. Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan ketika ini. Hyperserv sudah memasuki ke fasa sistem keselamatan yang lebih tinggi. Sistem kawalan dunia itu mula beroperasi secara automatik sepenuhnya. Ini bermakna, operator di dunia manusia sudah tidak lagi diperlukan khidmatnya. Hyperserv mengawal sistemnya sendiri disamping pertahanan dari serangan virus mula diaktifkan.

Pencerobohan dari dua hala yang berlaku membuatkan sistem teras Hyperserv menjadi goyah sekaligus dunia itu sendiri mengaktifkan sistem teras automatik. Ditambah pula dengan serangan virus yang masih lagi tidak diketahui puncanya sehingga kini. Ada sahaja perkara yang berlaku membantutkan usaha pencegahan.

"Itulah apa yang kita nak tahu. Kenapa manusia-manusia buas ni semua seolah-olah tertumpu di bangunan ni? Bangunan-bangunan lain semua tak terjejas. Seolah-olah mereka macam..."

Belum sempat bait bicara Irfan disudahi, pintu ruangan makmal sementara itu terbuka secara tiba-tiba. Irfan, Hadif dan Ilyas terkejut bukan kepalang. Hadif bertindak spontan dengan mengacukan senjata ke arah pintu tersebut.

"Selamat siang semua! Apa khabar?" Seorang lelaki berpakaian lengkap berperisai tempur serta bertopeng memasuki ruangan makmal sementara. Beberapa anggota yang lainnya turut memasuki ruang kebuk pertahanan I.R Federation itu.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now