SERVER 54

3 2 0
                                    

Gua Grotte Bardtan, Fuego, HyperServ

Tidak seperti permukaan atas bumi Hyperserv ini, suasana disini jauh lebih menyeramkan dan suram. Bunyi-bunyian makhluk yang aneh bersilih ganti dikelilingi dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang boleh dianggap pelik sama ada dari segi warna mahupun rupa bentuknya.

Namun pada hari ini ternyata berbeza dengan hari-hari sebelumnya. Makhluk bangsa Valkazar berbondong-bondong mengerumuni di satu pintu gerbang yang agak besar tidak jauh dari istana Raja Raa. Dibarisan paling hadapan kelihatan beberapa makhluk yang bertubuh lebih sasa termasuk Raja Raa sendiri.Mereka merupakan antara pasukan-pasukan elit dikalangan bangsa ini.

Dan dari kalangan mereka, kelihatan satu susuk tubuh bersaiz manusia yang ternyata jauh lebih kecil dari makhluk Valkazar ini, Zaragas!

Walaupun tubuhnya jauh lebih kecil dari bangsa Valkazar yang lain namun keampuhannya melebihi bangsa itu sendiri. Zaragas mampu membunuh lebih dari sepuluh makhluk bangsa Valkazar dalam sekelip mata. Pergerakannya jauh lebih pantas dan pergerakannya umpama bayang.Sekilas lalu umpama angin.Sepintas lalu umpama cahaya. Tidak ada satupun dikalangan makhluk itu yang sanggup bertempur dengan Zaragas.

Satu gulungan api gergasi berlingkar-lingkar di udara lalu menjunam turun tepat di hadapan Raja Raa.Dari gulungan api yang berlingkar-lingkar dan marak itu bersatu menjadi satu susuk tubuh.

"Bagus kerja kau, Xeados." Raja Raa memuji keupayaan Xeados selaku penjaga pintu masuk ke Grotte Bardtan.

"Aku telah perluaskan pintu gerbang ini untuk tuanku Raja Raa." Xeados mengundur sedikit kebelakang membuka laluan ke arah pintu gerbang yang teramat besar itu.

Namun Raja Raa tidak berganjak. Dia mengangkat jari telunjuknya lalu dihayunkan ke hadapan. Daripada barisan hadapan tentera Raja Raa, salah satu pahlawan bangsa mereka terlambung ke hadapan dan terseret sehingga kaki Raja Raa.

"Kau! Maju ke gerbang itu dan keluar dahulu. Kau mendahului." Raja Raa memberi arahan ringkas namun menjanjikan maut sekiranya diingkari.

Mahu ataupun tidak, salah satu pahlawan tentera Raja Raa hanya menurut tanpa kerenah.Dia melangkah kaki menuju ke gerbang itu sehingga tubuhnya betul-betul berada di pintu gerbang itu.Dia cuba melangkah meneruskan pacuan kakinya.

Belum sempat kakinya menginjak ke kawasan dalam, tubuhnya terlebih dahulu seolah-olah direnjat satu tenaga yang tidak kelihatan.Pahlawan terpilih Raja Raa itu mengerang kesakitan teramat sehinggalah tubuhnya mula mengembung lalu meletup.

"Benar. Dinding itu masih berpagar. Rayfall keparat itu benar-benar membina tembok yang sangat utuh. Menghalangi bangsa kita untuk bebas keluar." Raja Raa menderam sendirian. Runaan dan Draxol yang berada bersebelahan Raja Raa hanya sekadar memerhati. Draxol menyoroti pandangan ke arah Zaragas.Dia mengerling pandangan ke arah lengan kanan Zaragas. Kelihatan ikatan kain kemerahan tanda perjanjian masih utuh berada ditempatnya. Ternyata perjanjian masih terikat kukuh tanpa terputus. Wajahnya menyerigai. Dendamnya membara.Jika mempunyai peluang untuk membunuh Zaragas, pasti tidak akan dilepaskan sama sekali.

Raja Raa mampir ke hadapan sehingga tubuhnya betul-betul berdiri di hadapan gerbang keluar bagi bangsa itu.Dia sendiri yang akan mencubanya kali ini. Runaan menghampiri Raja Raa.Bimbang jika berlaku apa-apa kepada raja mereka.Namun jauh disudut hatinya jika Raja Raa mati, dia akan merampas takhta pemerintahan bangsa Valkazar ini.

"Mari kita lihat, Rayfall. Sejauh mana kekuatan dinding yang kau bina ini mampu menahan aku kali ni." Raja Raa mengacukan tombak tiga matanya itu ke arah gerbang yang terbuka luas. Sejurus dihayun ke hadapan, sambaran petir yang memekakkan telinga menyambar-nyambar ke arah pintu gerbang itu namun aliran renjatan itu tidak terarah ke dalam sama sekali.Seolah-olah ada dinding halimunan yang menghalanginya.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now