Permukiman Fuego,HyperServ
Leo telah mempersiapkan diri.Bara dari unggun api telah dipadamkan supaya ianya tidak membakar seluruh perhutanan.Sekilas dia memandang Yazaid yang duduk di tengah-tengah tapak Batu Prasasti Dunia itu.Jurang dalam yang memisahkan di antara kedudukan batu prasasti itu dengan tanah permukiman ini telah bercantum sejak letupan batu itu tempoh hari.Yazaid duduk bersila gaya pendekar di tengah-tengah pusat tapak batu itu.Kelihatan bertompok kehitaman.Batu gergasi itu telah tiada di tempatnya.
"Yazaid.Jom kita gerak." Leo memanggil Yazaid untuk meneruskan perjalanan.Yazaid memandang sekilas.Matanya masih kemerahan menahan air di takungan mata dari melimpah lagi.Yazaid bangkit perlahan-lahan seolah-olah tiada tunjang pada belakang badannya.Terasa memberat dan lemah longlai.
"Sudah tu, Yazaid. Aku faham apa kau rasa.Yang pergi, tetap pergi.Kita yang hidup perlu teruskan hidup." Leo mendapatkan Yazaid yang kelihatan masih bermuram durja.Cuba untuk menenangkan perasaan Yazaid umpama ombak yang menghempas deras ke daratan.
"It's ok, Leo.Jom kita gerak." Yazaid pantas berkalih meninggalkan Leo di belakang.Sekilas dia memandang pada tapak batu itu.Sejarah akan terus menjadi sejarah.
"Leo, mana arah kita?" Yazaid bertanya kepada Leo yang berada di belakangnya tanpa berkalih memandang ke arah Leo.Pantas Leo mendapatkan Yazaid.
"Pergi ke arah sana dulu." Leo menudingkan ke satu arah mengunjur ke timur.
"Ke mana?" Yazaid bingung.Dia tidak mengetahui selok-belok perjalanan perhutanan disini berbanding Leo.Sememangnya manusia A.I seperti Leo mempunyai kebolehan tersendiri di dunia ini memandangkan Leo berasal daripada dunia ini sejak penciptaan Hyperserv.Tambahan pula, data Samsul telah pun meresap masuk ke tubuhnya.
"Kita akan singgah ke satu tempat dahulu.Aku nak jumpa saudara lama aku." Leo tersenyum sumbing lalu berjalan pantas meninggalkan Yazaid di belakang.Yazaid membulatkan anak matanya. 'Dia ada saudara ke kat sini?' persoalan yang sekadar bergumam di dalam hati kecil Yazaid.
"Wei..lepas tu kita ke mana pula?" Yazaid tidak sabar untuk mengetahui rencana yang dirangka oleh Leo.Leo berhenti mendadak dan menoleh sekilas kepada Yazaid.
"Lepas kita ke satu tempat yang agak jauh ni, kita akan cari Kirin di mukim Fin Del Mundo.Kita ke kawasan Master Orb.Pasti mereka sedang menuju ke sana.So, kita akan jumpa mereka di sana.Then, aku dan Kirin akan kuasai Master Orb lepas tu baru boleh jadi hero untuk bunuh semua penceroboh dan virus tu. Ada apa-apa persoalan lagi?" Leo memeluk tubuh sambil menerangkan panjang lebar tentang perjalanan yang bakal mereka tempuhi.Leo membentuk-bentukkan bibirnya.Dia tidak mahu Yazaid banyak bertanya ketika dalam perjalanan.Pastinya ia akan membejatkan tenaga.
"Eerr..ok.ok.Aku faham.Jom." Yazaid mencebikkan bibir.Mengajukkan perbuatan Leo yang dianggap berlagak seperti ketua.Leo menggelengkan kepala sambil tersenyum sumbing.
Perjalanan diteruskan dengan meredah semak belukar.Senjata tajam sentiasa kemas tersisip di tepi pinggang masing-masing sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kebarangkalian.Hyperserv masih mengunci sistemnya akibat serangan virus yang dilakukan oleh Blackserv tempoh hari.Ia menyebabkan malapetaka yang melanda bukan sahaja di sini malahan di dunia realiti juga menerima impaknya.Tanpa mereka sedari, dunia Hyperserv kini dilanda gelisah dan di ambang kemusnahan.Penghuni Grotte Bardtan bersedia untuk melihat dan menakluk dunia semula setelah bangsa mereka tewas beberapa tahun terdahulu selepas penciptaan Hyperserv.Kini sejarah bakal berulang kembali.
Sempadan permukiman Viento dan Fin Del Mundo, HyperServ
Malam semakin dingin.Ketika hari siang, Fared sempat mencari dedaunan yang cukup lebar untuk berselubung pada malam menjengah.Dia mengetahui bahawa kawasan Viento yang mempunyai aliran angin yang kuat menambahkan kedinginan malam meresap ke tulang belulang.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Mistério / SuspenseBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...