SERVER 89

3 0 0
                                        

Suasana perhutanan yang terbakar itu menjadi sepi. Setiap pokok-pokok sama ada yang renek mahupun yang besar, semuanya hangus kehitaman menjadi debu dan arang. Api telah terpadam di keseluruhan kawasan perhutanan lokasi dimana tempat pertembungan di antara Yazaid dan Draxol. Hanya bara api yang kelihatan masih merah menyala. Terdapat satu atau dua tempat sahaja yang masih terbakar. Itupun apinya tidak marak dan kecil sahaja.

Yazaid terduduk melutut. Melepaskan lelahnya yang teramat. Tubuhnya luka parah terutama di bahagian dada dan wajah. Darah berjejeran dari kepalanya. Tubuhnya dan kawasan itu basah lencun dan air penuh bertakungan. Perisai sfera kini tidak lagi kelihatan. Kepalanya terasa berat dan terawang-awang. Dia tidak mampu lagi bertahan. Pandangan matanya menjadi kabur. Akhirnya Yazaid tewas. Tubuhnya tercondong ke belakang hendak tumbang. Dia tidak mampu lagi bertahan. Tenaganya telah habis kering dikerahkan sepenuhnya.

Belum sempat tubuhnya menyembah bumi, seseorang menyambut tubuhnya dari belakang dan memangku tubuh Yazaid dipangkuan ribanya. Yazaid mengerling pandang dalam keadaan lemah longlai. Dia tersenyum hambar.

"Kita... berjaya." Yazaid terlalu lemah. Tenaganya benar-benar sudah kehabisan.

"Terima kasih, Yazaid. Terima kasih selamatkan kami. Bertahan sikit lagi. Bantuan akan tiba sebentar lagi." Suara gadis itu serak-serak tertahan tangisnya melihat keadaan Yazaid. Rintik tangisan itu menitis jatuh ke dahi Yazaid. Perlahan-lahan Yazaid menyeka air mata gadis itu dalam keadaan tangannya terketar-ketar. Terasa seolah-olah nyawanya benar-benar berada dihujung umbun-umbun.

"Jangan menangis, Elsa... saya cuma... memegang amanah... ayah awak. Tidak lebih dari itu." Yazaid tersenyum hambar. Elsa tersenyum dalam tangis. Dia memandang sekilas ke arah satu susuk tubuh yang hangus kehitaman dan tidak sempurna bentuknya. Tubuh itu berkecai berserpihan dan setiap serpihan itu ada yang masih terbakar.

Imbas kembali...

"Aaaaaaarrrrrhhhhhhh!! Mati kau!" Draxol berteriak keras bergema-gema. Setiap tujahan kukunya disusuli dengan tujahan api. Yazaid menangkis serangan itu dengan pedangnya. Wajahnya terasa pedih menyengat akibat percikan api yang membahang.

"Aku akan pastikan kau maut di tangan aku, manusia keparat!" Draxol semakin menggila. Corak tempurnya semakin pantas membuatkan Yazaid hilang imbangan tubuh. Cantasan bilah kuku Draxol mengena pada dada Yazaid yang sememangnya telah melecur teruk. Yazaid kesakitan teramat. Tidak cukup dengan itu, Draxol mengepalkan penumbuknya dan gulungan api bergulung-gulung menyelaputi penumbuk itu. Tanpa lengah, satu tujahan tumbukan hinggap padu tepat pada dada Yazaid yang berdarah. Tubuh longlai Yazaid terlontar ke belakang. Pedangnya yang terlepas pantas disambut oleh Draxol dan lelaki Valkazar itu pantas bergerak menuju ke arah Yazaid yang telah terbaring. Bilah pedang di angkat tinggi hendak mencantas sasaran.

"Aaaaaaaarrrrhhhhhhhh!!" Draxol mengambil alih tenaga pedang itu seperti teknik sebelum ini. Pedang itu diselaputi api. Wajah Yazaid berkeringat.

"Elsa! Sekarang!" Yazaid melunjurkan telapak tangannya ke arah atas. Secara tiba-tiba, perisai sfera itu berkecai dan pecah berkeping-keping. Draxol terkejut bukan kepalang lantas mendongak melihat untuk mengamati perisai sfera yang telah pecah itu.

Alangkah terkejutnya Draxol apabila mendapati Elsa berada di udara terawang-awangan dengan kedua tangannya di depangkan ke kiri dan ke kanan. Namun, bukan itu yang mengejutkannya tetapi apa yang berada di atas Elsa itu lebih digeruni olehnya.

Gumpalan air gergasi berskala besar bahkan lebih besar dari kawasan litupan perisai sfera itu tadi bergulung-gulung deras di atasnya dan bersedia untuk dilepaskan. Yazaid tersenyum tawar.

"Kau bermuslihat?!" Draxol mengamuk. Tubuhnya mengeluarkan ledakan api yang lebih kuat. Dia mengangkat tinggi pedangnya hendak mencantas tubuh Yazaid dan menamatkan riwayatnya.

HYPERSERV : BEGINNINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang