SERVER 53

7 2 0
                                    

Kapten Zayyan berdiri di tengah-tengah gelanggang tempur yang menyaksikan saat ketika pertempuran persahabatan diantara Yazaid dan Elsa beberapa hari yang lalu. Di gelanggang ini jugalah tempat dimana ego Yazaid tercabar apabila ditewaskan mudah oleh seorang gadis yang dianggap lemah namun mampu mengegarkan dunia. Kali ini, situasinya agak berbeza.

Yazaid menghampiri Kapten Zayyan yang berada di tengah-tengah gelanggang. Yazaid seolah-olah mampu membaca isi hati seorang lagenda itu. Raut wajahnya amat mengerunkan dan serius.Yazaid dapat menduga bahawa Kapten Zayyan mahu membuat pertempuran persahabatan bersamanya untuk mengasah keupayaan Yazaid menjadi lebih cekap dan lebih pantas. Dia sendiri tahu, latihan demi latihan yang dilakukannya bersama Elsa dalam tempoh masa yang singkat tidak mencukupi untuk menajamkan lagi teknik-teknik yang dipelajarinya.

"Yazaid! Kamu tahu suatu ketika dahulu, ditempat inilah tempat lahirnya seni mempertahankan diri bangsa kami. Disini jugalah teknik-teknik System Call direka dan dicipta oleh saya sendiri dan guru kamu, Rayfall." Kapten Zayyan menyilangkan kedua tangannya ke belakang badan lagak persis seorang mahaguru selaras dengan jawatan yang disandangnya ketika ini sebagai satu-satunya lagenda pahlawan yang masih hidup menyaksikan pembentukan dunia Hyperserv suatu ketika dahulu. Usianya jika dilihat dari segi zahir tampah tuanya namun tidak pada kudratnya. Tiada siapa dapat menduga kekuatan sebenar Kapten Zayyan memandangkan dia tidak pernah mempertontonkannya.

"Bangsa-bangsa kami wujud ketika pada zaman pemerintahan guru kamu, Rayfall. Ketika itu, dunia ini masih baru. Rayfall menjelajah ke seluruh pelosok segenap penjuru benua yang ada pada dunia Hyperserv ini. Dan saya mengikutinya kemana sahaja dia pergi. Kemana sahaja Rayfall berada, saya sentiasa bersama dengannya.Sehinggalah...tragedi itu." Kapten Zayyan mengendurkan nadanya.Yazaid tidak mencelah. Hatinya memberontak mahu bertanya itu dan ini namun ditahankan.Dia faham akan kegalauan hati Kapten Zayyan apabila kehilangan seorang sahabat sejati seperti gurunya. Cuma Yazaid tidak mengetahui apakah tragedi disebalik kehilangan Rayfall dalam sekelip mata sehingga menyebabkan projek Hyperserv tergendala buat beberapa lama sebelum disambung semula olehnya setelah merekrut Fared.

"Banyak perkara yang kami pelajari dari penciptaan dunia ini.Saya tahu, segala-gala yang ada disini hanyalah sekadar ilusi semata-mata.Segala-galanya beroperasi dalam bentuk digital.Ini bukanlah dunia yang sebenar yang berjasad." Ringkas Kapten Zayyan menjeleaskan.Dia menapak perlahan sedikit menjauhi Yazaid.

"Tetapi bagi kami yang lahir disini, ini adalah dunia kami.Dan bagi kami, inilah realiti kami.Bagi kamu,manusia.Ini hanya cuma ilusi.Kamu semua masuk kesini hanya sekadar gelombang minda yang dipindah masuk sedangkan jasad sebenar kamu masih berada diluar sana." Kapten Zayyan memandang ke arah Yazaid dengan pandangan yang amat serius dan tegas.Sorotan pandangan matanya sahaja sudah mampu membuatkan setiap urat sendi bergetaran.

"Ya, benar Kapten. Kadang-kala saya sendiri terlupa bahawa saya bukan berasal dari sini tetapi...mungkin kerana saya sudah terlalu biasa berada disini.Jadi saya tiada rasa apa-apa.Seolah-olah saya benar-benar berasal dari sini." Yazaid mengepalkan kepalan genggaman tangan kanannya. Dia merasakan seolah-olah dia sememangnya berasal dari dunia ini sedangkan hakikatnya dia hanya manusia biasa dari dunia realiti yang masuk ke dalam dunia ciptaan Rayfall. Dia terlupa seketika tentang jasadnya yang berada di dunia luar dalam keadaan kaku tidak berganjak.Hanya sekadar disokong oleh beberapa mesin penyokong nyawa.Jika mesin itu gagal berfungsi maka tamatlah sudah salasilah kisah hidupnya.Tewas tanpa perang.Mati tanpa asbab.

"Kamu semua boleh keluar dari dunia ini hanya dengan satu cara sahaja buat masa ini." Kapten Zayyan mengambil tempatnya berhadapan dengan Yazaid.

"Kita perlu musnahkan bangsa Valkazar! Hapuskan mereka.Mereka menunjangi dunia ini sekarang. Dunia Hyperserv di dalam genggaman mereka.Jangan biar satu pun terlepas!" Kapten Zayyan berwajah serius.Posisinya seolah-olah hendak bertempur. Yazaid sekadar bersiaga dalam keadaan tidak bersedia.Dia tidak tahu apa yang mahu dilakukan oleh Kapten Zayyan.Adakah ini sekadar perbualan biasa yang menampakkan epiknya atau Kapten Zayyan bersedia untuk melakukan serangan sekadar untuk tujuan pembelajaran.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now