SERVER 8

12 3 0
                                        

BlackServ Lab.Tahun Infinity 30XX

Tajima mengendalikan sebuah program.Paparan monitor hologram memaparkan pelbagai data-data yang berselirat.Zaidi yang telah tersedar dari pengsan masih berehat.Dia memerlukan sedikit masa untuk mengerah tenaga semula.Zie pula masih berada di dalam bilik khas yang lain menyiapkan program seterusnya.Serangan pertama dapat dipatahkan oleh 'sesuatu' dari dalam Hyperserv.

Jemari Tajima ligat mengatur kod-kod yang sukar difahami namun hanya boleh dimengerti oleh hacker sahaja.Tajima tersenyum lebar.Umpannya mengena.Mangsa berada di dalam kawasan jajahan.Zie pula keluar dari bilik khas itu menapak perlahan menuju ke arah Tajima.

"Ikan dah masuk jerat?" Zie berkias.

"Bukan ikan biasa.Ini ikan emas." Tajima menyusun fail program yang bakal dilancarkan.

"Oh..kau boleh masuk sekejap lagi.Buat serangan balas." Zie memberi cadangan.Tajima sekadar tersenyum tanda bersetuju.Itulah yang akan dilakukannya.

Permukiman La Brecha,HyperServ

Yazaid keletihan.Pacuan deras lariannya mula mengendur.Malam semakin pekat.Kedengaran suara-suara haiwan berwaktu malam mula bersahut-sahutan.Masa untuk memburu.Yazaid sempat membuat api jamung menggunakan batang buluh yang dijumpai.Sumbunya daripada dedaunan lalang kering diselaputi getah pokok.Kemudian tembakan laser dibahu kanannya digunakan untuk mendapatkan sumber api untuk membakar sumbu jamung.

Dalam kepekatan malam begini agak sukar bagi Yazaid menentukan lokasi dengan tepat.Dia hanya berlari mengikut gerak hatinya sahaja.Yazaid cuba beberapa kali untuk menghubungi Irfan yang sedang mengendalikan datanya namun gagal.Seolah-olah BrainLink miliknya telah dikunci dan tidak berfungsi tetapi lampu LED kecil masih berkelip menandakan bahawa dirinya masih di dalam talian atau online.Ini adalah sistem keselamatan Hyperserv.Sekiranya server dirasakan terancam, ianya akan mengunci kebenaran akses keluar dan masuk Hyperserv.

Akibat terlalu letih, Yazaid berhenti disebuah pohon besar.Yazaid menyembunyikan dirinya dicelah-celah akar pokok besar ini.Api jamungnya dipacakkan ke tanah sejauh 10 kaki dari tempat persembunyiannya.Dia tidak mahu dirinya dikesan oleh pemangsa apabila pemangsa dapat menjumpai api jamung itu.Sesekali anak matanya melilau kesana kemari.Bunyi haiwan berwaktu malam yang bersahut-sahutan amat meremangkan bulu romanya.

Yazaid merehatkan badan.Dicelah-celah akar pokok yang besar dan sempit ini sesuai dijadikan tempat persembunyian dari sebarang ancaman hutan.Corong senjata laser di bahu kanannya tidak berhenti dari melakukan tugas.Sentiasa bersedia untuk sebarang kebarangkalian.

Yazaid melelapkan matanya.Jemarinya menekan butang kecil pada BrainLink miliknya.Mencuba nasibnya sekali lagi.

"Log Out!"

Masih tiada apa-apa perubahan.Dirinya terperangkap didalam dunia ciptaannya sendiri.Sistem HyperServ tidak membenarkan dirinya keluar dari dunia ini.

Sekali lagi Yazaid dikejutkan dengan gegaran pada tanah tempatnya bersembunyi.Gegaran ini luar biasa kuatnya.Rentak gegarnya seolah-olah ada 'sesuatu' yang sangat besar sedang berjalan menginjak tanah.Yazaid mula kaget.

Bunyi derapan kaki semakin jelas.Gegaran semakin kuat terasa.Yazaid membungkamkan diri.Bersembunyi di balik gelapnya malam dan akar pokok gergasi ini.

Tiba-tiba seekor makhluk yang besar muncul dari balik rimbunan hutan itu.Makhluk itu jauh berlipat kali ganda lebih besar darinya.Berkepala lembu dan berbadan manusia.sepasang tanduk yang meruncing tajam namun tanduk disebelah kanannya lebih pendek kerana terpatah akibat pertelingkahan didalam sejarah hidupnya.Anak matanya merah menyala galak memerhati persekitaran.Diperhatikan sekelilingnya dengan nafas yang mendengus-dengus.Makhluk itu dapat mengesan haba dari api jamung yang terpacak di tanah.Tentu ada hidupan.Jika ada hidupan pasti ada makanan, fikirnya.

HYPERSERV : BEGINNINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang