SERVER 17

4 2 0
                                    

Satu perhutanan lain, HyperServ

Perhutanan di dalam Hyperserv tidak banyak bezanya jika dibandingkan di dunia realiti.Bentuk-bentuk pokoknya juga hampir kesemuanya menyamai fizikal hutan di dunia realiti.Bezanya cuma pada haiwan yang mendiami perhutanan itu sahaja.Ada pelbagai jenis spesis dengan rupa bentuk dan sifat yang unik wujud di dalam Hyperserv namun boleh dikatakan dongeng semata di dunia realiti.Memang langsung tidak masuk akal.

Tajima dan Zaidi mendiami di sebuah kawasan perhutanan yang ditumbuhi oleh pokok-pokok yang melampai tinggi.Batang pokoknya berwarna kehitaman dan dedaunannya di puncak kelihatan seperti berduri dan bersaiz lebar.Mereka berdua bermalam di persekitaran itu.Melepaskan lelah dan lesu yang masih menjalar di setiap urat sendi.Tamparan hebat dari Ismail tempoh hari sedikit sebanyak membejatkan pergerakan mereka.Kecil-kecil cili padi tetapi bukan sekadar cili padi biasa.Kepedasannya membuatkan pedih sehingga ke ulu hati.Perumpamaan yang diselaraskan istilahnya bagi Ismail yang kelihatan bertubuh kecil namun bisanya mampu melumpuhkan.

Sesekali gegaran terasa di bumi Hyperserv itu.Gegaran yang disusuli dengan bunyian dengung yang menyesakkan kepala namun tidak pada mereka berdua.

Tajima sekadar tersenyum.Dia tahu bahawa mereka tidak boleh keluar dari dunia ini buat sementara waktu.Serangan pertama mereka membuatkan sistem Hyperserv mengunci perhubungan dari dunia Hyperserv ke dunia luar terputus sama sekali.Mereka menyerahkan tindakan selanjutnya kepada Zie yang berkawal di luar.Mereka telah bersedia untuk situasi itu namun tidak dijangka keampuhan Ismail dan seorang lelaki misteri yang menyelamatkan Ismail.Apabila mengenangkan peristiwa 'kekalahan' itu, dahinya berkerut semula.Ikutkan hati mahu sahaja dia mengulangi pertempuran itu untuk kali kedua.Kali ini, bertempur sehingga mati.

"Siapa mamat tu?" Soal Tajima kepada Zaidi secara tiba-tiba.Zaidi menoleh perlahan.

"Aku tak pasti, Tajima." Ringkas Zaidi membalas.Ternyata urat sendinya masih menyekat aliran darah di dalam tubuhnya.

Tajima mendiamkan diri seketika.Akalnya ligat memikirkan sesuatu.Sesuatu yang mereka terlepas pandang dan mungkin ianya membawa kepada petunjuk pencarian mereka.

"Aku mesti hancurkan batu itu.Walau apa keadaan sekali pun." Tajima merungut berseorangan.Lebih kepada bermonolog namun ungkapannya didengari oleh Zaidi yang sedang berbaring bersebelahan dengannya.Tajima sekadar duduk bersila di atas tanah yang berpasir halus itu.

"Tajima, aku nak tanya." Zaidi bangkit dari pembaringan.Duduk menghadap Tajima.

"Kenapa perlu musnahkan batu itu?" soal Zaidi ringkas.

Tajima mengeluh kasar.Mengerutkan dahinya. "Itu Batu Prasasti Dunia.Kuasa daripada batu itu mempertahankan dunia Hyperserv untuk terus kukuh.Ia umpama kunci."

"Kuasa apa yang batu itu ada?" Zaidi menyoal lagi.

"Batu Prasasti Dunia itu ibarat 'tangan' dan 'kaki' bagi Hyperserv ini.Kuasanya digunakan untuk mengawal setiap elemen data keluar dan masuk dari Hyperserv.Yang paling aku suka..." Tajima menarik nafas perlahan.Zaidi tidak mencelah.

"...kuasanya berkeupayaan untuk merubah keseluruhan elemen di Hyperserv ni." Tajima tersenyum hambar.Kelat yang dirasakan cuba disembunyikan.

"Oh... gempa kecil yang kita rasa hari itu?" Zaidi membulatkan anak matanya.

Tajima sekadar menganggukkan kepalanya.Dia mengetahui Zie menjalankan tugasnya di luar sana dengan baik.Pasti ada permasalahan yang akan dia hadapi namun gegaran kecil berserta bunyi dengungan halus yang didengari sepanjang hari lalu menandakan virus mula menjalar di dalam sistem Hyperserv ini.Ini bermakna Zie telah melepaskan beribu-ribu virus pemusnah ke dalam Hyperserv.Cuma hanya menunggu arahan susulan daripada mereka berdua.Batu Prasasti Dunia itulah penghalangnya.Mereka perlu memusnahkan batu itu terlebih dahulu kerana batu itu umpama panglima yang bertubuh sasa yang sedang menjalankan tugas risikan.Ia menangkis setiap serangan dari luar mahupun dari dalam.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now