Kawasan jajahan Fin Del Mundo, HyperServ
Perkampungan yang memberi igauan ngeri telah lama ditinggalkan.Perjalanan mereka bertiga menuju ke arah selatan.Bentuk muka bumi di permukiman ini ternyata memberikan satu cabaran buat mereka terutama bagi Kirin.Kudratnya agak terbatas memandangkan diantara mereka bertiga, hanya Kirin sahaja yang merupakan kaum Hawa.Meskipun gadis itu bukannya manusia yang berasal dari dunia realiti namun penciptaannya di dalam dunia ini mengambil konsep penciptaan kaum Hawa termasuklah bentuk tubuh, suara, wajah malahan termasuk kudratnya.
Mereka menyimpang dari laluan perjalanan asal.Kirin mengingati laluan di dalam seluruh perhutanan ini.Ingatannya kembali pulih sedikit demi sedikit selepas data Samsul menebak jantungnya tempoh hari yang membuatkannya tidak sedarkan diri.Tidak mustahillah mereka tidak pernah tersesat memandang Kirin dan Leo memiliki kelebihan itu.Mereka adalah manusia A.I yang tercipta bersama dunia Hyperserv ini.Namun, gambaran peta di dalam minda Kirin dan Leo ternyata hanya gambaran kasar dan bukannya gambaran semasa.Kewujudan perkampungan Red Forest menjadi tanda tanya kepada Kirin.Dia sendiri tidak mengetahui kewujudan perkampungan itu.Sama ada tidak dinyatakan di dalam peta yang wujud di dalam mindanya atau sememangnya disembunyikan kewujudannya.
Kawasan permukiman ini mempunyai gunung-ganang yang tinggi.Agak merbahaya untuk didaki.Mereka hanya menelusuri kaki gunung.Kepantasan perjalanan mereka agak perlahan memandangkan Ismail kelihatan masih lemah.Itupun dia berpaut pada bahu Fared sebagai ampu beban tubuhnya.Jika tidak dibantu, Ismail akan kerap terjatuh atau tersadung.
Perjalanan malam hari bukan sesuatu yang mudah.Hanya berpandukan api jamung yang dipegang oleh Kirin sahaja tidak mencukupi.Perkumpulan mereka ibarat harimau kehilangan taring.Meredah belukar tanpa bersenjata.Senjata Fared langsung tidak dijumpai.Kini mereka bertangan kosong.
Pandangan hadapan terlalu gelap.Hanya berpandukan cahaya dari api jamung dan sinaran rembulan.Mereka tiba di sebatang sungai yang cetek dan tohor.Fared semakin mengah dan letih.Ismail pula beberapa kali tersadung dan hampir jatuh.Menyedari situasi semakin larut malam, Fared memutuskan untuk beristirehat di kawasan itu.Kirin segera memacakkan api jamung dan membantu untuk mendudukkan Ismail di atas sebuah bongkah batu.Lantas, Fared segera mengutip kayu-kayu api di persekitaran itu sahaja dan unggun api dihidupkan.Apinya marak menyala-nyala menghangat tubuh yang semakin dicengkam kesejukan malam.
Sesekali nafas Ismail tercungap-cungap dan tersekat-sekat.Terasa sesak didada.Seperti ada sesuatu yang menolak-nolak dari dalam dadanya untuk keluar.Saluran pernafasan terasa sempit.Dadanya terasa tegang.Dia tidak pernah mengalami situasi seperti ini.Kirin cemas.Lantas Fared segera menuju ke arah tebing sungai dan mendapatkan air untuk Ismail.Air sungai ditadah menggunakan daun pokok yang bersaiz lebar cukup untuk seorang minum menghilangkan dahaga.Ismail meneguk sehingga kering.Oleh kerana tidak berdaya, Ismail baring terlentang menghadap dada langit.Kirin dan Fared tidak mampu berbuat apa-apa.Di dunia ini masih terlalu 'mentah'. Mereka tiada sebarang ilmu berkaitan perubatan herba disini meskipun Fared merupakan penyambung legasi Hyperserv namun masih banyak yang di terokai.
"Saya hairan.Awak kata, awak pernah nampak harimau belang merah banyak kali.Dan dah banyak kali harimau tu selamatkan awak tetapi lepas tu...hilang macam tu saja.Kenapa?" Fared menghuraikan persoalan di mindanya yang lama terpendam semenjak kejadian di Red Forest tempoh hari.Kirin tidak pantas menjawab.Matanya menyelongkar isi dada langit malam yang gelap dan dihiasi bintang-bintang.
"Sejujurnya..saya pun tak tahu.Tetapi apa yang saya perasan, apabila saya di dalam kesusahan pasti harimau tu akan datang.Selepas tu...hilang...tanpa dapat dikesan." Kirin mengeluh halus.Dia sendiri tidak pasti matlamat dan tujuan harimau berbelang merah dan bertanduk tempoh hari.Sudah beberapa kali dia terlihat kelibat harimau itu dan beberapa situasi dimana harimau itu jugalah yang menyelamatkannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
HYPERSERV : BEGINNING
Mistério / SuspenseBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...