Makmal Hyperserv,Tahun Infiniti 30XX
Irfan duduk menghadap ke arah Elizia manakala Elizia menghadap ke arah Zie yang dianggap penjenayah yang menghantar lehernya sendiri ke tali gantung.Kehadirannya dicurigai.Bimbang terselit muslihat di sebalik wajah anggunnya.Rupa tidak melambangkan keperibadian namun keperibadian akan membentukkan rupa.Kerana itu orang tua berpesan, jangan menilai hanya pada rupa.
Pada Irfan, keyakinannya terhadap keikhlasan Zie dianggap goyah sama sekali.Jika difikirkan logik, mana mungkin seorang penjenayah siber datang meminta bantuan kepada pihak yang dianaiya.Alasan yang ternyata tidak boleh dihadam oleh Irfan.Zie datang meminta bantuan dengan alasan demi keselamatan manusia sejagat.Penjenayah tidak akan fikir tentang perkara remeh itu.Mereka hanya melakukannya demi kepuasan mereka sendiri.Kerana kemewahan yang dijanjikan, gadis itu sanggup berpihak kepada Blackserv yang ternyata memihak kepada kegelapan dan kejahatan yang mula bersarang di dalam hati.
Sememangnya Zie mengaku salah.Dia datang meminta bantuan setulus hatinya.Dua orang sahabatnya berada di ambang maut.Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, bukan sahaja Hyperserv malahan seluruh manusia dunia realiti turut menerima tempiasnya.Ternyata maklumat mengenai Grotte Bardtan mengetarkan jantung bagi mereka yang mengetahuinya.
"Perlu ke aku bantu manusia macam kau? Manusia pembunuh!" Irfan membentak Zie yang sedari tadi membisu seribu bahasa.Elizia mengambil jalan tengah.Sekadar menjadi pemerhati sketsa.
"Saya tahu, memang agak janggal kalau penjenayah siber datang menyerah.Tapi kali ini saya tak serius.Saya memang perlukan bantuan semua.Manusia di bumi ni memang benar-benar diancam bahaya." Zie merayu bersungguh-sungguh.Cuba meyakinkan Irfan dan Elizia namun dipandang sepi oleh Irfan.Sedikit sebanyak timbul simpati jauh dilubuk hati Elizia.Sebagai seorang wanita, dia juga terasa apa yang dialami oleh Zie memandangkan rayuannya kelihatan benar-benar ikhlas.Sekali dua dia menjeling ke arah Irfan yang kelihatan bertegang wajah.
"Tak ada apa yang aku boleh bantu.Kau settle masalah kau sendiri.Sekarang, kau berambus dari sini sebelum aku ubah fikiran untuk tamatkan riwayat kau." Irfan pantas bangkit dari kerusi dan menuju ke Ilyas dan Hadif yang berada di makmal operasi ketika ini.Ternyata hatinya membengkak sehingga menerbitkan dendam yang tidak berkesudahan.Zie terkedu.Dia hilang arah tuju.Tiada tempat mengadu.Sememangnya dia hidup sebatang kara di dunia ini.Tiada keluarga.Tiada sesiapa.Blackserv menawarkan ganjaran yang cukup lumayan kepadanya sekiranya bekerja dengan mereka beberapa tahun yang lalu ketika Tajima dan Zaidi menemuinya di lorong belakang.Ketika itu hidupnya ibarat mayat hidup.Tiada siapa yang mempedulikannya ketika itu.Akibat desakan dan demi kelansungan hidup, Zie menerima tawaran mereka dan menjadi sebahagian daripada kumpulan mereka.Zie diasuh dengan pelbagai teknik dan ilmu berkaitan digital.Zie sememangnya seorang yang cekap didalam pembelajaran.Segala yang diajarkan pantas melekat di ingatan tanpa sebarang nota yang disalin ibarat setiap nota itu tercetak terus disimpan mati didalam akalnya.Ternyata akalnya cerdas namun tidak disalurkan pada tempat yang betul.Zie terkesima melayani gejolak emosinya sendiri.
"Apa yang awak dah buat ni betul-betul menerbitkan dendam.Satu soalan dari saya dan jawapan awak akan menentukan sama ada saya perlu menyebelahi awak atau sebaliknya." Elizia memandang ke arah Zie yang terdiam seribu bahasa.Zie sekadar menganggukkan kepala tanda bersedia.
"Yazaid adalah sahabat saya.Salah seorang daripada mereka telah meninggalkan kami buat selamanya.Apa yang boleh membuatkan saya yakin untuk membantu awak?" Ringkas sahaja soalan dari Elizia.Zie memandang sekilas.
"Cukup saya dah menyusahkan pihak yang kecil ni.Saya tak nak libatkan semua manusia atas jenayah kami.Saya tahu, kemewahan yang dijanjikan membutakan hati saya tetapi kali ini kalau berdiam diri dengan ego dan sikap tamak, banyak nyawa tidak bersalah akan terkorban.Ia akan berlaku disini.Bukan di Hyperserv sahaja.Semua orang akan mati.Saya sanggup melutut untuk merayu.Benarkan saya membantu apa yang patut saya perbetulkan." Zie ikhlas mengakui kekhilafannya.Eliza terpempam mendengar luahan dari lubuk hati Zie.Ternyata Zie meluahkan penuh ikhlas.Jauh disudut hati rawannya, cukup keluarganya meninggalkannya terlebih dahulu.Kali ini, dia tidak membenarkan Tajima dan Zaidi yang mengutipnya suatu ketika dahulu pergi buat selamanya.Dia harus berbuat sesuatu sebelum mata terpejam.Sekurang-kurangnya ada kebaikan yang akan dikenang.

ANDA SEDANG MEMBACA
HYPERSERV : BEGINNING
Mistério / SuspenseBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...