SERVER 42

2 3 0
                                    

Seperti kebiasaannya, mentari yang menyinari tidak akan selamanya kekal.Ia akan kembali ke tempat asalnya dan rembulan mengambil alih.Unggas-unggas hutan riang menyanyikan irama mereka.Haiwan yang memburu pada waktu malam semakin agresif memburu kitaran rantaian makanannya.

Di kawasan kaki pergunungan Fin Del Mundo ini, haiwan buas lebih agresif.Kawasan gunung-ganang yang meliputi seluruh permukiman ini menjadi habitat bagi mereka.

Nun kejauhan di puncak pokok gergasi Tamashi, kelihatan bangsa Yaneko sedang melakukan pekerjaan mereka sehari-hari.Pada siang hari, sebahagian daripada mereka akan keluar berburu untuk juadah pada malam hari.Begitulah rutin mereka saban hari.

Malam ini kelihatan meriah.Hasil buruan mereka kali ini agak lumayan.Juadah makanan dan aroma hidangan menusuk ke rongga pernafasan membangkitkan selera.

Fared sekadar menggalas perutnya alah kadar lalu mengambil minuman.Ismail dan Kirin rancak berbual dengan bangsa Yaneko yang lain.Ismail dihambat kejutan ketika bangun dari tidur pagi tadi.Dia langsung tidak mengetahui dimana mereka berada ketika itu.Akibat terlalu takut dan trauma dengan kejadian yang menimpanya di Red Forest, Ismail bertindak drastik melarikan diri dan hampir-hampir terbunuh kerana dia tersadung lalu melayang jatuh ke bawah dari puncak pokok ini.Mujurlah salah seorang dari bangsa Yaneko cekap menyambut batang tubuh Ismail dan naik semula ke atas.

Fared melangoi pandangan memandang ke arah dua bulan yang menerangi seluruh bumi Hyperserv ini.Dia sendiri tidak tahu bagaimana dunia ini boleh memiliki dua bulan sedangkan di dunia manusia atau realiti hanya ada satu bulan sahaja.Keunikan yang ada pada dunia Hyperserv ini ternyata hasil rekaan Rayfall suatu ketika dahulu yang mahukan dunianya sendiri.Tanpa disedari, walau apa sehebat mana pun ciptaan manusia itu tidak akan mampu menandingi ciptaan-Nya yang lebih sempurna dan tiada satu pun ciptaan-Nya yang disia-siakan.Semuanya mempunyai matlamat dan tujuan.

"Malam ini akan diadakan pertandingan." Satu suara menyapa.Lamunan Fared berkecai diterbangkan angin malam.Fared menoleh sekilas.Wajah Athelia muncul sambil tersenyum.Estrella kelihatan rancak berbual-bual bersama Kirin dan Ismail.Pasti banyak kisah yang mahu dikongsikan bersama.Malahan mereka kelihatan mesra seolah-olah sudah lama berkenalan.Bangsa ini ternyata bangsa yang peramah dan penuh adab.

"Pertandingan apa?" Fared mengerutkan dahi.Jika difikirkan secara logik, kedudukan mereka berada di puncak pokok gergasi ini.Ruangan di langgar utama ini juga tidak begitu luas.

"Pertandingan memanah." Ringkas Athelia menjawab.

"Memanah?" Fared semakin bingung.

"Bangsa kami sangat mahir di dalam memanah.Membunuh musuh dari jarak yang jauh." Athelia memegang busur panahnya yang tersangkut di bahagian kanan pinggangnya dan selambak anak panah berada di kiri pinggangnya.

"Dan kena ada pertandingan?" Fared tergelak kecil.Athelia tersenyum.

"Ianya bukan sekadar sebuah pertandingan sahaja, Fared.Ianya satu teknik untuk menajamkan penglihatan kami ketika membunuh dalam suasana gelap." Athelia meneguk minuman yang dibawanya tanpa memandang ke arah Fared.

"Eemmm..menarik.Siapa yang boleh menyertai?" Fared kelihatan tertarik.

"Semua yang berada di sini.Jika awak mahu cuba, silakan.Tetapi setiap orang memerlukan pasangan.Pertandingan ini akan melihat di antara dua orang, siapa yang paling banyak menepati sasaran pada waktu malam." Athelia yang selaku ketua bangsa Yaneko itu sudah arif di dalam teknik memanah dalam apa jua situasi.Tersangat mudah baginya.

"Jika begitu, saya nak berpasangan dengan...." Fared melihat-lihat di antara celah-celah keramaian bangsa Yaneko itu.

"Estrella." Fared menudingkan jari ke arah Estrella.Serta-merta riak wajah Athelia berubah.Wajahnya mencuka.Seolah-olah tidak setuju dengan pilihan lelaki itu.Fared mengesan perubahan itu.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now