SERVER 85

1 1 0
                                    

Kepungan pasukan tentera elit yang melindungi bangunan I.R Federation ternyata masih ampuh dan utuh. Ditambah pula dengan gadget yang dibekalkan oleh Khai, pasukan tentera elit itu mampu menumbangkan seberapa ramai manusia-manusia buas yang menerjah ke arah mereka. Menyedari kemaraan mereka tidak berhasil, satu kejutan mengejutkan pasukan Hyperserv yang bertahan. Manusia-manusia buas itu tidak lagi menerjah ke arah mereka tetapi mereka berlegar-legar mengitari bangunan I.R Federation itu. Seolah-olah mereka hanya berkawal dari luar dan mengepung bangunan itu.

"Khai, you nampak perubahan pola pergerakan mereka? Lain macam lah." Rajja bersuara sambil mengisi butiran peluru di dalam laras senjata miliknya.

"Itu yang aku musykil tu. Kenapa mereka cuma berlegar-legar je? Tadi bukan main serang macam nak makan orang." Khai juga bingung.

"Mereka macam... menjaga sesuatu?" Jenny pula memberi andaian. Khai terfikirkan sesuatu tentang perubahan pola pergerakan mereka yang aneh itu. Manusia-manusia buas itu hanya berlegar-legar sekitar bangunan itu sambil pandangan mata mereka tertancap ke arah mereka dan pasukan tentera elit yang berada di tingkat atas. Laluan naik ke tingkat atas telah dirobohkan dan hanya ada laluan rahsia ke kebuk bawah tanah.

"Razman! Masuk, Razman" Khai cuba menghubungi ketua pasukannya menggunakan alat perhubungan jarak jauh.

"Panggilan terima! Teruskan!" Panggilan bersahut.

"Razman, boleh kau cuma semak pola perubahan pergerakan musuh? Pola mereka berubah mendadak. Mereka tidak lagi menyerang tetapi cuma sekadar berlegar-legar sekitar bangunan ni. Ada apa-apa tanda?" Khai cuma mengamati perubahan situasi yang mendadak ini. Hampir seminit Khai menunggu maklum balas, akhirnya pembesar suaranya bergema.

"Khai, Rajja, Jenny! Hati-hati! Pola pergerakan mereka berubah mendadak seolah-olah mereka mengepung bangunan ini. Kita teruskan bertahan sehingga diberitahu. Jika mereka mula menyerang semula, jangan teragak-agak untuk membunuh." Berita itu disampaikan oleh Razman yang sedang menyemak situasi semasa.

"Roger!" Ringkas jawapan Khai mengakhiri perbualannya.

"Kenapa pula mereka perlu kepung kita?" Khuatir di hati Jenny mula tumbuh.

"Iya lah. Kenapa perlu kepung? Just attack as usual kan senang. Kita kasi habis sama mereka semua. Tak buang masa." Rajja pula bersemangat.

"Yang aku khuatir, mereka mengepung kita dengan niat untuk tidak membenarkan kita lari ke mana-mana. Mereka tahu serangan mereka tidak membuahkan hasil. Jadi mereka mengepung kita." Khai mengerahkan akalnya.

"Kita nak lari pergi mana? Kita akan bertahan disini juga kan?" Jenny meninjau-ninjau persekitaran.

"Tetapi... kita takkan bertahan disini selamanya. Lambat-laun, kita kena keluar juga dari sini, kan?" Khai memandang ke arah mereka berdua. Membulat anak mata Jenny dan Rajja mendengar penjelasan ringkas Khai.

Baru mereka faham tentang situasi semasa pada ketika itu dan mengapa manusia-manusia buas itu mengubah corak pergerakan mereka. Tubuh manusia-manusia dihuni oleh bangsa Valkazar yang tidak memerlukan sebarang makanan mahupun minuman. Jadi mereka betah bertahan. Hanya jantung manusianya sahaja yang menunjang nyawa mereka.

"Khai, Rajja, Jenny! Masuk!" Satu suara bergema dari corong radio komunikasi.

"Masuk!" Panggilan berbalas.

"Guys, aku rasa korang bertiga dah boleh masuk bersembunyi di markas. Kematian Kreious menyebabkan perilaku mereka berubah mendadak." Suara Razman menjelaskan situasi semasa ketika ini. Mereka bertiga ternganga mendengar berita tersebut.

"Kreious sudah mati?! Tapi, macha... kenapa mereka semua tidak mati?" Rajja persoalkan.

"Di dalam jiwa mereka sekarang hanya ada Jiwa Hakikat iaitu jiwa asal mereka sebagai bangsa Valkazar. Mereka bukannya mengitari markas kita tapi mereka sedang mengamati persekitaran untuk menyesuaikan diri. Kita akan ulas lanjut kemudian. Irfan akan menerangkan situasi semasa." Razman mengulas ringkas.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now