Pinggir Bandar Inderapuri.Tahun Infinity 30XX
Dalam suasana hiruk-pikuk kota sehingga melumpuhkan hampir keseluruhan sistem ekonomi, tidak terkecuali juga dengan sistem ketamadunan manusia. Ramai di kalangan marga kota berubah menjadi "sesuatu" yang sangat ganas dan buas. Ini kerana mereka menyangka bahawa Brainlink sudah boleh digunakan lalu mereka menyarungkan kalung Brainlink milik mereka ke leher mereka untuk digunakan tanpa disedari itu hanyalah sebuah perangkap. Akibatnya, sel-sel otak mereka terbunuh oleh "sesuatu" yang tidak kelihatan dan tubuh badan mereka pula di ambil alih oleh "sesuatu" yang juga turut tidak kelihatan. Dalam erti kata lain, jasad mereka mungkin masih bernyawa namun secara tidak langsung mereka telah pun "mati". Manusia itu tidak lagi untuk mengawal tindakan tubuh badan mereka.
Pasukan keselamatan dikerahkan dalam skala penuh bagi mengawal situasi yang semakin meruncing. Pertempuran berlaku di mana-mana. Manusia berpewatakan buas itu bukan sahaja menyerang mereka yang masih waras malahan juga turut memusnahkan apa sahaja yang mereka lihat. Tindakan mereka tidak ubah seperti "zombie".
Jauh dari pusat bandar, kelihatan sebuah rumah klasik berdiri gah di tengah-tengah taman perumahan moden ini namun kawasan taman perumahan ini telah lama dikosongkan tanpa berpenghuni.
Jalan-jalan lengang sama sekali. Perumahan di situ dibiarkan kosong tidak berpenghuni. Kesemua penduduk yang masih selamat dari serangan manusia buas menyelamatkan diri ke kawasan perlindungan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa bagi melindungi mereka yang memerlukan.
Rumah klasik itu juga kelihatan tidak berpenghuni namun itu hanya sekadar penyamaran sahaja. Dibawah rumah klasik itu sebenarnya mempunyai satu ruangan kosong yang dijadikan makmal dan markas tersembunyi.
Kelihatan seorang wanita sedang leka mengendalikan sesuatu di hadapan paparan monitor pandang telus. Pelbagai maklumat terpapar pada kaca monitor. Ianya adalah susunan kod-kod yang tidak diketahui dan amat rumit untuk dimengertikan oleh orang biasa.
"Zie, kod yang aku minta kau sediakan. Telah bersedia atau belum?" Satu suara garau dan parau menegur wanita itu dari belakang.
"95% telah aku siapkan. Tunggu sedikit masa lagi." Zie menjawab memalingkan wajahnya ke belakang. Dia mengetahui siapakah gerangan lelaki itu.
Dari balik kegelapan, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang cengkung dan kurus kering sedang duduk di atas sebuah bangku yang diperbuat daripada kayu. Keadaan tubuhnya tidak bermaya dan itu menyebabkannya susuk tubuh itu seakan-akan mayat hidup.
Bersebelahan dengan lelaki kurus kering itu, kelihatan satu lagi susuk tubuh seorang lelaki yang lebih kekar dan tegap sedang terbaring di atas sebuah pelantar batu. Wayar pelbagai warna berselirat pada tubuh lelaki kurus kering itu dan juga tubuh lelaki kekar yang terbaring itu.
"Bagus, Zie. Bagus. Aku tak sabar untuk melaksanakan misi seterusnya yang telah aku rancang sejak bertahun-tahun lamanya tergendala. Kali ini, aku akan pastikan seluruh kesinambungan kau akan pupus dari dunia ini, Rayfall. Aku menuntut dendam ke atas bangsa Valkazar yang kau musnahkan dahulu, Rayfall. Bedebah kau, Rayfall! Hari ini, aku akan pastikan bangsa aku, bangsa Valkazar akan mengambil alih Hyperserv sekali dengan dunia kau, Rayfall! Aku sapu rata, Rayfall! Kau lihatlah sendiri, Rayfall!" Suara lelaki garau itu bergema-gema dan melantun-lantun. Zie hanya sekadar mendiamkan diri. Hanya melaksanakan tugasan yang diarahkan tanpa membantah walau sedikit pun. Penyertaannya di dalam pasukan Blackserv suatu ketika dahulu hanyalah wayang semata-mata.
Hakikatnya, Zie bekerja dengan seorang lelaki kurus kering ini sejak sekian lama. Apabila dia mengetahui wujudnya satu pasukan hacker bergelar Blackserv tertubuh diatas paksi untuk menumbangan Hyperserv, Zie mengambil langkah drastik untuk menyertai pasukan hacker itu hanya semata-mata untuk mengetahui selok-belok dan mencuri maklumat berkaitan Hyperserv sahaja. Pendek kata, pasukan Blackserv yang dianggotai oleh Tajima dan Zaidi suatu ketika dahulu hanya sekadar satu batu loncatan dan dipergunakan oleh Zie untuk melaksanakan agendanya bersama lelaki kurus kering itu.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Mystery / ThrillerBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...