Red Forest, Fin Del Mundo, HyperServ
Jajahan Red Forest berada di permukiman Fin Del Mundo.Di dalam peta benua yang dikenali sebagai Grand Southgate ini, mukim Fin Del Mundo merupakan jajahan kawasan terbesar bagi benua ini sekali gus ianya merupakan kawasan jajahan yang memanjang ke selatan.Kawasan jajahan Fin Del Mundo juga merupakan kawasan yang paling banyak bukit-bukau dan gunung-ganang.Malahan, gunung-gunung yang terdapat di kawasan itu memiliki ketinggian melangkaui awan sehingga puncak gunungnya tidak kelihatan kerana dilitupi awan.Kristal Master Orb yang perlu dikuasai oleh Kirin dan Leo juga berada di kawasan jajahan ini.Hanya lokasinya sahaja yang tersembunyi tanpa diketahui oleh sesiapa.
Suasana malam ketika berada di Red Forest ternyata menyeramkan.Dua bulat sabit kelihatan berwarna kemerahan.Anehnya, jika berada di dalam kawasan Red Forest sahaja akan kelihatan warna bulan kemerahan sedangkan jika dilihat dari kawasan yang berbeza, warnanya seperti bulan biasa.
Fared semakin tidak bermaya.Tubuh diikat pada sebatang tiang kayu.Selama keberadaannya disini, tiada sesaat pun dia dibiarkan tidak berusik.Setiap masa ada sahaja penduduk kampung makhluk pelik itu mengunjunginya.Kehadiran mereka bukan kerana untuk bertanya khabar tetapi untuk menyeksa tawanan manusia itu.
Wajah Fared kelihatan pucat.Seluruh kudratnya terlucut sama sekali.Nafasnya tercungap-cungap.Tubuhnya banyak luka dan lebam.Matanya kirinya lebam akibat ditumbuk.Darah kering masih melekat pada hidung dan mulut.Ternyata Fared dibelasah dengan teruk.Hanya kerana dendam kepada manusia kononnya pernah mampir ke perkampungan mereka dan memerangi mereka suatu ketika dahulu.
Tidak lama kemudian, penduduk kampung datang berbondong-bondong dengan memegang api jamung setiap seorang.Makhluk tua berbongkok selaku penghulu disitu berada di hadapan sekali.Kelihatan dua orang pahlawan makhluk itu berdiri kiri dan kanan penghulu mereka.
"Malam ini, kau akan ku jadikan korban termulia Crone Naga Batu.Jangan kau bersuara atau meningkah." Suara parau makhluk tua berbongkok itu kedengaran merengus-rengus kasar.
"Apa...yang kau buat...ni sia-sia." Fared hilang upaya namun semangat juangnya masih belum terpadam.
Tanpa banyak bicara, satu tumbukan keras singgah tepat ke perut Fared.Terbeliak mata Fared menerima hentakan sebegitu rupa.Salah seorang pengawal tawanan yang bertubuh tegap itu melepaskan tumbukan padu sebagai tanda amaran.
"Kau bernasib baik kerana kau adalah korban termulia Crone Naga Batu.Kalau tidak...sudah lama riwayat kau aku habisi." Makhluk tua berbongkok itu berpaling ke belakang dan mengangkat kedua-dua tangannya.
"Dengar sini! Malam ini Crone Naga Batu akan menerima korban termulia kita sejak sekian lama tidak merasa hidangan manusia durjana.Kita tidak akan dimurkai lagi untuk seratus tahun mendatang!" Penduduk kampung itu bersorak dan bertempik seperti histeria.
"Selama ini, korban untuk Crone Naga Batu hanya pengkhianat dan penjenayah di kalangan kita.Haiwan-haiwan yang lalu di jajahan kita.Malam ini! Korbannya lebih mulia!Yang ditunggu-tunggu! Manusia penjajah ini!" Tempik sorai penduduk menggamatkan suasana malam di persekitaran hutan itu.Fared hanya sekadar mampu melepaskan keluhan halus.Riwayatnya akan tamat pada malam ini.Hanya menunggu ajal datang penjemputnya.
Sesekali, kedengaran bunyi guruh dan petir sabung-menyabung di angkasa raya.Awan berkelip-kelip kemerahan apabila kilat menyambar.Penduduk kampung itu mendongak.
"Lihat! Crone Naga Batu mula meminta korbannya.Usung manusia itu! Bawa ke kawah lava korban kita!" Makhluk tua berbongkok itu memberikan arahan.Tanpa berlengah, pengawal tawanan mengangkat kayu yang memasung Fared.Mereka meletakkan hujung kayu pada pundak mereka.Maka, kedudukan Fared tidak ubah seperti binatang yang sedia untuk dipanggang.Terjuntai ke bawah.Terasa seluruh darah mengalir ke kepala.Wajahnya berkeringat dan merah padam.Nafasnya tersekat-sekat.Penduduk kampung makhluk itu mula berarak menuju ke tempat pengorbanan mereka.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Tajemnica / ThrillerBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...