TutField, Permukiman La Brecha, HyperServ
Perjalanan mereka diharungi dengan penuh hati-hati.Setiap langkah diatur dengan penuh debaran memandangkan mereka terdedah kepada sebarang marabahaya yang sentiasa mengintai mereka dari balik sembunyian.Meskipun perjalanan yang mereka tempuhi pada siang hari tidak didatangi dengan rintangan dan serangan hidupan disini namun perjalanan yang terasa jauh itu membuatkan mereka kehilangan tenaga yang cukup banyak terutama bagi Elizia.Kudrat seorang wanita tidak dapat disamakan dengan kudrat seorang lelaki.Sebagai seorang wanita, dia tidak terlepas dari keletihan ketika dalam perjalanan.Panahan mentari yang terik menambahkan lagi derita mereka saat berjalan merentasi perjalanan yang penuh berbatu.Elizia mengalami luka ringan pada buku lalinya kerana terjatuh ketika melompat dari batu ke batu.Oleh kerana itu, Leo yang bertindak sebagai penunjuk arah memperlahankan sedikit pergerakan mereka oleh kerana kecederaan yang dialami oleh Elizia sedikit sebanyak mengurangkan kepantasan mereka bergerak.
Malam menjengah lagi.Seperti malam sebelumnya, Leo dan Marshall bergegas mencari kayu api sebagai sumber unggun api untuk berdiang pada malam ini.Ia bagi mengelakkan setiap sendi pada tubuh dihambat kesejukan pada malam hari.Unggun api dinyalakan agak marak.Kayu yang digunakan agak tebal dan mampu bertahan lebih lama.
Kini, mereka sudah memasuki kawasan perhutanan.Baru berganjak masuk sekitar beberapa meter daripada sempadan yang memisahkan diantara gurun batu dan perhutanan ini.Unggun api marak menyala.Masing-masing duduk mendekati unggun api bagi menghangatkan tubuh namun keselamatan masih diutamakan.Senjata seperti tombak dan pisau dihasilkan oleh Leo dan Yazaid bagi mempertahankan diri masing-masing sekiranya keadaan menjadi genting dan saat kecemasan.Tumpuan keselamatan lebih diutamakan kepada Elizia memandangkan hanya dia sahaja golongan Hawa dikalangan mereka.
"Leo, jauh lagi ke perjalanan kita ke Mantra Bay tu?" Yazaid bertanya tanpa memandang ke arah Leo.Dia sibuk menguis-nguis kayu api yang marak menyala.Leo memandang sekilas dengan dahi yang berkerut.
"Letrai Bay lah." Leo memperbetulkan nama destinasi mereka.
"Whatever.Jauh lagi ke? Rasa seharian kita berjalan.Pasti kita dah semakin hampir,kan?" Marshall mencelah.Ilyas sekadar menjadi pendengar setia.Leo yang duduk bersila gaya pendekar menjadi perhatian.
"Kalau diikutkan, kita dah memasuki kawasan jajahan Letrai Bay.Aku rasa, kita kena berjalan depan sedikit saja lagi." Leo menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Lagaknya seperti ragu-ragu.
"Kau jangan main-main, Leo.Perjalanan kita ni jauh lagi.Mana boleh rasa-rasa.Kau ni betul-betul ingat ke tak ni?" Marshall meninggikan nada suaranya sedikit.
"Aku membesar di Letrai Bay.Mana mungkin aku lupa jalan pulang." Leo mengembangkan dadanya.
"Manalah tahu.Kalau manusia, manusia ni mudah lupa.Mudah lupa daratan.Tinggi sedikit, lupa untuk pandang ke bawah." Yazaid pula mencelah dengan bait kata yang terselit unsur memerli namun lebih kepada peringatan buat dirinya agar tidak mudah lupa daratan dan melupai mereka yang banyak membantu.Lebih kepada muhasabah untuk dirinya tanpa ditujukan kepada sesiapa.
"Kau membesar di Letrai Bay?" Baru kali ini Ilyas bersuara.Leo tersengih sambil menganggukkan kepalanya.Yazaid tahu akan asal usul Leo.Sepanjang perjalanan mereka berdua, Leo banyak bercerita kepada Yazaid perihal tempat asalnya dan pertemuan di antara dia dan penduduk di Letrai Bay.
"Aku membesar disini.Berlatih disini dan kebanyakan aktiviti aku adalah disini.Penduduk Letrai Bay dikenali sebagai bangsa Letrazie.Mereka cukup hebat dan arif tentang ilmu lautan, galian, perubatan dan teknologi.Malahan, sebahagian daripada mereka juga adalah cendekiawan dan ilmuan.Mereka suka mencatatkan pelbagai peristiwa dan sejarah bangsa mereka.Mereka adalah golongan bangsa yang gemar memajukan bangsa mereka sendiri sekali gus membantu sesama mereka.Bukan seperti Valkazar.Bangsa yang menjatuhkan bangsa mereka sendiri sekali gus merampas hak bangsa lain." Panjang lebar Leo bercerita perihal bangsa dimana dia menumpang teduh selama ini.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Misterio / SuspensoBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...