Kemusnahan kawasan perhutanan di kaki pergunungan Mountain of Guardian meliputi kawasan yang agak luas dan besar. Pertembungan di antara Hairuddin dan Kreious membuatkan tumbuhan hijau seperti pokok-pokok hancur musnah kesemuanya sehinggakan kawasan itu yang sebelum ini dipenuhi perhutanan menjadi tanah yang lapang. Debu-debu tanah akibat ledakan demi ledakan dihasilkan membuatkan permukaan tanah merekah di merata tempat. Anehnya, permukaan tanah seolah-olah berlubang-lubang dan bergarit..
Kelihatan Hairuddin terdampar tertiarap di permukaan tanah dan tidak jauh darinya kelihatan susuk tubuh Kreious pula yang terlentang menghadap dada langit. Masing-masing mengalami pendarahan teruk dan mengah. Tubuh Hairuddin terketar dan luka parah. Kreious pula mengerahkan seluruh tenaganya hanya untuk mengilas tubuhnya memandang ke arah Hairuddin yang berusaha untuk bangkit.
"Kenapa... kau tak... mati saja...Hairuddin... Kau susahkan...aku!" Kreious berlutut. Tangan kirinya terputus. Darah meruak masih mengalir dari luka besar didadanya yang berlubang akibat ditembusi oleh sesuatu yang bersifat tajam. Dia mengunakan segala ilmu yang diketahuinya untuk menghentikan pendarahan yang mampu membuatkannya maut akibat kehilangan darah. Wajahnya menyerigai menahan kesakitan. Pedihnya menyengat.
Hairuddin juga turut berlutut memandang ke arah Kreious dengan wajah yang membengis sambil menahan kesakitan. Darah yang mengalir daripada tubuh Hairuddin adalah dari torehan luka yang bilangannya agak banyak dan besar sehingga mengoyakkan kulitnya sehingga ke daging. Baju perisainya hancur bersepai.
Tidak jauh dari mereka berdua, kelihatan susuk tubuh seorang remaja lelaki terbaring tidak sedarkan diri. Cuma dari segi fizikalnya, remaja lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk yang seteruk Hairuddin dan Kreious.
Di antara keduanya, kecederaan yang dialami oleh Kreious kelihatan lebih parah namun pada hakikatnya keadaan Hairuddin lebih merbahaya. Secara fizikalnya, hanya torehan luka sahaja namun organ dalaman tubuh Hairuddin pada ketika itu hancur dan rosak membuatkan tubuhnya mengalami pendarahan dalaman yang agak teruk. Kalung Brainlink milik Hairuddin terkelip-kelip beberapa kali menandakan amaran kesihatannya yang semakin meruncing seolah-olah menghampiri maut.
"Aku tak akan pergi... selagi kamu... masih hidup!" Hairuddin cuba berdiri namun terjatuh terjelepuk semula. Kesakitan yang dialami terlalu perit dan pedih. Kreious mengembangkan telapak tangan kanannya dengan bentuk cakaran. Diraih seluruh kudratnya. Dia melihat ini satu peluang keemasan untuk menamatkan riwayat seorang lagenda ini.
"Hanya kerana budak keparat ini, kau sanggup mati? Dia yang mampir tidak diundang. Dia terima akibatnya! Dia datang menyerang aku secara tiba-tiba!" Kreious menderam marah.
"Jaga bahasa kamu, Kreious! Dia darah daging aku!" Hairuddin tidak mengalah.
Imbas kembali...
Hairuddin memasang kuda-kuda dengan pedangnya dipacakkan ke tanah. Kreious menderam dengan telapak tangannya membentuk cakaran. Injakan kaki Kreious mengeluarkan kepulan asap hitam.
"Flooding Command! Object, sword!" Usia bait kata itu dilafaz oleh Hairuddin, tangkas dia melemparkan pedangnya melayang ke udara. Tujahan oleh Hairuddin menerbitkan gelombang angin yang menerbangkan debu tanah.
Kreious melangoi seketika namun tidak lama. Dia melonjak menerjah pantas ke arah Hairuddin dengan kelajuan tinggi. Sekelip mata dia sudah berada di hadapan Hairuddin. Pergerakannya meninggalkan kesan kepulan asap hitam dengan bunyi deruan angin yang cukup laju. Bilah kukunya yang runcing pantas menyasarkan batang leher Hairuddin. Hanya garitan satu jari sahaja sudah cukup untuk merabakkan kulit dari daging. Inikan mula kelima-lima jarinya digunakan sebagai senjata. Silap perkiraan, maut jawapannya.
Belum sempat bilah runcing kuku Kreious terbenam ke kulit leher Hairuddin, tidak semena-mena tujahan bilah-bilah pedang menjunam terpacak ke tanah dengan jumlah yang banyak menghujani Kreious namun sedikit pun tidak mengarit tubuh Hairuddin. Ianya seolah-olah hanya menyasarkan Kreious.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Misterio / SuspensoBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...