Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX
Suasana bandaraya ini ternyata masih hiruk-pikuk.Demonstrasi dikalangan marga kota berada di sana sini.Penduduknya mula berang apabila hampir keseluruhan operasi harian tergendala kerana hampir seluruh kehidupan menggunakan sistem digital melalui Brainlink dan sambungan server.Bahkan, nyalaan lampu jalan juga menggunakan isyarat daripada sistem server induk utama yang berlokasi di tengah-tengah bandaraya ini.
Dua orang sahabat menempatkan diri mereka di atas sebuah bangunan setinggi tiga tingkat milik makmal Hyperserv.Mereka berdua memerhatikan situasi semasa yang sedang diharungi oleh bandar ini.Keadaan bandar ini kelihatan agak suram.Kenderaan enjin elektronik juga tidak berfungsi dan tidak bergerak malahan berlaku kesesakan yang luar biasa.
Hadif memeluk tubuh sambil memerhatikan persekitaran manakala Irfan lebih suka termenung.Akalnya mengitari suasana dan cuba menghadamkan pelbagai perkara yang berlaku secara serentak.Terasa membejatkan akal yang waras.Suasana ibu kota ini tidak ubah seperti dilanggar garuda.Disapu puting beliung yang memusnahkan harta-benda dan membunuh setiap kehidupan yang bernyawa.Tunjuk perasaan berada di mana-mana.Mereka berkelakuan seperti disampuk sedangkan mereka tidak tahu duduk perkara sebenar.
Kedua-duanya mendiamkan diri dalam tempoh yang agak lama.Hairuddin telah pulang ke rumah selepas pengurusan jenazah Samsul.Dia perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyusul semula kemudian.Akal mereka berdua cuba dikerah sehabis baik.Pelbagai alternatif cuba difikirkan namun kesemua membejat kala ini.
"Assalamualaikum,tuan" Satu suara mengucapkan kalam suci sejahtera.Salam suci disahut serentak.Keduanya menoleh ke belakang.Kelihatan seorang lelaki berpakaian pejabat lengkap dengan kot hitam.Bersebelahan dengannya ialah seorang gadis berusia 20-an.Kelihatan anggun walaupun mengenakan pakaian pejabat dan bertudung litup.Lelaki itu berjabat tangan dengan Hadif dan Irfan sementara gadis itu tersenyum lalu menganggukkan kepala tanda salam dan hormat.Batas perlu dijaga walau dimana jua.Memberi tanda hormat adalah perkara yang dituntut dan bukan hanya sekadar berjabat tangan.Batas mahram perlu dijaga serapi yang mungkin.
"Tuan ini siapa?Bagaimana boleh tahu kami disini?Bagaimana tuan masuk ke sini?" Hadif mendahului dengan paluan persoalan.Musykil.Pintu untuk naik ke atas bumbung bangunan ini hanya melalui pintu utama makmal dan menerusi pintu rahsia di dalam makmal Hyperserv sahaja.Bahkan pintu utama kesemuanya sudah dikunci.Bagaimana dua orang yang tidak dikenali boleh menerobos masuk tanpa sebarang masalah.
Lelaki itu tersenyum sambil berkalih memandang gadis bersebelahannya.Gadis bertudung itu memahami isyarat lalu bergerak ke hadapan sedikit sekitar dua langkah ke hadapan.
"Nama saya Elizia.Dan ini bos saya, Encik Ilyas Rayfall." Gadis bernama Elizia memperkenalkan diri sekali gus memperkenalkan majikannya.Hadif dan Irfan menggangguk tanda faham.
"Kami berdua mewakili syarikat kami.Kita semua sedia maklum tentang situasi semasa sekarang ini.Dan saya juga mendapat tahu bahawa, Hyperserv sedang berada di dalam keadaan yang genting." Sambung Elizia lagi.
"Bagaimana tuan dan cik boleh mengetahui perkara yang melanda Hyperserv?" Irfan pula mencelah.Dia tidak bertemu dengan kedua-dua tetamunya ini namun mereka seolah-olah amat mengenali sistem Hyperserv.Kini, mereka bertindak seolah-olah menawarkan bantuan yang mungkin dapat membantu menyelesaikan kemelut ini.
"Bertenang,encik.Biar kami menjelaskan duduk perkara sebenar.Sebelum itu, boleh kita berbual di dalam.Macam tak sopan pula kalau kita bicara disini." Lelaki bernama Ilyas Rayfall merendahkan diri namun terselit sedikit perli di dalam bait katanya.Tidak manis pula tetamu dilayan sebegitu.Alangkan kita sendiri akan menjemput tetamu masuk ke rumah apabila mereka bertandang ke teratak kita.Irfan dan Hadif berpandangan sesama sendiri lalu menjemput tetamu misteri mereka untuk masuk ke dalam.Menuju ke ruangan yang lebih selesa dan sesuai untuk berbincang.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Mystery / ThrillerBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...