Bunyi paluan seolah genderang perang dipalu bertalu-talu mengikut rentak dan irama.Alunan lagu tempur berkumandang.Bangsa aneh itu mengerumuni satu kawasan lapang yang dijadikan lapangan tempur.Fared dipersiapkan dengan pakaian laksamana bangsa aneh itu.Dia berdiri ditengah-tengah lapangan.Kirin dan Fared ditambat dan diikat diletakkan di tepi gelanggang namun tidak berada di dalam kurungan.Makhluk tua berbongkok itu duduk di atas singgahsana yang mengangkat darjatnya bagi membezakan penduduk dan penghulu bangsa mereka.Makhluk tua berbongkok mengangkat tangannya.Seta-merta suasana menjadi sepi.Hanya bunyi unggas malam dan percikan api sahaja yang mengitari persekitaran.Fared terkedu.
Makhluk tua berbongkok itu berkata dalam bahasa yang tidak difahami.Fared sekadar mencebik.Penghulu itu sesekali berteriak bersuara lantang.Suaranya yang serak-serak parau bertukar menjadi bergema-gema dan berdengung-dengung.Memang aneh.
"Kau! Kau akan memulakan ritual Crone Naga Batu.Kau akan bertempur sampai mati dengan pahlawan handalan kami." Makhluk tua berbongkok mengambil tempat duduknya semula.
"Kalau aku menang? Kau akan bebaskan aku dan kawan-kawan aku?" Fared memberanikan diri untuk membuat pertukaran.Terasa tidak adil jika pertempuran ini melibatkan hidup dan mati.Yang menang, terus berdiri.Yang kalah, serta-merta akan mati.
"Kalau kau hidup, semestinya kau yang terpilih." Makhluk tua berbongkok itu menyembunyikan senyuman muslihatnya.Pembantu-pembantunya yang berada disebelah turut tersenyum sumbing.Mengetahui muslihat penghulu mereka.Sekali lagi paluan genderang perang bangsa itu bergema.Beralun mengikut rentak kepahlawanan suku mereka.
Seekor makhluk masuk ke gelanggang.Bersenjata pedang berantai.Saiznya agak besar dan tubuhnya kekar.Berwajah membengis memandang Fared sebagai musuh.Fared menelan liur.Dia hanya diberi senjata pedang biasa dan bukan seperti pedang-pedang pahlawan mereka yang kelihatan hebat dan unik.Fared memejamkan mata.Semacam aura kepahlawanan meresap perlahan-lahan ke dalam dirinya.Bangkit umpama singa. Mengaum umpama naga. Fared mengambil tempat.Hulu pedang dipegang kemas.Dihayun sekali dua ke kiri dan ke kanan.Menunjukkan keyakinan untuk berhadapan.Malam ini, dia yang menentukan sama ada mereka bertiga mampu untuk melihat mentari semula keesokan harinya atau sebaliknya.Ismail menelan liur yang terasa perit.Kirin memandang tepat ke arah Fared.Bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu.Ismail kehairanan namun tidak menegur.
"Wahai Crone Naga Batu! Aku mempersembahkan sembahan kami.Yang terpilih tidak akan mati." Lalu makhluk tua berbongkok itu melanjutkannya dengan bacaan mantera yang tidak difahami.Secara tiba-tiba, ruang tengah gelanggang tiba-tiba meruntuh dan membentuk satu lubang di tengah-tengah.Di dalam lubang itu, terdapat lava panas yang menyala dan meletup.Sesekali menghamburkan gas panas.Bau belerang menyusuk hidung.Ismail panik.Jika terjatuh ke dalam lubang itu pastinya maut meragut serta-merta.Fared kekal seperti tadi.Langsung tidak berganjak.Dirinya umpama dirasuk.Satu semangat juang yang luar biasa mula meresap.Pahlawan bangsa itu mula membuka langkah.
Tanpa amaran, pahlawan bangsa itu melompat tinggi dengan tetakan.Fared bersiaga.Tidak sempat kakinya mendarat ke tanah, pahlawan bangsa itu melibas pedangnya menetak Fared.Fared menyanggah dengan pedangnya.Bunyi dentingan besi berlaga amat membingitkan.Penduduk bangsa itu bersorak-sorai.Memberi semangat kepada pahlawan bangsanya.Serangan bertali arus tanpa henti.Fared hanya mampu bertahan dan mengelak sedangkan pahlawan bangsa itu menguasai pertarungan.Dialah yang paling banyak menyerang tanpa henti.Sesekali Fared tersadung namun dapat diimbangi.Libasan pedangnya sekadar membelah angin.Satu tendangan padu tepat mengena dada Fared.Akibat hentakan kuat, Fared terlambung ke belakang dan terseret di tanah.Berhenti pada tebing lubang lava.Fared mengerutkan dahi.Bahangnya terasa mencucuk-cucuk.Serangan dilancarkan lagi.
Tetakan pedang tertacak ke tanah.Fared sempat berguling ke tepi mengelak libasan maut dari mencabut nyawanya.Dengan gerakan sepantas kilat, Fared menyelinap ke belakang pahlawan bangsa itu lantas Fared melompat tinggi lalu meledakkan tendangan sekukuh batu ke belakang tengkuk pahlawan bangsa itu.Pahlawan bangsa itu hilang imbangan dan cuba dikawal.Dihadapannya adalah lubang lava yang mendidih.Apabila kaki Fared mencecah tanah, sekali lagi dia melakukan tujahan namun kali ini dengan menggunakan kedua-dua kakinya.Lonjakan dengan menggunakan momentum tubuhnya menujah belakang badan pahlawan bangsa itu.Kali ini, pahlawan bangsa itu benar-benar hilang imbangan lalu terjatuh ke dalam lubang lava.Jeritan kesakitan bergema-gema.Lava yang panas mendidih mula menceraikan kulit dari tubuh pahlawan bangsa itu dan membakar setiap sendi dan daging.Ismail berkalih pandangan.Terlalu ngeri untuk disaksikan.Pahlawan bangsa itu mati di dalam gelanggangnya sendiri.Bau tengik menerpa.Fared berdiri tegap.Memandang tepat ke arah penghulu yang tua berbongkok itu.Muka penghulu itu kelihatan tegang.Kekalahan pahlawan handalannya ternyata merupakan kekalahan awal yang menghambat.Tiada sorak sorai dari penduduk yang menyaksikan pertarungan itu melainkan dengan muka membengis dan terpancar raut tidak puas hati dengan kekalahan pahlawan mereka.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Mystery / ThrillerBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...