Bandar Inderapuri.Tahun Infinity 30XX
"Hadif! Sini, sini!" Suara Irfan bergema memanggil Hadif ke tempat persembunyiannya. Tanpa lengah, Hadif segera mendapatkan Irfan yang masih memegang senjata api pemberian Hadif sebentar tadi. Kekecohan berlaku kurang dari 24 jam sehingga membawa kepada situasi darurat seperti ini.
"Dah jumpa punca berlaku perkara ni?" Hadif meninggikan suaranya memandangkan keadaan bandar itu terlalu riuh dengan jeritan-jeritan marga yang tidak dapat menyelamatkan diri. Pihak anggota keselamatan juga tidak dapat melindungi mereka yang tidak dijangkiti daripada serangan buas manusia yang berubah menjadi ganas dan buas secara tiba-tiba malahan jumlah manusia yang berubah menjadi buas dan ganas itu meningkat secara tiba-tiba dan mendadak. Ini menyebabkan mereka yang masih normal maut diserang dan dilahap dalam keadaan ngeri. Mereka yang masih normal segera mencari tempat perlindungan dari serangan manusia buas itu. Jumlah mereka meningkat secara mendadak.
"Belum! Kita balik makmal dulu. Kita siasat perkara ni. Lekas!" Lantas Irfan dan Hadif segera menuju ke makmal Hyperserv yang menempatkan jasad Yazaid dan Fared. Tubuh mereka ditempatkan di ruang kebuk keselamatan yang terletak di bawah tanah dan di kawal ketat oleh sistem yang dikendalikan sendiri oleh Irfan.
Setelah mereka memasuki ruang makmal lantas pintu besi yang amat tebal itu ditutup rapat dan sistem keselamatan diaktifkan secara automatik. Senjata-senjata akan beroperasi dengan sendiri dan membunuh penyelinap jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. Hadif dan Irfan melabuhkan punggungnya ke kerusi besi yang memanjang. Ruang utama itu dipenuhi dengan paparan monitor kaca yang memaparkan pelbagai maklumat yang sukar difahami oleh individu biasa. Hadif sendiri juga tidak mampu untuk mentafsirkannya.
"Kurang ajar perempuan tu! Kalau aku jumpa dia, memang aku lumatkan dia!" Hati Irfan panas membara. Wajah Zie menyinggah di mindanya. Makin panas hatinya.
"Sabar, Irfan. Keadaan sekarang tak mengizinkan. Tapi kalau saya terjumpa dia di mana-mana, memang nahas dia!" Hadif juga tidak terkecuali. Setelah program I.R.I.S gagal berfungsi untuk digabungkan bersama sistem Hyperserv tempoh lalu, Zie menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki. Apabila diselidiki oleh Irfan yang ternyata lebih pakar, rupanya Zie mempunyai agendanya tersendiri malahan telah mencipta dan menyelitkan satu program hacking lain berdasarkan sistem tunjang I.R.I.S lalu diaktifkan tanpa sedar. Sistem haram yang direka oleh Zie tidak aktif serta-merta. Ianya memerlukan sedikit masa untuk membaca pola pergerakan data dari pangkalan sistem induk utama untuk digabungkan bersama pola pergerakan data Hyperserv sendiri. Apabila tiba pada masanya, Zie boleh mengaktifkan sistem itu dari mana sahaja dia berada.
Kurang dari 24 jam lalu, sistem induk utama secara tiba-tiba hidup semula dan segalanya kembali online. Tanpa sedar, ianya adalah perangkap semata-mata. Pasti ramai penduduk akan menyangka bahawa sistem teknologi dunia telah kembali pulih. Namun sebaik sahaja Brainlink diguna pakai kembali dan dikalungkan ke leher masing-masing, perkara yang mengerikan akan berlaku. Manusia yang sebelumnya adalah normal akan berubah menjadi manusia yang buas dan ganas. Sistem induk utama yang aktif secara tiba-tiba hanyalah muslihat semata-mata. Apabila manusia normal berubah menjadi manusia yang buas dan ganas, otak mereka akan dikawal selia oleh satu sistem yang tidak diketahui lokasi pangkalannya. Yang pasti pada ketika itu, sistem induk utama hanyalah sebagai umpan semata-mata. Anehnya, sistem haram yang menguasai otak manusia buas ketika itu mempunyai talian hubungan dengan dunia Hyperserv yang masih terputus hubungan. Bagaimana perkara itu boleh berlaku juga tidak diketahui oleh Irfan. Dia sendiri amat meyakini bahawa sistem Hyperserv sendiri telah diubahsuai oleh Zie yang ternyata adalah pembelot. Perempuan itu langsung tidak boleh dipercayai.
"Hadif! Irfan!" Satu suara menyapa mereka lantas mereka berdua menoleh serentak ke arah satu susuk tubuh yang baru sahaja memasuki makmal itu. Namun mereka amat mengenali lelaki itu.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Mystery / ThrillerBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...