Pinggir perhutanan Fuego, HyperServ
Bukan mudah untuk bergerak jauh dalam keadaan sebegini.Kecederaan yang dialami membejatkan setiap pergerakan sendi dan melumpuhkan saraf.Meskipun berada di dalam dunia Hyperserv namun terasa seperti realiti.Mereka sedar bahawa setiap perkara yang ada disini hanya pandangan ilusi semata-mata sedangkan jasad yang bernyawa berada di luar sana.Masih terbaring kaku entah apa yang terjadi pun tidak diketahui.Mereka hanya bergantung harap kepada Zie sahaja yang mengendalikan jasad mereka.
Masih terumbang-ambing.Tiada sebarang komunikasi keluar dan masuk dari dunia ini.Dunia ini masih menguncikan sistemnya.Zie cuba pelbagai cara termasuk memansuhkan sistem pemusnah.Dengan cara itu, mereka mengandaikan dunia ini akan mematikan sistem keselamatannya sekali gus mereka dapat berkomunikasi secara back-end namun ternyata perkiraan mereka meleset sama sekali.Sistem pertahanan Hyperserv terlalu ampuh untuk diapa-apakan.Pengasasnya seolah-olah dapat meramal apa yang berlaku pada masa akan datang sehingga dia mencipta sistem pertahanan yang boleh dikatakan agak mustahil untuk dibolosi oleh sesiapa pun.Percubaan demi percubaan.Semuanya gagal.Mereka yang didalam tidak mampu keluar.Mereka diluar tidak mampu untuk masuk.Komunikasi disekat dari kedua-dua arah.Tiada perhubungan dua hala.Yang di dalam kekal di dalam.Yang di luar kekal di luar.Perkara paling membimbangkan.Mati di sini bermakna mati di sebelah sana.
Tajima menapak perlahan.Zaidi juga sebegitu.Jika dilihat dari kecederaan fizikal mereka, tubuh mereka seperti dihiris-hiris dengan senjata tajam.Luka hirisan dan calar-balar disana-sini.Darah kering bertompok-tompok memenuhi pakaian mereka.Luka mereka sudah tidak berdarah namun bisanya menjalar ke seluruh urat sendi umpama bisa seekor ular sawa.Ternyata begitu memedihkan sehingga meresap ke tulang-belulang.
Mereka berdua memendam seribu satu rasa.Kecewa, marah, dendam, putus asa.Semua rasa bersatu menjadi satu rasa yang tidak dapat dibayangkan.Tidak dapat diungkapkan.Tidak dapat dirungkaikan.Hanya raut wajah yang menjadi pembayang segalanya.Segala usaha mereka untuk menjatuhkan Hyperserv ternyata tidak berhasil malahan satu pun tidak menjadi sedangkan tiada pergelutan yang luar biasa.Atau mungkin usaha mereka masih biasa-biasa dan tidak berbisa.Seolah-olah nasib lebih memihak kepada Hyperserv.
Injakan kaki semakin lemah.Tenaga dan kudrat sudah habis dikerah.Akhirnya Zaidi jatuh terjelepuk ke tanah.Tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan yang tiada arah tuju.Tajima lantas berkalih memandang ke arah Zaidi yang terbaring meniarap.Tajima melangoi ke atas.Kelihatan mentari bumi ini semakin merunduk.Masanya bekerja kian suntuk.Malam pula bersiap sedia untuk mengambil alih tugasan.Waktu malam di bumi ini ternyata merbahaya.Pemangsa berwaktu malam lebih agresif memburu kitaran makanannya.
Perlahan-lahan Tajima berpatah balik ke arah sahabatnya lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan Zaidi yang terbaring meniarap.
"Mungkin...setakat disini saja usaha kita,Tajima.Mungkin...ini pengakhir..untuk kita." Tercungap-cungap Zaidi melepaskan keluhan berbaur putus asa.
Tajima berdiam diri.Diam seribu bahasa.Hatinya sedikit sebanyak sudah berputus asa.Terlalu banyak rintangan dan masih banyak yang perlu dipelajari untuk menjatuhkan Hyperserv.Dunia ini sudah kukuh dan utuh.Namun jauh disudut hatinya masih tersisa rasa cekal.Akalnya masih mencari jalan untuk survive dalam hutan tebal ini.Malam semakin hampir.Kedengaran bunyi haiwan pemangsa berwaktu malam bersahut-sahutan semakin jelas kedengaran menandakan waktunya berburu hampir tiba.Zaidi mengangkat kepalanya memandang sekeliling.Wajahnya pucat.Dia menelentangkan tubuhnya dan bersandar pada pokok kayu mati bersebelahan Tajima.Anak mata berkeliaran.Mencari-cari tempat yang sesuai dirasakan untuk bersembunyi.Tajima mengerahkan akalnya.Dia tidak mahu mati seperti ini.Mati dalam keadaan yang terlalu kejam.Cukup kejam.Mati tanpa kejayaan.
Tanpa dipaksa, jaluran ingatan kejadian siang tadi mula menayangkan semula paparannya pada minda Tajima.Dia teringat bagaimana mereka berdua boleh tercedera sebegini rupa.
![](https://img.wattpad.com/cover/259212312-288-k238130.jpg)
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Misterio / SuspensoBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...