Pinggir Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX...
Hairuddin memacu kereta lama miliknya untuk menuju ke satu destinasi di Bandar Inderapuri.Hairuddin gemar mengumpul dan menggunakan barangan lama.Kereta yang dipacunya ini pun masih menggunakan petrol sebagai sumber tenaga namun pengubahsuaian dilakukan sendiri oleh Hairuddin.Dia memuatkan sebuah enjin elektronik yang dipacu menggunakan kuasa bateri sebagai pacuan tenaga kedua selepas enjin petrol.Hairuddin mendapatkan bekalan petrol daripada sahabat sekampungnya.Di zaman ini agak susah untuk mendapatkan bekalan petrol terutama di bandar-bandar besar kerana hampir keseluruhan kenderaan dipacu menggunakan kuasa bateri sahaja.
Kelihatan jalan utama menuju ke Bandar Inderapuri agak sesak.Sesaknya agak luar biasa.Hairuddin kebingungan.Jarang sekali jalan utama sesak sebegini.Pastinya ada kemalangan atau apa-apa yang menghalang jalan.Dia keluar rumah sejak awal pagi tadi lagi.Sehingga kini dia masih belum sampai ke Bandar Inderapuri walaupun hari sudah menginjak ke petang.Sesaknya agak luar biasa.Segala-galanya umpama lumpuh.
Pergerakan kenderaan terhenti apabila semakin menghampiri bandar.Bunyi hon yang membingitkan saling tingkah-meningkah antara satu sama lain.Malahan ada juga pemandu yang hilang sabar dan keluar dari kenderaan sambil memarahi kenderaan lain.Hairan.
Hairuddin mengeluarkan telefon bimbit lama miliknya.Dia juga mengubahsuai model telefon bimbit lama miliknya ini supaya serasi dengan gelombang komunikasi pada zaman ini.Dia jarang menggunakan BrainLink walaupun ada memilikinya.Brainlink sudah menggantikan telefon bimbit pada zaman sekarang.Hairuddin menghubungi seseorang namun gagal.Talian terputus.Berkerut dahinya.
Hairuddin hampa.Mahu tidak mahu dia terpaksa akur.Tersangkut di dalam kesesakan teruk yang luar biasa ini.Bukan sahaja jalan utama menuju ke Bandar Inderapuri sahaja malahan jalan utama bersebelahan juga turut mengalami perkara yang sama.Sesak teruk menuju ke luar Bandar Inderapuri.Hairuddin menoleh kebelakang.Kelihatan berpuluh-puluh atau mungkin jejak ke ratusan kenderaan beratur panjang dari kedua-dua arah.Hairuddin kehairanan.
Dikejauhan, kedengaran deruman enjin motosikal berkuasa tinggi laju menghampiri kereta yang dipacu oleh Hairuddin dan berhenti bersebelahan keretanya.Kelihatan seorang lelaki mengenakan topi keledar cermin gelap memandang Hairuddin yang berada di dalam perut kereta.Hairuddin mengerutkan dahi.Lelaki itu membuka cermin topi keledarnya.
"Tuan Hadif! Tuan..nak kemana ni?" Ternyata Hairuddin amat mengenali lelaki itu.
"Panjang ceritanya.Kita ada masalah besar.Tinggalkan kereta disini.Parking tepi.Kunci semuanya.Ikut saya.Nanti saya minta tolong orang saya uruskan kereta ni." Hadif memberi arahan ringkas.Hairuddin tidak banyak membantah.Dia hanya melakukan apa yang diarahkan oleh Hadif.Semestinya ia satu perkara yang sangat buruk.
Hadif membonceng Hairuddin.Motosikal berkuasa tinggi miliknya laju meredah angin.Hadif juga salah seorang daripada pengumpul barangan lama dan antik.Motosikal berkuasa tinggi miliknya juga salah satu daripada koleksinya.Motosikal ini masih menggunakan petrol sebagai bahan api walaupun berteknologi tinggi hampir menyerupai motosikal elektronik pada zaman ini.Bezanya tiada sebarang pengubahsuaian rangka dilakukan pada motosikalnya.Hairuddin pernah menawarkan khidmatnya untuk mengubahsuai enjin motosikalnya supaya enjin motosikalnya itu turut boleh dioperasikan menggunakan bateri namun tawaran itu ditolak secara baik.Hadif lebih gemarkan barangan 'antik' itu dalam keadaan seperti asal.
Hulu Permukiman Viento,HyperServ
Tajima dan Zaidi berhenti rehat di satu kawasan yang memiliki anak sungai yang bersambung dengan sungai utama.Tajima lebih gemar bersendirian.Mengelamun memerhatikan gerakan aliran perlahan sungai mengalir ke hilir.Dia tahu semua ekosistem disini adalah rekaan program semata-mata dan ini bukanlah realiti namun demi mengejar cita-citanya untuk membolot kesemua kemewahan yang digambarkan, disanjungi oleh semua warga dunia, dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa memusnahkan ekosistem dunia HyperServ.Tambahan pula, ini bukan hasil rekaannya.Pasti mudah sahaja untuk memusnahkan hasil kerja orang lain sedangkan diri sendiri tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang mampu dibanggakan.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Mystery / ThrillerBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...