Hyperserv Lab,Inderapuri.Tahun Infinity 30XX
Suasana makmal itu sepi.Walaupun kehadiran beberapa orang kenalan Yazaid dan Fared memenuhi ruang makmal itu namun tiada satu pun suara terlontar memecahkan suasana.Di antara mereka, kelihatan Irfan, Hairuddin dan Hadif turut serta di dalam 'majlis' suram itu.Kelihatan wajah mereka sugul.
Ramai di antara mereka berpakaian serba hitam.Begitu juga dengan Irfan dan Hadif namun Irfan memilih untuk berpakaian kasual.Itu adalah gayanya tersendiri.Namun gaya penampilan tidak penting ketika ini.Irfan kelihatan termenung sendirian.Memerhatikan beberapa orang sahabat Yazaid dan Fared mengusung satu jasad 'kenalan' mereka.Jasad itu diletakkan di atas sebuah stretcher lalu di tolak keluar daripad makmal itu.Dia amat mengenali pemilik jasad kaku itu.
Serta-merta jaluran imbauan menari-nari di layar minda Irfan mengingati peristiwa di makmal mininya sebentar tadi.Ketika sedang asyik mengendalikan data Yazaid dan Fared di dalam Hyperserv, secara tiba-tiba tanda amaran berbunyi dan memaparkan mesej maklumat yang terkandung di dalamnya.Anak matanya dibuntangkan melihat paparan mesej itu.Urat sendinya terasa terbejat.Jantungnya seakan terhenti.Organ dalamannya umpama lumpuh dari fungsi untuk seketika.Semuanya terbejat.Perasaan hiba menjalar melingkari hati.
Irfan amat meyakini sekiranya Yazaid dan Fared mengetahui hal ini, pasti mereka akan berdendam yang tidak berkesudahan.Walau sekuat mana pun dia menyembunyikan hal ini dari pengetahuan mereka, lambat-laun pasti mereka akan mengetahuinya.Mesej itu memaparkan maklumat urgent yang menyampaikan berita mengenai 'kematian'.Jasad berlokasi di makmal Hyperserv. Nama : Samsul.
Jaluran ingatan Irfan bersepai berderaian apabila bahunya di sentuh.Sekilas dia berkalih memandang Hadif kemudian mengalihkan pandangan ke arah Hairuddin pula.Wajahnya kelihatan sugul dan hiba.Kemudian dia memandang semula kepada jasad kaku sahabat Yazaid dan Fared diusung keluar oleh beberapa orang sahabat Yazaid dan Fared untuk diuruskan mengikut hukum syarak dan fardhu kifayah yang wajib dilaksanakan sebagai penganut agama Islam.Walaupun projek meragut nyawa ini dirahsiakan namun terdapat beberapa orang sahabat Yazaid dan Fared mengetahui tentang projek ini.Mereka adalah sahabat yang dipercayai oleh Yazaid dan Fared.Mudah untuk mereka berurusan pada masa akan datang sekiranya memerlukan.
"Bersabarlah. Sesungguhnya Dia lebih menyayangi arwah." Pujuk Hadif. Dia tahu gelombang tsunami kuat yang melanda hati Irfan kala ini.
"Usaha Yazaid dan Fared untuk mengumpulkan data Samsul semula yang bertaburan di dalam Hyperserv tak kesampaian.Hacker perlu bertanggungjawab!" Irfan menekan suaranya di halkum.Hampir tidak kedengaran namun dapat didengar oleh Hadif.Urat dahinya kelihatan timbul.Mukanya merah padam.
"Kita bantu apa yang termampu.Kali ini, lebih serius." Hadif mengerutkan dahinya.Hyperserv meragut satu nyawa lagi pada hari ini.Namun, kali ini nyawa yang diragut adalah salah seorang daripada pengasas Hyperserv itu sendiri.Umpama istilah makan tuan.
"Samsul merupakan sahabat yang baik namun tegas.Walaupun aku lebih mengenali Yazaid dan Fared tapi kisah mengenai Samsul juga aku ketahui dari mulut mereka sendiri." Irfan mengeluh sendirian.Dia melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi besi yang memanjang.Dia menekan-nekan dahinya menggunakan kedua tangannya.Terasa seperti berdenyut-denyut.
"Kalaulah aku cepat bertindak." Irfan lebih menyalahkan dirinya sendiri.Irfan mempunyai akses kebenaran untuk masuk ke dalam makmal Hyperserv ini memandangkan akses itu telah diberikan oleh Yazaid kepadanya suatu ketika dahulu.
"Tiada siapa yang perlu dipersalahkan.Semua ni kehendak Ilahi.Dia lebih mengetahui dari apa yang kita ketahui." Hairuddin pula bersuara.Ternyata dia lebih berfikiran matang sedangkan nyawa anaknya juga turut diancam bahaya.Minda Ismail masih berada di dalam Hyperserv.Hairudding lebih bersikap terbuka dan bertindak berlandaskan iman yang tetap teguh bertakhta di jiwa.

ANDA SEDANG MEMBACA
HYPERSERV : BEGINNING
Misterio / SuspensoBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...