SERVER 15

7 2 0
                                    

Imbas kembali, Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX

Disebalik keriuhan dan kemegahan Bandar Inderapuri, sifat ketamadunan manusia ketika itu semakin lusuh dan terpadam.Masing-masing tidak mempedulikan perihal orang lain.Sibuk dengan hal sendiri sehingga terlupa bahawa manusia perlu bergantung sesama mereka disamping menjadikan pegangan agama sebagai paksi memacu kehidupan.Begitulah saban hari dan setiap masa.

Fared duduk termenung di dalam sebuah restoran kegemarannya, Restoran Ray-Fall sambil menikmati secawan kopi Capuccino kegemarannya.Baginya, kopi itu mampu menjadi 'penawar' hatinya yang masih hangat membara.Dia berseorangan kali ini tanpa ditemani oleh Yazaid.Pertengkarannya dengan sahabat baiknya itu meninggalkan bara api yang cukup untuk membakar jiwa yang penuh dengan ego yang tidak pernah lurus.Terngiang-ngiang hamburan kata-kata pedih dari Yazaid.Hatinya semakin membengkak.Panas membuak-buak.Dahinya berkerut seribu.Nekadnya kali ini agak tekad.Dia mahu menarik diri dari program Hyperserv.Membiarkan sahabatnya mengendalikan program pemakan nyawa manusia itu secara bersendirian.Langsung tidak akan dipedulikan walau apa pun terjadi.Ego yang tidak berkesudahan.

"Assalamualaikum." Satu suara menyapa Fared dari belakang.Dia menoleh sekilas pada suara itu.Kali ini Fared terkedu melihat empunya diri yang menegur dirinya.Hati bergetar kencang.

Perlahan-lahan empunya suara itu berjalan bersebelahan Fared dan menempatkan dirinya berhadapan Fared.Dia duduk bertentangan dengan Fared.

"Eerr...Rozy? Awak buat apa disini?" Tergagap Fared menuturkan bait kata.Terasa sesak pernafasannya.Terbejat urat sendinya.Jantungnya mengepam darah dengan kelajuan yang tidak seperti kebiasaan.

"Untuk berjumpa dengan awak." Rozy sekadar menguntum senyuman manis.Fared terpempam.Bungkam tidak terkata.

"Untuk apa?" Fared sekadar bersahaja yang dibuat-buat.Cuba mengawal 'macho' nya.

"Salah ke untuk saya datang berjumpa dengan awak?" Rozy bijak menangkis pertanyaan sekali gus menghadiahkan sebuah senyuman kedua yang cukup manis pada kaca mata Fared.

"Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan punca.Begitu juga dengan awak.Pasti ada sebab mengapa awak datang berjumpa saya." Ringkas Fared menyusun bait katanya secara teratur agar tidak keterlaluan sekali gus tidak menzahirkan rasa cemas di dalam hatinya kala ini.

Rozy sekadar tersenyum memandang tepat ke dalam anak mata Fared yang kelihatan berwarna coklat gelap.Sesekali kelihatan Fared mencuri pandang kepada Rozy.Ternyata gadis itu berjaya menambat hatinya sejak pertemuan kali pertama mereka di kedai menjual peralatan digital dan elektronik milik Irfan.Amat sukar bagi hatinya untuk terpaut pada mana-mana gadis.Bukan kerana dia terlalu memilih tetapi pintu hatinya tidak pernah terbuka untuk membenarkan mana-mana gadis singgah mengetuk pintu hatinya.

"Saya terdengar pergaduhan awak dengan kawan awak tadi tu.Macam serius je.Kenapa?" Rozy menyatakan hasratnya.

"Ohh..mamat poyo tu? Biarkanlah..Dia boleh settle semua sendiri.Buatlah!" Ternyata hati Fared masih membengkak teringatkan Yazaid.

"Sejujurnya, saya datang sini untuk pujuk awak." Rozy menghadiah sebuah senyuman ketiga yang paling manis untuk Fared.Kejujurannya membuntangkan anak mata Fared.

"Pujuk? Ohhhh...Please.Saya bukan budak-budak yang suka merajuk." Fared memuncungkan bibirnya kehadapan tanda protes.

"Bukan merajuk? Habis yang bibir awak memuncung tu kenapa? Boleh sangkut hanger tu." Rozy tergelak kecil melihat kerenah Fared yang keanak-anakkan terzahir secara tidak sengaja.Kononnya tidak merajuk sedangkan hatinya meronta mahu dipujuk.

Merah padam riak wajah Fared menyedari reaksi wajahnya 'terbocor' menzahirkan rasa hati.

Rozy mendekatkan dirinya pada Fared.Merenung tajam penuh harapan pada anak mata jejaka tampan berkulit sawo matang itu.Fared menelan liurnya sendiri kerana diperhatikan sebegitu.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now