Bangsa Yaneko, Kaki gunung kawasan jajahan Fin Del Mundo, HyperServ
Suasana diperkampungan bangsa Yaneko ini ternyata mendinginkan terutama pada waktu malam seperti ini. Saban hari saban malam, Kirin sering kali mengurung dirinya didalam sebuah bilik kediaman sementaranya. Dia menjadi kemurungan selepas peristiwa Ismail dibawa pergi oleh makhluk bernama Brothome.
Menurut cerita-cerita dari penduduk disini, Brothome merupakan salah satu daripada makhluk lagenda yang dianggap tidak wujud dan hanya sekadar mitos.Namun sejak kemunculannya beberapa minggu lalu, ternyata ianya memadamkan corak pemikiran penduduk disini sekali gus mempercayai tentang kewujudan makhluk itu. Yang menjadi tanda tanya buat mereka adalah motif makhluk tersebut menghampiri perkampungan mereka dan lebih merumitkan keadaan, hanya Ismail sahaja yang dibawa pergi sedangkan penduduk-penduduk lainnya langsung tidak diapa-apakan.Ternyata tujuan dan matlamat utama makhluk itu hanyalah seorang manusia yang suatu ketika dahulu tersesat memasuki dunia Hyperserv ini. Dan kini tiada siapa yang tahu bahawasanya Ismail telah dibawa pulang ke dunia asalnya. Hanya Athelia yang mengetahui perkara yang sebenar tanpa memberitahu kepada Kirin.
Athelia hanya memandang dari luar sahaja.Sekadar menjenguk dan memastikan Kirin dalam keadaan baik-baik sahaja.
Athelia mengeluh halus.Sejak kehilangan Ismail, Kirin menjadi kemurungan seolah-olah orang putus cinta.Dia sedar bahawa hubungan Kirin dan Ismail ternyata sangat rapat.Tidak mustahillah Kirin menjadi sebegitu rupa.Semangatnya seolah-olah hilang bersama Ismail yang dibawa pergi oleh makhluk itu.
"Macam mana keadaan Kirin? Masih seperti itu?" Satu suara serak-serak basah menegur Athelia dari belakang.Sekilas Athelia menoleh.
Kelihatan seorang wanita tua menghampiri dirinya dan menempatkan dirinya bersebelahan dengannya.Wanita tua itu berjalan dalam kadar yang agak perlahan.Mungkin kerana usianya yang telah lanjut.Tiada siapa tahu berapakah usia sebenar wanita tua itu.Mungkin ratusan tahun atau mungkin ribuan tahun di dalam dunia Hyperserv ini. Peredaran masa di dalam dunia Hyperserv ini tenyata tidak sama dengan peredaran masa di dunia realiti.Pergerakan masa disini jauh lebih pantas berbanding dunia realiti namun tiada siapa yang tahu tentang perkara itu melainkan Rayfall sendiri.
"Saya pun tak tahu macam mana nak kata, Ma'am Rosalind. Keadaannya semakin lama, semakin teruk.Semakin dia kemurungan. Dah bermacam-macam cara kita cuba usahakan tapi..." Athelia melepaskan keluhan yang memberati rengkungannya.
"Mana mungkin seorang gadis melupakan buah hatinya, tidak begitu?" Wanita tua yang bernama Ma'am Rosalind itu mengerling nakal ke arah Athelia.Sorotan matanya seolah-olah memerli Athelia sendiri namun gadis itu langsung tidak mengendahkannya. Dia sudah masak benar dengan perangai wanita tua itu. Bukan dia tidak mahu mencari pasangan hidup tetapi dia langsung tidak terfikir tentang perkara itu sama sekali. Ada sahaja beberapa lelaki dari bangsa lain yang molek dan elok perangainya berkenan dengan Athelia.Tambahan pula golongan itu tertarik kepada Athelia bukan sahaja kerana kecantikannya tetapi kepada kredibiliti serta kemampuannya dalam medan pertempuran. Namun semuanya tidak dipandang oleh Athelia melainkan dipandang sebagai menjengkelkan dan menyesakkan hidupnya.
"Tak mengapalah, Athelia.Kita diamanahkan oleh manusia itu untuk menjaga Kirin.Kita lakukan sebaik mungkin." Ma'am Rosalind menasihati Athelia dengan bernada rendah.Cuba untuk menenangkan hati Athelia yang dilanda kegalauan dan bimbangkan Kirin.
Dia tahu tentang latar belakang Kirin dan seorang lagi lelaki yang wujud di bumi Hyperserv ini yang ditugaskan sebagai A.I atau Artificial Intelligence hasil rekaan Rayfall.
Dan dia juga mengetahui tentang kewujudan bangsa pembunuh dan pemusnah yang dipenjarakan oleh Rayfall suatu ketika dahulu iaitu Valkazar.Oleh kerana Kirin dan seorang lagi lelaki yang tidak dikenalinya itu mempunyai tugas yang amat penting bagi meneruskan kesinambungan dunia Hyperserv ini, dia perlu memikul amanah ini sebaik mungkin.Dia perlu melindungi Kirin walau apa jua yang berlaku. Lamunan Athelia jauh terlambung menerawang kemana-mana.Hanya sepi menjadi peneman antara Athelia dan Ma'am Rosalind ketika itu.Mereka berdiam diri buat beberapa ketika melayani kecamuk hati masing-masing.

YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Gizem / GerilimBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...