Kawasan Perumahan Elit tinggal, Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX
"Kata-kata terakhir?" Bilah kuku Kreious panjang meruncing.
"Kita... jumpa.... disana... nanti..." Tersekat-sekat lafaz Hairuddin. Kreious ketawa terbahak. Bilah kukunya meruncing tajam terhala ke jantung Hairuddin.
"Kita tidak akan berjumpa lagi, wahai manusia" Wajah Kreious membengis. Tangannya diangkat tinggi bersedia untuk melakukan cantasan maut yang terakhir buat Hairuddin lantas dihayun sekuat hatinya menyasarkan jantung Hairuddin.
Secara tiba-tiba, bilah kuku Kreious terhenti hanya seinci dari dada tepat ke jantung Hairuddin. Kreious menyerigai. Tangannya di pegang oleh seseorang dan cakupan genggamannya juga agak kuat.
"Dey, tambi. Tak tahu hormat orang tua ke, dey?" Kreious terkejut bukan kepalang. Seorang lelaki lengkap berpakaian perisai tempur menahan serangan Kreious hanya dengan genggaman dari satu tangan sahaja. Kreious melepaskan cengkaman dari batang leher Hairuddin lantas bertindak untuk menyerang lelaki itu.
"Jenny! Now!" Usai lelaki itu menjerkah, satu lagi susuk tubuh perempuan dari arah belakang Kreious menerpa ke arah Kreious dan melekatkan satu peranti digital di belakang badan Kreious lantas lelaki misteri itu menujah tendangan padu. Kreious terlontar ke belakang. Lelaki misteri itu membuat isyarat tangannya dengan lambaian ke udara.
Tidak semena-mena, satu renjatan elektrik bervoltan tinggi meledak dari tubuh Kreious. Serentak itu juga, sambaran ekor elektrik menyambar-nyambar ke arah manusia-manusia buas itu kesemuanya sekali secara serentak. Dengan pantas lelaki dan susuk tubuh itu merapatkan diri ke arah Hairuddin dan menghidupkan satu lagi peranti berupa perisai plasma. Kini mereka berada di dalam perisai plasma berbentuk separuh bulatan. Sambaran elektrik yang menyambar-nyambar itu sesekali menyambar perisai plasma itu namun mereka bertiga yang berada di dalamnya tidak terjejas sama sekali. Begitu keadaannya selama beberapa minit sehingga semuanya menjadi sepi. Hanya bunyi deruan angin yang menderu sahaja kedengaran.
Perisai plasma dimatikan. Dua orang misteri itu membantu Hairuddin untuk bangkit lantas mereka mencari tubuh Kreious. Dalam pada masa yang sama, kesemua manusia-manusia buas itu berguring-limpang dalam keadaan hangus dan hitam-gemitam.
Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila lokasi sepatutnya tubuh Kreious berada kosong. Tiada jasadnya.
"Hey, Rajja. You pasti ke sini tempat dia jatuh tadi? Kenapa dia tak ada?" Gadis bernama Jenny itu melilaukan pandangannya. Sahabat seperjuangannya juga melakukan perbuatan yang serupa.
"Impossible! Itu device consume high voltage tau. Memang confirm dia mati. Gajah pun boleh mati tau. Ini pula dia manusia... If he's a normal human lah." Rajja menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Keparat... kamu berdua!" Satu suara yang sarut dan garau kedengaran. Lantas mereka bertiga menoleh ke belakang dalam bersiaga. Kelihatan Kreious terbongkok-bongkok menahan kesakitan yang teramat. Sesekali renjatan elektrik mengalir di tubuhnya membuatkan wajahnya menyerigai.
"Apa kau... dah buat? Aku tak boleh... kawal mereka semua?" Kreious melilau pandangan. Dia kini tidak lagi mampu menggunakan telepati untuk mengawal minda manusia-manusia buas itu bahkan manusia-manusia buas yang berjumlah agak ramai seketika tadi mati kesemuanya. Kejamnya Valkazar tanpa memikirkan kehidupan lain. Manusia-manusia itu semua pada asalnya hanya manusia biasa yang menjalani kehidupan sehari-hari seperti biasa. Mereka juga punya keluarga namun hilang segala-galanya sejak Valkazar mengambil alih tubuh mereka. Dan mereka bukan lagi diri mereka sebagai manusia.
"Oh, actually itu plasma voltage yang boleh membuatkan...." Jenny menarik telinga Rajja secara tiba-tiba. Rajja mengaduh kesakitan.
"You tak perlulah beritahu dia. He's an enemy!" Membulat biji mata Rajja apabila menyedari kesilapannya lantas dia tersengih-sengih.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Mystery / ThrillerBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...