SERVER 45

3 3 0
                                    

Yazaid berdiri menghadap pantai.Meskipun pandangan matanya tidak dapat melihat sejauh mata memandang kerana suasana gelap malam namun telinganya dapat mendengar ceburan air ombak yang menghempas pantai Letrai Bay itu.Hatinya galau bercampur resah.Amarah menjadi kesal.Tubuhnya kehilangan tenaga yang agak banyak akibat hambatan pertarungan maut siang tadi.Sesal dihatinya tidak berkesudahan.

Leo telah menceritakan segala-galanya ketika dia terlantar di bilik pemulihan.Dia tersilap perangkaan.Menuduh sesuka hati mengikut hawa nafsu.Bangsa Letrazie ini ternyata hanya menjalankan tugasan mereka sahaja demi kepentingan keselamatan mereka.Setiap perkumpulan atau mana-mana individu yang mencurigakan pasti akan ditambat apabila mereka memasuki kawasan jajahan Letrai Bay dengan cara serangan hendap terlebih dahulu sebelum disoal siasat.Apabila sudah dipastikan perkumpulan itu bukannya musuh, ada dua perkara yang ditawarkan iaitu datang ke perkampungan Letrai Bay sebagai tetamu terhormat atau bebas untuk keluar meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing tanpa bantahan.

Ternyata Yazaid tersilap menjatuhkan andaian sekali gus memakan dirinya.Andaian yang berasaskan tuduhan itu ternyata tidak kukuh apabila tidak mempunyai hujah yang ampuh.Tanpa soal selidik dan tanpa usul periksa.

Yazaid mengeluh berat. Lebih memberati jiwanya apabila dia menuduh Leo sebagai pengkhianat sedangkan lelaki itulah yang banyak membantunya sepanjang perjalanan.

Anak telinga Yazaid mendengar derapan kaki menginjak pasir di belakangnya.Pantas dia menoleh.Kelihatan susuk tubuh seorang perempuan menghampiri dirinya.Gadis itu memegang sehelai pakaian tebal.

Kawasan perairan Letrai Bay itu diterangi dengan tiang-tiang api jamung yang terpacak sepanjang pantai itu.Kelihatan beberapa buah kerusi batu terbina tidak jauh dari bibir pantai.

"Jauh awak bermenung.Fikirkan apa?" Susuk tubuh itu amat dikenali.Lantas Yazaid melemparkan pandangan jauh ke arah lautan semula.Elizia menyarungkan kain tebal pada tubuh Yazaid.Bagi mengelakkan tubuh Yazaid dari dihambat kesejukan.

"Macam mana saya nak berhadapan dengan Elsa dan Kapten Zayyan? Saya malu tersilap menjatuhkan andaian." Kedengaran nada Yazaid seakan rajuk.Elizia menarik lengan Yazaid dan membawanya ke bangku batu yang berhampiran.Mereka duduk bersebelahan.Menikmati pandangan dan suasana malam di Letrai Bay.Ternyata amat menenangkan jiwa.

"Leo dah ceritakan segala-galanya.Pada awak, Elsa dan Kapten Zayyan.Pada semua orang.Semua ini cuma salah faham." Elizia cuba memujuk hati Yazaid yang galau.

"Tapi saya tetap malu.Saya tak tahu macam mana saya mahu berhadapan dengan mereka." Yazaid melepaskan keluhan halus yang memberati jiwanya.

"Setiap manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan, Yazaid.Setiap kesilapan yang kita lakukan pasti akan mendapat imbalan.Imbalan inilah yang kita jadikan pengajaran dalam kehidupan." Elizia memaniskan rona wajahnya.Yazaid memandang sekilas.

"Peperangan tidak akan pernah menyelesaikan permasalahan.Lebih mendatangkan kemudaratan." Keluh Yazaid.Lebih kepada monolog.Dituju ikhlas pada dirinya sendiri.Perjalanan mereka di dunia Hyperserv ini banyak memberikan pengajaran yang tidak pernah diambil peduli ketika berada di dunia manusia.Segalanya dipandang remeh tetapi disini segalanya seakan realiti.Mengajarkan sesuatu yang boleh dijadikan panduan dan peringatan.

"Tapi cara awak fight siang tadi buat saya jatuh hati pula.Memang handal." Elizia berkata dengan nada memujuk.Yazaid sekadar tersenyum.Hatinya terubat sedikit.

"Tapi...saya perasan sesuatu.Setiap kali Elsa melancarkan serangan pelik tu, dia macam ada baca sesuatu.Macam...mantera.Awak perasan tak?" Yazaid mengerutkan dahinya.Elizia berfikir-fikir lalu menggelengkan kepalanya tanda tidak menyedari kejadian yang dimaksudkan oleh Yazaid.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now