SERVER 26

6 3 0
                                    

Didalam sebuah gua pinggir perhutanan Fuego, HyperServ

Sebuah belantara yang bersaiz gergasi menghiasi pandangan.Segala-galanya bersaiz besar.Ditambah pula dengan pelbagai jenis tumbuhan yang pelbagai warna dan berbentuk aneh dan pelik.Memang tidak pernah dilihat.

Tajima melangoi ke atas.Mencapai pandangan ke angkasa gua.Kelihatan berwarna merah gelap dan sesekali warna kuning jingga melintasi.Ia umpama hamparan langit kemerahan cerah berbanding kebiruan seperti yang kebiasaan mereka pernah lihat diluar sana.Zaidi memandang ke arah sumber pencahayaan.Kelihatan bercahaya bersinar seperti mentari namun ianya bukanlah mentari sebaliknya ianya aliran lava yang mengalir dan menghasilkan cahaya sekali gus menerangi setiap pelusuk kehidupan aneh disini.Suasana persekitaran yang berwarna kemerahan menimbulkan satu perasaan yang kurang enak di dalam sanubari kedua-dua manusia ini.Tajima dan Zaidi serentak menelan liur.

Langsung tidak disangka bahawa wujudnya sebuah dunia lain di bawah bumi Hyperserv ini.Mereka hanya menyangka bumi Hyperserv seperti bumi di alam realiti.Namun, apa yang disaksikan mereka ketika ini ternyata satu hambatan keras bagi minda mereka untuk mentafsir.

"Tajima..Kita..ada dekat..mana ni?" Zaidi gugup.Terasa longgar setiap sendinya.

"Aku...tak tahu." Tajima sendiri terbejat.Secara tiba-tiba, api pada kayu yang dipegang oleh Tajima merebak secara tiba-tiba.Api itu seolah-lah hidup.Ianya bergulung-gulung ke atas.Tajima mencampakkan kayu dan melompat menjauhinya.Api besar kelihatan bergulung-gulung seolah-olah menari tanpa rentak.

"Tajima..kau buat apa?" Zaidi kaget.

"Mana ada aku buat apa-apa! Api tu meletup tiba-tiba." Tajima terundur setapak.Terasa bahang dari api seolah-olah membakar dirinya.

"Mesti ada sebab.Kau mesti cakap bukan-bukan tadi, kan?" Zaidi bertambah kaget melihat gulungan api semakin marak dan membesar namun ianya seolah-olah terkawal.

"Kau cakap apa ni? Petua apa lagi kau pegang ni." Tajima mengerutkan dahi.

Api yang bergulung-gulung marak kemudiannya berpusing seperti beliung api.Dan berpaksi pada tanah berhampiran mereka.Semakin lama beliung api itu semakin mengecil dan gulungan api gergasi itu bergulung-gulung turut mengecil membentuk seperti sekujur tubuh manusia namun saiznya tiga kali lebih besar dari manusia biasa.Tajima dan Zaidi tidak mampu berbuat apa-apa.Sekadar menjadi pemerhati dan menanti ajal menjemput mereka.

Apabila lengkap membentuk sekujur tubuh, gulungan api yang marak dan bergulung-gulung pecah bertebaran dengan satu dentuman yang agak membingitkan.Tajima dan Zaidi terlontar ke belakang beberapa meter akibat tujahan hawa panas dari letupan itu.Mereka jatuh berguling di tanah.Terasa seperti dihambat keras seolah-olah ada tangan-tangan ghaib yang menolak kasar tubuh mereka dihumban ke belakang.

"Kau berdua! Siapa gerangan kau berdua yang berani datang ke sini!!" Satu suara garau menegur.Suaranya berdengung-dengung dan membingitkan.Tajima memandang ke arah sekujur tubuh yang berdiri gah di hadapan mereka.Saiznya tiga kali lebih besar daripada mereka.

Seekor makhluk aneh berdiri gah.Di tangan kanannya memegang lembing yang terbakar pada belatinya namun tidak marak.Di tangan kirinya pula terdapat perisai yang terbakar pada permukaan hadapan.Kulit berwarna merah jingga seperti lava.Anak mata yang hitam kesemuanya.Bertanduk dua runcing ke belakang.Tajima dan Zaidi terkedu.

Permukiman La Brecha,HyperServ

Kawasan ini ternyata berbeza dengan kawasan yang lain.Di kawasan ini lebih banyak berbatu dengan dekorasi yang agak aneh bentuk serta ukirannya.Seolah-olah terdapat kehidupan lama yang mendiami kawasan ini suatu ketika dahulu.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now