Hutan terpencil jajahan Fin Del Mundo, HyperServ
Kepala Fared terasa memberat seolah-olah terdapat batu yang besar ditindih tepat diatas umbun-umbun kepalanya.Terasa berdenyut-denyut.Dia cuba meraih perkara terakhir yang diingatinya.Sedikit demi sedikit imbauan menerjah fikiran.Kali terakhir dia berada di perhutanan sempadan di antara jajahan Fin Del Mundo dan Viento.Terdapat hentakan kasar menepati pada lehernya membuatkan tubuhnya longlai dan rebah ke bumi.Itu sahaja perkara yang dapat diingati oleh Fared.
Lantas dia bangkit namun pergerakannya terbejat dek kerana bisa yang masih menjalar di dalam setiap urat sendi.Dia merasakan tubuhnya bergoyang dan terhuyung-hayang.Seolah-olah dunia berputar ligat.Terasa terbuai-buai.Apabila matanya mulai cerah dan akalnya kembali normal, dia mengamati persekitaran.
Dia berada di dalam sebuah sangkar yang diperbuat daripada kayu-kayu hutan disitu.Kayu yang digunakan untuk membuat kurungan sangkar ini berwarna kemerahan.Fared memandang ke luar sangkar.Aneh.Pandangannya mencarupi pemandangan dari atas puncak pokok.Dapat mengapai pemandangan yang jauh sejauh mata memandang.Belantara tebal menghiasi pemandangan matanya.Aneh sekali.Dia menapak perlahan ke palang-palang kayu dan melihat ke bawah.Matanya terbuntang.Terasa jantung direntap kasar.
Fared memegang palang-palang kayu yang dijadikan kurungan.Sangkar ini tergantung tinggi dan jauh dari tanah.Apabila diamati, sangkar kayu ini digantung dengan menggunakan akar kayu yang menjalar bersaiz tipis namun ketahanannya agak ampuh dan mampu menampung beban yang berat.Sangkar kayu ini sahaja memperlihatkan ciri-ciri ketahanan yang cukup tinggi.Fared menelan liur namun dia tidak mudah melatah.Sebelum membuat apa-apa tindakan dan keputusan, dia lebih gemar berfikir sebelum bertindak.Dia melihat-lihat dirinya.Sekali lagi dihambat kejutan apabila dia langsung tidak bersenjata.Sehelai sepinggang.Dia menelan liur buat sekian kalinya.Dia benar-benar dihambat kejutan.Sangkar kayu itu terbuai-buai apabila disapu angin lintang.Pantas Fared meniarap di lantai sangkar.Kecut perut dibuatnya.Pelbagai andaian yang singgah difikirannya.Mungkin sangkar ini akan jatuh dan nyawanya juga terlerai dari tubuh.Mungkin ada pemangsa kanibal dunia ini yang menangkapnya untuk dijadikan hidangan malam nanti.Pelbagai andaian menusuk-nusuk benaknya.
Tanpa berfikir panjang, Fared menggagahkan diri.Dia menelentangkan tubuh dan merentangkan tangan menahan diri di lantai sangkar serta membengkokkan kedua-dua kakinya.Dengan sekuat tenaga, dia menendang-nendang palang kayu sangkar kurungan itu.Sangkar kurungan bergegar buat beberapa kali namun tidak menunjukkan hasil yang positif sehingga kudratnya lemah.Fared terlentang keletihan.
"Siapa punya angkara.Bajingan!" Fared melepaskan amarah sendirian.
Setelah lelahnya mulai pulih, dia menyambung lagi tendangan pada palang yang sama.Kudratnya tidak segagah sebelumnya.Seolah-olah tenaganya diserap sebanyak yang mungkin.Semakin kuat dia mengerah tenaga, semakin lemah dan longlai tubuhnya.Akhirnya, dia kecundang lagi.Kini nafasnya tercungap-cungap lebih pantas dan mengah yang teramat.Terasa usahanya sia-sia belaka.Palang-palang kayu yang ditendang sekuat tenaga langsung tidak meninggalkan kesan bahkan sedikit retakan pun tiada.Memang benar-benar kukuh.
Dalam keletihan, Fared mengesot ke tepi sangkar.Meninjau-ninjau persekitaran dibawah sana.Hanya semak belukar dan puncak pokok yang kelihatan namun tidak ternampak pada dasarnya.Sangkar ini digantung pada paras yang cukup tinggi.Jika terlepas ke bawah pasti berakhir dengan maut sama sekali.
"Fared! Fared!" Terdengar sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil.Fared tertoleh-toleh mencari empunya badan yang memanggil namanya.Puas pandangannya merayap segenap penjuru namun tidak ketemu.Dia mengerutkan dahi.
"Fared! Sini! Sini!" Sekali lagi namanya dipanggil.Kali ini Fared mengecilkan matanya memandang ke satu arah yang dipercayai arah suara itu datang.Dari kejauhan di bawah sana, terdapat dua lagi sangkar kurungan mirip dengan kurungan dimana Fared berada sekarang.Kelihatan dua orang yang berada di dalamnya.Seorang lelaki dan seorang perempuan.Diamati sepenuh perhatian.Keringat mula berjejeran.Ternyata lelaki itu adalah Ismail dan perempuan itu adalah Kirin.Ismail kelihatan melambai-lambai tangan kanannya ke arah Fared manakala Kirin sekadar menjengah ke atas sambil kedua-dua tangannya memegang sangkar.Kedua-dua sangkar itu terletak di atas tanah.Fared merengus kasar.Dia tertanya mengapa hanya sangkar kayunya sahaja yang tergantung jauh tinggi dari tanah.Hatinya merusuh.Jika dia mengetahui siapa punya angkara, pasti lumat dikerjakan.Sedikit simpati pun tidak akan dibenarkan singgah dihati.Hatinya membengkak.Terasa tidak adil.

ANDA SEDANG MEMBACA
HYPERSERV : BEGINNING
Mystery / ThrillerBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...