I.R Federation, Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX
Gegak-gempitanya suasana persekitaran bandaraya metropolis ini semakin hingar-bingar. Pihak ketenteraan yang berkawal tidak mampu mengawal kebuasan manusia-manusia berjiwa Valkazar ini. Jumlah mereka yang terlalu ramai membuatkan ramai jiwa yang terkorban.
Akhirnya, pihak ketenteraan memanggil semula batallion mereka untuk berundur buat seketika untuk persediaan selanjutnya. Dikhabarkan juga kebarangkalian, beberapa butir bom akan digugurkan di kawasan bandaraya metropolis Bandar Inderapuri ini dalam tempoh waktu yang tertentu namun ianya masih di dalam perbincangan di kalangan pihak atasan bersama kerajaan yang memerintah. Ianya terlalu banyak risiko daripada manfaat.
Kerja-kerja menyelamat telah pun dilaksanakan. Pihak kerajaan serta pihak ketenteraan juga sudah sedia maklum tentang operasi pasukan makmal Hyperserv yang beroperasi secara senyap atau underground. Semuanya atas usaha yang dilakukan pengumpulan maklumat dari pasukan IESA, iaitu sebuah organisasi perisikan rahsia milik penuh kerajaan. Menurut maklumat dari IESA, mereka melaporkan operasi Hyperserv dikategorikan sebagai operasi kemajuan dan pembangunan teknologi dan ianya dianggap operasi yang sah.
Kerana itulah operasi makmal rahsia Hyperserv tidak dihalang oleh pihak kerajaan. Tanpa disedari oleh ahli Hyperserv, organisasi IESA yang sebenarnya membela dan melindungi operasi mereka terutamanya Razman selaku ketua bahagian kemajuan dan pembangunan perihal teknologi digital di dalam bandaraya metropolis ini. Baginya, operasi dan projek bioserver yang dibangunkan oleh Hyperserv sebenarnya sebuah langkah baru di dalam memajukan kemajuan teknologi untuk manusia namun impak yang perlu ditanggung oleh mereka teramat besar. Bahkan, tiada siapa yang menyangka tragedi seperti hari ini akan berlaku kecuali Hairuddin. Lelaki itu sudah menduga perkara ini pasti akan berlaku sekiranya ada tangan manusia yang mengoperasikan semula server yang pernah ditutupnya itu suatu ketika dahulu. Cuma, khilafnya Hairuddin adalah kerana tidak memaklumkan lebih awal kesan dan implikasinya kepada mereka yang mengoperasikan bioserver ini. Kini, ramai yang menanggung akibatnya.
Dentuman di luar bangunan menggegarkan tanah. Bangunan I.R Federation ini sememangnya teramat kukuh terutama di kebuk perlindungan yang berada di ruangan bawah tanah. Di sinilah tempat mereka berlindung. Pihak kerajaan dan pasukan ketenteraan juga menghantar beberapa pasukan ke bangunan ini untuk melindungi ahli Hyperserv yang sedang berjuang untuk menamatkan perang cyber ini. Mereka tidak boleh dipindahkan ke kawasan perlindungan manusia yang lain kerana segala kelengkapan dan peralatan yang diperlukan oleh mereka berada di situ dan bukannya jenis yang mudah alih. Keberadaannya tetap disitu. Apa yang pihak kerajaan dan pasukan keselamatan mampu lakukan hanyalah dengan menghantar seberapa banyak pasukan elit keselamatan untuk melindungi mereka di bangunan I.R Federation ini sementara perang digital sedang berlangsung di alam sana.
"Jenny! Rajja! Hadif! Laporkan situasi!" Razman ligat mengendalikan peralatannya tidak jauh dari Irfan dan Ilyas yang juga turut mengerah tenaga untuk menguruskan situasi semasa. Khai pula mengendalikan konsol kawalan bersebelahan Razman.
"Not good! Not good! Mereka ramai sangat! Kami terpaksa mencari perlindungan!" Suara Rajja bergema di corong pembesar suara. Razman berkerut seribu.
"Pasukan tentera yang lain?!" Razman terus bertanyakan situasi di luar sana. Dentuman yang mengegarkan sesekali terasa kuat mengegar tanah. Beberapa orang petugas bersama mereka mengendalikan lima jasad sahabat mereka yang terbaring longlai di katil. Minda mereka masih berada di dalam Hyperserv bagi menyelesaikan perang siber ini.
"Mereka semua bertempur di barisan hadapan membuat pertahanan! Sebahagian dari mereka gugur! Kami bersama sebahagian pasukan berlindung di tingkat atas! Melakukan serangan dari jauh!" Suara Jenny pula bergema.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Misterio / SuspensoBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...