SERVER 31

3 2 0
                                    

Mentari berada di tengah garisan paksinya tanpa tergugah.Kitaran alam di dunia ini ternyata disalin bulat-bulat daripada dunia realiti namun tiada satupun ciptaan manusia yang mampu menandingi ciptaan-Nya yang secara jelasnya sempurna.Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.Manusia sering kali lupa diri.Merasakan diri mereka mampu mencipta segala-galanya bahkan kononnya mampu mencipta dunia baru sedangkan mereka terperangkap dengan ilusi dan angan-angan sendiri.

Langkah kaki mereka berlima diteruskan tanpa melengah.Panahan mentari menyinari kawasan berbatu ini menyebabkan batu-batu disini mengeluarkan haba yang lebih panas.Masing-masing dibasahi keringat.Elizia tidak tertahan.Dari kejauhan, kelihatan sebuah gua batu tidak jauh dari lokasi mereka.

"Ada gua!" Leo melonjak kegembiraan lalu pantas berlari menuju ke arah gua itu.Yang lain hanya mengekori tanpa sebarang curiga.

"Akhirnya...dapat berehat sekejap pun jadilah." Leo berbaring terlentang di dalam gua.Mereka turut masuk ke dalam gua dan mengambil tempat masing-masing.Aneh sekali.Suhu di dalam gua itu ternyata dingin.Tidak seperti di luar.Marshall membelek-belek dinding gua yang dirasakan aneh.Batu-batu disini ternyata tidak menyerap haba sebaliknya memantulkan semula haba tersebut.Tidak mustahillah mereka berasa terlalu panas ketika berjalan menapak di laluan berbatu ketika di dalam perjalanan.

Yazaid kelihatan bermenung sendirian.Elizia berasa terpanggil untuk menegur.Perlahan-lahan dia menapak mendekati Yazaid yang duduk di atas tunggul batu yang menghadap ke pemandangan luar gua.

"Yazaid..Apa yang awak fikirkan?" Elizia berdiri bersebelahan Yazaid.

"Saya terfikir.Dimana Fared sekarang?Apa yang dia buat sekarang agaknya?" Yazaid bermenung-menung memikirkan tentang sahabatnya yang seorang itu.

"Saya pasti, dia tentu sedang menuju ke lokasi Master Orb." Elizia berwajah selamba.

Yazaid memandang sekilas. "Dia ada disini? Di Hyperserv ni?" Yazaid kelihatan terkejut.Elizia tersenyum lantas menganggukkan kepala tanda membenarkan kenyataannya.

"Baguslah.Sekurang-kurangnya ada juga niat untuk membantu." Yazaid melepaskan keluhan halus.

"Fared tu seorang sahabat yang mengenang jasa, Yazaid. Dia berkawan baik dengan awak bukan dalam tempoh jangka masa yang singkat.Susah senang awak, dia tetap ada memberikan sokongan kan?" Elizia bernada memujuk.Menghilangkan curiga yang bersarang di dalam hati Yazaid.Perasaan curiga itu mampu membunuh pertalian persahabatan yang sejak kian lama terjalin.Mencalarkan permukaan yang licin dan bersih.Yazaid hilang kata-kata.Benar seperti dalam pujukan Elizia.Ternyata pujukannya berhasil.

Marshall kelihatan duduk bersila memandang gelagat Leo yang seperti keanak-anakan.Leo baring terlentang di atas lantai gua sambil menguak-nguakkan tangannya umpama kibaran sayap seekor burung.Dia sedang menikmati kesejukan di lantai gua memandangkan suhu agak panas ketika berada di luar gua.Lalu dia memutuskan untuk menikmatinya sementara kumpulan mereka sedang berehat disini sebelum meneruskan perjalanan namun rehat mereka tidak boleh panjang.Perjalanan ketika waktu malam ternyata berbahaya malahan ianya akan memakan masa yang lebih panjang.

"Leo..Ada apa-apa rintangan dalam perjalanan kita nanti?" Marshall memeluk tubuh.Leo memandang sekilas dengan kening kirinya terangkat.

"Selepas dari laluan berbatu ini, dihujung perjalanan kita akan jumpa teluk." Leo meringkaskan jadual perjalanan.

"Teluk? Air?" Marshall mengerutkan dahi.Leo sekadar mengangguk.

"Tempat yang kita nak pergi ni namanya Letrai Bay.Disana, ada penduduk.Mereka semua dinamakan bangsa Letrazie.Bangsa mereka terkenal dengan ilmuwan dan kemajuan.Disana, pasti mereka ada menyimpan risalah atau catatan tentang naga yang kau label sebagai mitos tu." Leo menerangkan serba sedikit tujuannya ke sana.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now