Chapter 2 : Groupmate

2.2K 123 0
                                    

Beg serta buku meluncur di atas lantai sebelum ia berhenti betul-betul di depan dua pasang kaki setelah  dilempar kasar oleh orang yang berdiri menghadap mereka berdua di depan pintu bilik perbincangan.

Dengan serentak, mereka berdua tunduk memandang sepah di lantai sebelum mengangkat kepala memandang perempuan di depan mereka dengan kening mencerlung.

Masing-masing keberangan.

           "Kau dah kenapa?"tanya pelajar lelaki pertama.

            "Kalau ya perlu ke campak-campak barang ni!"soal lelaki kedua pula.

Dua orang itu membebel sambil mengutip barang mereka dari lantai. Setelah itu mereka berdiri tegak sambil memegang geram barang-barang masing-masing.

Irene sekadar memandang mereka seakan dua lelaki depan dia itu dua mahluk tidak berguna yang menjengkelkan, hanya tunggu masa je nak di maki.

Sesiapa aje kalau berada  di tempat dia sekarang akan faham kenapa dia lakukan hal begini.

           "Beritahu aku Irene, kenapa kau buat semua ni?"

Irene berdecit benci, mimik muka hendak ketawa tapi dalam hati  rasa macam nak mencarut pun ada. Siapa aje tak berangin bila kenapa mereka tanya?

Serius la?

              "Kau betul-betul tak tahu atau buat-buat tak tahu?"

               "Apa kau cakapkan ni?"

Enggan berkata lebih, Irene menjuling mata menyampah lantas berkata.

              "Kau orang boleh keluar dari kumpulan ni. Aku tak perlukan sleeping partner macam kau orang untuk projek akhir aku..."arah Irene dengan tegas namun bernada rendah.

Seorang dari mereka memberi renungan tak puas hati. Dia mengepal penumbuk di kedua-dua belah tangan.

             "Apa kau cakap?"

             "Hei kau ingat eh! kita orang pun buat part kita orang jugak."jerkah lelaki kedua kerana keberangan.

               Lelaki pertama mencebik bibir."Entah sesuka hati je nak tendang orang keluar!"

Irene tersenyum sinis, dia perlahan-lahan jalan mendekati mereka. Tangannya di silang ke dada. Wajah bengisnya bertukar menjadi manis, dia menarik senyum mesra yang dibuat-buat pada mereka. Lalu Irene berdiri di situ.

               "Oh..iya ke....kau dah buat part kau orang eh?"tanya Irene sambil bermain dengan kolar baju lelaki depannya."Sorrylah nak buat macam mana...khidmat kau orang aku tak perlukannya lagi..." ujar Irene sambil menarik senyuman meleret mengejek.

Mereka pandang Irene dengan deru nafas marah. Perempuan tak betul ni memang cari pasal!

             "Dasar perempuan menjengkelkan!" desis mereka dengan geram.

Mendengar komen itu, satu jelingan tajam terarah pada mereka sebaik sahaja kata-kata tersebut menyapa telinga Irene. Dengan nada benci dia berdesis berang!

           "Ambil part kepala otak kau! Apa yang kau dah sumbangkan untuk kumpulan kita sepanjang minggu lepas?"deram Irene dibalik ketapan gigi. "Huh! beritahulah apa dia?"dada mereka ditunding-tunding Irene dengan kasar. "Sumbangan di atas ketidak hadiran kau selama 8 kali berturut setiap perjumpaan dengan alasan masalah family?Ke sebab kau orang parti tak ingat dunia sampai tak sedar aku mesej untuk datang meeting ataupun bagi effort untuk research kita?"satu persatu kenyataan dinyatakan saat Irene menunding dada mereka.

Kedua-dua lelaki tersebut menelan air liur, hilang kata-kata dengan kenyataan tersebut. Mata mereka terbutang bulat memandang Irene.

Irene berpaling membelakangkan mereka lantas jalan mendekati meja. Dia capai tiga buah tesis yang telah siap di binding dari atas meja. Lalu di campak tepat ke arah mereka.

Terkebil-kebil dua orang tu elakkan diri dari terkena tesis tebal dari mengenai mereka. Tapi malangnya mereka tak elak, refleksnya mereka kalut hendak capai tesis tu dalam pelukan yang mana berakhir di lantai juga ia mendarat.

           "Kau tengok lah apa yang kau orang buat....siang malam aku bersekang mata cari bahan...dan tinggal untuk di susun semula, tengoklah apa yang kau bagi dengan pensyarah dan tengok apa yang aku dapat dari dia orang atas kerja kau orang tu!"marah Irene lagi.

Irene menyilang tangan ke dada masa pandang mereka berdua tunduk mengutip tesis tersebut dari lantai.

           "I give a simple task...still you can't do it. Why do I have to keep you both in my team?Now you tell me." soal Irene sambil lentokkan sedikit kepala semasa melihat reaksi mereka berdua.

Sejurus mereka kembali berdiri, dua orang tu kalut selak satu persatu muka surat tesis tersebut. Dan seperti yang dikatakan, semuanya bertanda merah dan paling teruk, terdapat cop besar pada kulit depan tesis. 'REJECT'.

Tak lama lepas tu mereka mengangkat kepala ke depan, dengan kening berkerut mereka
pandang Irene.

          "Irene....janganlah macam ni...kita orang janji kita orang akan buat betul-betul lepas ni, minggu ni minggu terakhir mana ada orang nak ambil kita orang kalau kau buang."

Irene palingkan kepala ke kanan kerana menyampah. Bukan sekali dua dia hadap perangai merayu mereka ni. Banyak kali dah. Sampai makan diri dia sendiri gara-gara pujuk rayu lelaki dua orang ni.

            "Bukan masalah aku. Tiga tesis berkumpulan ni aku dah hantar atas nama aku sendiri...lain hal, kau punya masalah." maklumnya dengan dingin semasa tunduk mencapai beg sandang di atas lantai sebelah kaki kerusi, lalu jalan keluar dari bilik persidangan melepasi mereka berdua dengan wajah tanpa perasaan.

            "Irene...!!"panggil mereka yang terkesima dengan makluman itu. Lantas berpaling mendapatkan Irene.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now