Chapter 64 : Tertanya-tanya

1K 75 0
                                    

Petangnya...

Selesai menyimpan bukunya di dalam lokar, beg sandangnya dibawa ke bahu sebelum berpaling hendak pergi dari situ. Namun, baru sahaja beberapa langkah dia hendak tiba di depan pintu keluar, matanya terarah pada gadis yang memakai pakaian serba hitam.

Hairan melihat keberadaan gadis itu, Irene terus bersuara.

"Dia!" panggil Irene dari jauh sambil mengejar langkah budak perempuan tersebut.

Claudia yang melihat menjulingkan mata jengkel, tanpa menghiraukan panggilan itu. Dia terus berjalan keluar dari situ sambil sibuk memandang skrin telefonnya.

"Dia... sekejap!!" panggil Irene. Gadis itu memegang bahu Claudia, menghalang budak itu dari terus melangkah.

Claudia berpaling, dengan kasar menampar tangan Irene jatuh dari bahunya.

"Apa ni!? Jangan pegang-pegang boleh tak?" marah Claudia yang menepis kasar tangan Irene.

Kening Irene berkerut. Dia memandang pelik ke arah Claudia.

"Kau belum balik lagi? Bukan ke balik dengan Samuel?" tanya Irene yang kehairanan.

Memikirkan Samuel yang telah lama habis kelas sejam lalu. Biasanya lelaki itu pulang bersama budak ini.

Claudia mencebik bibir.

"Bukan urusan kau lah... jangan nak sibuk boleh tak?" balas Claudia dengan sombong.

"Dah lewat ni... jom aku hantar kau balik..." ajak Irene yang cuba memegang lengan Claudia. Namun, Claudia menepisnya. Jelingan tajam terarah pada Irene.

"Hei perempuan!? Yang kau sibuk ni kenapa? Jangan suka hati nak pegang aku... berambus jer lah sana! Pedulikan aku!"

Irene mengerling ke jam di tangan kanannya. Sudah masuk jam tujuh. Dia yang baru habis kelas Madam Fiona itu menunggu Xenon menjemputnya. Tidak menyangka pula dia bertembung dengan Claudia waktu macam ni.

"Kau nak ke mana ni? Samuel tahu tak kau masih dekat sini?"

"Bukan urusan kau... jangan nak sibuk ya... kalau tak siap kau!!"

Waktu itu, sebuah kereta berhenti tepat di depan mereka berdua. Claudia yang melihat tersenyum. Tanpa berlengah, dia terus masuk ke dalam kereta itu. Irene yang tidak sempat menghalang hanya mampu melepaskan keluhan.

"Pin... pin..." hon kereta menyentak lamunan Irene dari terus memandang jejak jalan di mana kereta asing itu lalu.

Irene berpaling ke kanannya, di mana kereta sport Mercedes Benz berhenti di depannya. Pintu tempat duduk pemandu terbuka sebelum lelaki itu keluar menyambutnya.

"Lama tunggu?" sapa Xenon semasa membuka pintu kereta untuk Irene.

Irene menggeleng kepala.

"Baru jer keluar..." balasnya semasa masuk ke dalam perut kereta.

"Kita singgah sekejap... aku nak keluarkan duit..." maklum Xenon sebelum menutup pintu.

Kata-kata Xenon sayup kedengaran di telinga Irene kerana waktu itu, Irene termenung memandang ke depan, fikirannya menerawang memikirkan soal Claudia.

Tidak tahu hendak buat apa.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now