"Tengok dalam masa sehari, kalau dia tak timbulkan masalah, bukan Irene lah namanya.""Asal hah? Tak kira apa dia buat, mesti ramai yang masih minat dan kisah pasal dia... macam kita... ada jer nak digosipkan pasal dia?"
"Hahaha... mana taknya, kau tengoklah fesyen dia... serius, cantik tak kiralah dia pakai apa sekalipun, masih cantik..."
"Betul tu. Kelab majalah jadikan dia sebagai ikon model untuk fesyen. Serius aku cakap, aku betul-betul suka dengan idea dan konsep pemakaian dia..."
"Solekan dia pun sama, simple tapi tetap nampak vogue, chic, sweet..."
Itulah borak rakan-rakannya yang duduk semeja dengannya. Niat hendak buat kumpulan belajar untuk prep exam bertukar menjadi perbincangan tentang Irene.
Claudia melepaskan keluhan, duduk menyandar sambil menyilang tangan ke dada. Memandang bosan ke arah rakan-rakannya yang sejak tadi tidak habis-habis berborak tentang Irene.
"Wei, kau orang nak study tak ni?" tanya gadis itu.
Semua kepala terarah pada Claudia, gadis yang berwajah masam mencuka. "Menyedari mereka lupa akan Claudia, masing-masing menarik senyuman yang canggung.
"Oh... sorry, Dia... kita orang tak perasan pula... wei, ni dalam video ni abang kau kan..." tanya mereka sambil menunjukkan skrin telefon di depan muka Claudia.
Claudia menolak telefon itu jauh dari mukanya. Dia tidak bersusah payah untuk mengerling ke skrin telefon itu. Terus dia mengemas buku dan begnya dari meja.
"Sudahlah... aku rasa study group hari ni tak ada fungsinya langsung... better aku study sendiri," ujar Claudia yang berasa jengkel dengan rakan-rakan sekelasnya.
Sibuk meminati perempuan yang menyakitkan hati itu. Semuanya tentang Irene, abangnya, mamanya, rakannya, dan kalau dia ada teman lelaki, entah-entah masih juga tentang Irene. Bosan!
"Claudia... janganlah pergi..." panggil mereka sewaktu melihat gadis itu berlalu dari meja panjang di laman fakulti seni fesyen itu.
Claudia berjalan keluar ke bangunan depan fakultinya, Jabatan Bioteknologi dan Kimia. Setelah itu, dia membelok ke kanan melalui bangunan fakulti sains dan perubatan sebelum tiba di bangunan utama.
Sebaik sahaja dia tiba di lobi, matanya terarah pada lelaki yang sedang berborak dengan perempuan yang menyakitkan mata itu.
Claudia menghentak kaki saat mendekati lelaki itu, dengan kerutan di kening. Kalau bukan disebabkan dia perlu pulang bersama lelaki itu, tak mungkin dia pergi menghadap perempuan ini.
Serious talk! Sakit mata dia memandang muka berpura-pura baik itu!
Kehadiran Claudia disedari oleh orang itu terlebih dahulu sebelum lelaki yang berada di depan pintu masuk mengalihkan pandangan ke arah Claudia.
Samuel membuat muka, menyeluk tangan ke dalam poket lalu mengeluarkan segugus kunci kereta.
"Budak... asal lama sangat? Tahu tak penat aku tunggu..." sungut Samuel kepada Claudia.
Pandangan Claudia mencerun, dia memandang Irene yang sedang memandangnya.
"Asal pandang-pandang... ada masalah ke?" jeling Claudia pada Irene.
Irene yang mendengar membuat muka terkejut. Dia memandang Samuel dan Claudia silih berganti.
"Pandang jer pun... itupun salah?" tanya Irene kehairanan.
"Banyak salahnya... lagi-lagi kalau yang memandangnya adalah perempuan macam kau!" detus Claudia dengan bengis.
Samuel berkerut kening, memandang tidak puas hati kepada adik bongsunya.
"Dia... kau kenapa!"
Claudia berjalan melewati Irene, sambil itu dengan sengaja melanggar bahu Irene dengan kuat.
Irene yang dilanggar tersentak, kakinya bergerak undur ke belakang kerana perlanggaran itu.
Mata Samuel terbelalak, hidung lelaki itu kembang kempis menahan kemarahan.
"Dia! Berhenti kau dekat situ sekarang!" arah Samuel sambil menunding jari ke arah Claudia.
Irene memegang lengan Samuel.
"Dah lah... biarkan. Pergi sana... aku okay jer," arah Irene.
Samuel berpaling memandang Irene dengan renungan bersalah.
"Irene... aku minta maaf. Adik aku tu... entah, aku sendiri tak tahu kenapa dengan dia..."
Irene mengangguk tanda faham.
"Aku gerak dulu... jumpa esok," pamit Samuel sambil berjalan ke depan dan melambai ke arah Irene.
Irene menarik senyuman nipis di bibir sambil melambai ke arah Samuel.
YOU ARE READING
5. Mr. Right
TeenfikceNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...